Bajet2015: PM Respon Kepada Permasalahan Rakyat

TERKUNCI mulut para balaci dengan pembentangan bajet 2015 oleh Perdana Menteri semalam sebab secara keseluruhannya nampak sangat Datuk Seri Najib Tun Razak respon kepada pelbagai permasalahan rakyat masa ini di sebalik dakwaan beliau buat pekak dan tuli serta lebih dengar kata para  penasihatnya.

Pelbagai insentif perumahan untuk belia, kenaikan BR1M, kenaikan insentif untuk petani dan nelayan, peningkatan dana untuk usahawan serta banyak lagi seperti yang diumumkan semalam adalah jawapan kenapa bila harga minyak dinaikkan pun minggu sudah dan tahun-tahun sebelum ini, tak siapa yang mati kebulur atau jadi kedana di negara ini, jauh lagi nak makan pasir kerananya.

Rakyat memang akan ambil masa untuk memahami dengan lebih jelas apa yang banyaj terkandung dalam pembentangan bajet semalam, tapi sekurang-kurangnya, lebih 7 juta penerima BR1M tahu apa yang menanti untuk mereka tahun depan, lebih 5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah tahu bantuan persekolahan yang dimulakan Datuk Seri Najib beberapa tahun lepas akan terus disalurkan.

Tak ketinggalan, ahli korporat, peniaga dan pembayar cukai pendapatan juga tahu ada duit lebih untuk dibelanjakan hasil pengurangan cukai korporat dan individu yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Pengurangan 1% cukai korporat mungkin nampak sikit pada orang makan gaji, tapi mana yang meniaga tahulah lega tak lega bila kurang 1% tu.

Cukuplah tu buat hari pertama (yang faham implikasi bajet 2015 kepada mereka).

Yang lain, seperti pelbagai skim latihan untuk siswazah yang masih belum dapat pekerjaan dan pekerja yang diberhentikan ini sebenarnya adalah satu nikmat yang agak kurang dihargai tapi pada yang dah dapat manfaat darinya, mereka inilah nanti selalunya mengundi kerajaan tanpa perlu berfikir banyak kali.

Malah tak keterlaluan, penulis berani katakan (berdasarkan pengalaman) golongan seperti inilah yang selalu jadi penyokong tanpa sedar kerajaan sehingga pembangkang pun tak dapat menjangkakannya.

Apa sekalipun, bajet 2015 semalam ternyata ‘tidak meninggalkan sesiapa’, semua orang, sedikit sebanyak dapat hasil dari bajet yang dibentangkan . Memang banyak lagi yang boleh dipertingkatkan di masa depan tapi proses itu akan berterusan, lagipun mana ada kerajaan/pemimpin yang sempurna.

Buat masa ini, ternyata Kerajaan BN yang penulis undi setiap kali pilihanraya dan pemimpin yang penulis sokong selama ini, tidak mengecewakan.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

3 thoughts on “Bajet2015: PM Respon Kepada Permasalahan Rakyat

  • October 11, 2014 at 4:26 PM
    Permalink

    Tiada sistem yang 100% sempurna. Nak hidup senang di Malaysia perlu bijak ambil peluang dan memanfaatkannya bg tempoh jangka panjang. Contohnya spt pelaburan ASB, 75% penyimpan memiliki purata simpanan RM611 sahaja. Padahal kereta mahal, gadget mahal dsbg mampu pula dibeli. Ramai orang Melayu tak faham konsep angsa yang bertelur emas.

    Reply
  • October 11, 2014 at 9:19 PM
    Permalink

    Najib dah buat terbaik untuk negara ni. Jgn sesekali bandingkan zaman emas Tun Mahathir dan zaman Najib. Cabran zaman Najib lebih besar dan kompleks.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.