Bajet 2015: Idea-Idea Songsang Anwar Ibrahim (I)

Oleh Ab Jalil Backer

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersendakan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan projek lebuh raya rentas Borneo bernilai RM27 bilion dalam Bajet 2015.

Menurut Ketua Pembangkang tersebut, Najib telah pun mengumumkan projek lebuh raya Pan Borneo yang meliputi 936 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah itu sudahpun diumumkan enam tahun lalu.

“Umum Lebuh Raya Pan Borneo… tepukan (oleh) BN, tapi sudah enam tahun umum yang sama,” katanya dalam reaksi segera di Twitter sejurus selepas pengumuman Najib.

Reaksi beliau yang dipetik oleh Malaysiakini itu jelas menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut tidak meneliti kandungan ucapan bajet setiap tahun. Jika beliau membaca beliau akan faham bahawa peruntukan sebelum ini adalah untuk mengaktifkan semula projek tertangguh ini, bukan menyiapkan keseluruhannya.

Misalnya dalam Bajet 2014, sejumlah RM500 juta yang diperuntukkan bagi meneruskan kerja menaik taraf Jalan Pan-Borneo di antara Sabah dan Sarawak. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata jumlah itu diperuntukkan dengan mengambil kira kemampuan semasa kewangan kerajaan selain kapasiti teknikal sedia ada untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya itu.

Beliau berkata daripada jumlah peruntukan ini, kira-kira RM290 juta akan digunakan untuk membiayai penyambungan program penaiktarafan sedia ada, sementara RM210 juta lagi untuk projek-projek baharu.

Ini bermakna peruntukan tahun lalu hanya untuk sebahagian daripada keseluruhan lebuh raya Pan Borneo melibatkan jarak 2,300km di antara Sematan di Sarawak dan Serundong di Sabah.

Justeru apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM 27 bilion bagi menyiapkan lebuh raya ini, ia menunjukkan komitmen kerajaan meneruskan janji pilihan raya umum 2013 Barisan Nasional. Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Namun akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagiannya.

Hanya pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Jadi fakta mana Anwar Ibrahim dapat bahawa Najib mengumumkan perkara yang sama sejak enam tahun lalu? Mungkinkah Anwar tertidur dalam pembentangan bajet sehingga beliau tidak mengetahui fakta-fakta sebenar?

13 thoughts on “Bajet 2015: Idea-Idea Songsang Anwar Ibrahim (I)

  • October 11, 2014 at 5:16 PM
    Permalink

    kepada Anwar Ibrahim apakah yg kamu nak lakukan sebagai Penasihat Ekonomi diSelangor.
    Apa perancangan sakti untuk Selangor dengan dana negeri yg berbilion tu?
    atau tak ada apa-apa perancangan.
    kecuali untuk berkemas masuk ‘sel besi’!
    orang yg bangkrap maruah
    kuasa dan cita-cita
    dah tak hairan apa yg nak dikatakannya!

    Reply
  • October 11, 2014 at 5:22 PM
    Permalink

    Bila dapat ketua pembangang inilah jadinya…membodohkan rakyat adalah matlamatnya

    Reply
  • October 11, 2014 at 6:25 PM
    Permalink

    Bila dpt ketua pembangang yg bangang inilah jadinya.time org bentang bajet dia tidur, lepas tu bangaun saja terus menyalak.

    Reply
  • October 11, 2014 at 9:26 PM
    Permalink

    Takpalah… kita tunggu bajet 2016, dia sebut lagi tak. OK?

    Reply
  • October 11, 2014 at 9:35 PM
    Permalink

    Ye bujuk, rasanya masa tu Anwar ada lagi x dlm dewan nk sebut lagi x?
    Mykmu sila letak jam countdown sebelum si Ketum dijemput pulang ke Sungai Buloh.

    Reply
  • October 11, 2014 at 10:39 PM
    Permalink

    dah berapa kali pula anwar menipu?cuba ingatkan.

    Reply
  • October 11, 2014 at 10:46 PM
    Permalink

    Jom lah kita ramai plan buat majlis tahlil untuk idola si bujuk tu, Anuwar anak lelaki ibrahim.
    Biarlah dia menyalak, anjing suruhan memang macam tu.

    Reply
  • October 12, 2014 at 3:24 AM
    Permalink

    sudah sudahlah anwar dulu boleh lah nak kelentong buat orang percaya sekarang ramai dah naik meluat dah cukup cukup lah

    Reply
  • October 12, 2014 at 7:25 AM
    Permalink

    alimedanbaru, Sekarang si nuar membuat bajet membelanjakan wang rakyat selangor untuk membersihkan sungai sungai tender pertama membersihkan sungai jelok, kedua sungai buluh dan ketiga sungai udang. Setelah pembersihan rakyat di selangor diminta hadir beramai ramai petasmian mengunakan sungai sungai itu.

    Reply
  • October 12, 2014 at 9:46 AM
    Permalink

    Itulah Anu-War dari dulu hingga sekarang. Apa bakti dan idea dia sehingga sekarang? hanyalah tahu menipu, kelentong dan sondol belakang.

    Reply
  • October 12, 2014 at 12:57 PM
    Permalink

    Anwar marah kerana Najib tak adakan peruntukan untuk naik tarap bilik-bilik khas di penjara.

    Reply
  • October 14, 2014 at 3:38 PM
    Permalink

    Nwar nwar mula2 nk jd adun kajang xdapek..nak jd mb selangor pun xdapek.pass
    kat bini pun xdapek.ofis penasihat ekonomi pun kenatutup putra jaya x dengar dah..berapa
    kali 16 sept dah…yg ada kosong kerusi sg buloh!
    Tunggu je 28okt…hik hik

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.