Bila Rekod 14 Peguam Nak Masuk Rekod Dunia?

PENULIS masih menantikan pihak-pihak yang berminat untuk mengangkat jumlah peguam dalam pasukan pembelaan Anwar yang kini mencecah 14 orang, masuk rekod dunia atau rekod apa sahaja yang bersesuaian.

Dengan yuran guaman yang bukan murah hari ini, jumlah peguam yang ramai itu menimbulkan persoalan, banyak sangat ke gaji bekas Timbalan Perdana Menteri? Sebab gaji Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang kita tahu, tapi gaji bekas Timbalan Perdana Menteri ini kita kurang pasti.

Penulis dah cuba cari, tapi belum jumpa mana-mana kes di dunia ini yang melibatkan peguam seramai ini mewakili seorang defendan. Ada satu kes perbicaraan membabitkan mafia di kepulauan Sicily yang ada berpuluh-puluh peguam, tapi jumlah defendanya berpuluh-puluh juga.

Melimpah-limpahnya peguam yang membela Anwar ini sekadar membuktikan bahawa orang ini memang kaya dan berduit. Rakyat hanya dipergunakan dan dilekakan, sama seperti silap mata gaji RM 1 Penasihat Ekonomi Selangor yang berakhir dengan sejumlah RM 15 juta wang rakyat dibelanjakan untuk pejabatnya.

Sebelum Anwar masuk penjara ni, penulis gesa mana-mana pihak berkaitan, ambillah jumlah peguam ini dan dimasukkan di dalam rekod dimana-mana. Rekod Mahkamah tu memang masuklah tapi siapa sangat yang suka tengok rekod ini melainkan orang-orang yang berkenaan.

Lebih baik dimasukkan dalam rekod yang ada nilai publisiti macam Guiness World Of Record atau Malaysia Book Of Record, baru senang turun temurun rakyat Malaysia ini sedar bahawa dalam marhaen-marhaen Anwar itupun, banyak juga duit dia.

Atau lebih teruk lagi, ada unsur-unsur guna duit rakyat (melalui kerajaan negeri dimana Pakatan Rakyat memerintah). Kalau ini dapat dibuktikan, lagi mewahlah kita dengan isu.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

4 thoughts on “Bila Rekod 14 Peguam Nak Masuk Rekod Dunia?

  • November 1, 2014 at 12:24 AM
    Permalink

    Nampak sangat Anwar Ibrahim ni ada rasa BERSALAH, sampai 14 peguam yg diambilnya untuk defend case LIWAT II!!!

    Tapi ada yg lebih menarik, iaitu perlantikan Ram Gopal (merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan juga pakcik kepada Ambiga) sbg lead defense council!!!

    Bukankah Presiden Majlis Peguam (Christopher Leong) membantah mana2 bekas hakim (termasuk Ram Gopal) represent any case dalam mahkamah kerana khuatir adanya conflict of interest???

    Bekas hakim yg bertindak sbg peguam mempunyai UNFAIR advantage mempengaruhi hakim2 tersebut (yg merupakan rakan2 mereka) supaya keputusan mahkamah memihak kepada client bekas hakim tersebut!!!

    Diharap BAR COUNCIL dan Ambiga membuat BANTAHAN sepertimana mereka terlibat dalam program “Walk for Peace and Freedom” untuk MEMANSUHKAN Akta Hasutan dan meminta Ram Gopal DIGUGURKAN daripada kes LIWAT II Anwar Ibrahim!!!

    JUSTICE MUST BE SERVE EQUALLY TO ALL MANKIND WITHOUT COMPROMISE!!!

    Reply
  • November 1, 2014 at 1:18 AM
    Permalink

    banyaklah nuar perabih duit rakyat bayar kos guaman.

    Reply
  • November 1, 2014 at 1:15 PM
    Permalink

    Kes perbicaraan paling lama…kes penangguhan perbicaraan paling banyak..semua nya terjadi dalam kes anuar ni..bila hakim menyebelahi dia dikata hakim tu baik sedangkan sebelum/sedang perbicaraan dikutuk nya hakim tu kata hamba umno tapi hakim tu juga yang melepaskan nya didalam perbicaraan dimahkamah tinggi…

    Nuar kalau lu brani sangat kenapa sampai sekarang ko tak saman bekas rakan dan penyokong yang mendedahkan keburukan ko tu..ngape senyap je…sedangkan ko lah raja segala penyaman…isu disini adalah sebab perkara yang didedahkan tu benar dan ko takut untuk menghadapinya didalam perbicaraan sebab tu lah sewaktu perbicaraan ni ko taknak jadi saksi didalam kandang tertuduh takut kena soal..

    Aku dok tunggu gak bila nuar nak mati..sebab dulu dia kata diracun laa,,disuntik dengan kuman HIV sakit tulang blakang..tapi sampai sekarang dok segar bugarr,,

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.