Bajet 2015 Perlu Mudah & Berterus Terang

PENULIS tidak pernah percaya bahawa untung nasib dalam hidup ini adalah ditentukan oleh kerajaan. Pada penulis, nak susah, nak miskin, nak makan, taknak makan, itu adalah pilihan kita semua sendiri. Kerajaan kalau ada ‘saham’ pun, sikit sana sikit sini, lebih dari itu, kita sajalah.

Atau lebih mudah lagi, kita sebenarnya yang perlu sesuaikan diri dengan kerajaan, bukan kerajaan yang perlu sesuaikan diri dengan kita sebab tak semua orang suka kerajaan tapi semua orang suka dengan diri mereka sendiri.

Bagaimanapun, di Malaysia ini sudah ada pandangan bahawa kerajaan adalah penentu segalanya, sampai ke tahap periuk dan pinggan nak isi dengan pasir atau tidak pun kena rujuk pada kerajaan juga. Ini terang-terang bodoh tapi realitinya ke tahap itu pembangkang membodohkan rakyat dan kerajaan tidak boleh mengambil mudah hakikat bahawa ada di kalangan rakyat kita yang sanggup buat perkara bodoh seperti itu di zaman serba moden ini.

Maka itulah dalam pembentangan bajet 2015 esok, penulis berharap penyampaian itu nanti adalah jelas dan mudah difahami rakyat – dengan mengambil kira faktor bukan semua orang cerdik. Jangan kata rakyat, 87 wakil pembangkang (dulu 88 tapi kurang satu sebab dah kalah Teluk Intan) di depan Perdana Menteri itu pun nanti (diketuai Anwar), akan beri perhatian sepenuhnya kepada pembentangan tersebut, bukan sebab peduli pun isi kandungan bajet itu tapi lebih kepada nak pusing macam mana.

Apatah lagi buat julung-julung kalinya tahun ini, pembangkang nampaknya sedar diri bahawa mereka bukan kerajaan dan dengan itu tak membentangkan bajet bayangan seperti yang dilakukan sebelum-sebelum ini. Jadi kalau dulu fokusnya membandingkan bajet mereka dengan kita, sekarang hanya tinggal nak putar belit macam mana lagi dah bajet yang ini pula.

Walaupun penulis tahu sudah terlambat untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri mengubah ucapan bajet, tapi penulis juga tahu Perdana Menteri tak selalu baca teks ucapan 100%, macam mana tahu, jangan tanyalah. Harap kalau ada ayat-ayat berkelas tinggi tu, mudah-mudahkanlah supaya orang senang hadam.

Saranan ini rasa wajar diberi perhatian melihat kepada mood sebahagian rakyat sekarang yang rata-rata masih bengang dengan kenaikan minyak 20 sen minggu lepas.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

8 thoughts on “Bajet 2015 Perlu Mudah & Berterus Terang

  • October 9, 2014 at 7:04 PM
    Permalink

    Tapi saya percaya dan yakin kerjaan boleh membuat hidup rayaat susah serta boleh membut rayat hanya makan sekali sehari

    Reply
  • October 10, 2014 at 12:03 AM
    Permalink

    1 liter potong 20 sen beri kepada yg lebih memerlukan golongan pendapatan rendah.bukankah ini satu kebajikan?kenapa kita tak pernah nak fikirkan ini juga kebajikan untuk rakyat pendapatan rendah?atau kerana hati kita sudah hitam.tak nampak kebaikan.hanya nampak untuk jaga kekenyangan perut sendiri jer.

    Reply
  • October 10, 2014 at 8:41 AM
    Permalink

    Nampak sgt penulis ni mementingkan diri sendiri.

    Kalau aku nak pikirkan diri aku, why shall i mingle myself in this site??

    Reply
  • October 10, 2014 at 8:47 AM
    Permalink

    Menteri2 UMNO dah siap skript bila reporters tanya nanti “How’s Budget??”:

    – Bajet Mesra Rakyat
    – Bajet Fokus kepada Golongan Kurang kemampuan
    – Menunjukkan Kerajaan BN ambil berat rakyat

    Reply
  • October 10, 2014 at 10:54 AM
    Permalink

    Pulau Pinang menjadikan rakyat hidup haprak
    tiada projek rumah mampu milik
    kampong tradisi Melayu
    kampong India
    semua diroboh dan diprojekkan dgn projek mega komersial
    sesetengah imbuhan nak buat bangsal pun tak cukup
    samalah juga diSelangor sejak 2008
    mana projek PKNS untuk rumah murah?
    Shah Alam kawasan Melayu yg dipertahankan sebelum 2008
    kini terlerai dan Cina boleh masuk
    hartanah Sha Alam naik mendadak..rumah RM400 keatas.
    HANYA NEGERI-NEGERI DIBAWAH BN DAN UMNO
    YG PRIHATIN…
    lihat kerja MB UMNO untuk rakyat…
    nilailah dengan hati bersih dan terbuka
    SABAR…LIHAT PEMBENTANGAN PM NANTI!

    Reply
  • October 11, 2014 at 1:40 AM
    Permalink

    pe yg aku nampak pembentangan tak masuk akal.sebelum minyak naik.rokok dh naik dulu.pastu turun harga.beberapa hari kemudian minyak naik sebelum raya haji.nampak sangat kerajaan takut rakyat berontak.jd tunggu gst baru semua naik.ni taktik lama.bagi brim.pe la sangat.kerajaan pikir brim tak seberapa leh menampung hidup selama setahun.bg owg kerajaan dpat semua advantage.bg owg bukan kerajaan dpt pe.brim setahun sekali.ni ke cara kerajaan bn membantu rakyat atau membebankan rakyat.kalo gitu tgu aja pilihan raya je.jawapan nya mtk jela owg kerajaan je yg sokong kerajaan..sbb anak muda pun byk mtk keje kerajaan pun tak dapat keje.anak muda la peneraju utama.tanpa mereka hancurla kerajaan bn.ptt kerajaan lebih sensitif pd pekerjaan di sektor kerajaan.bn dh semakin melampau.

    Reply
  • October 11, 2014 at 2:19 AM
    Permalink

    saya lagi suka hidup zaman mahathir.semua maintance.bkan cm skrang.skarang lagi makin hidup ssah adala.keje susah.pe pun susah.yg senang owg kerajaan.yg bukan kerajaan lak tak dapat pe.kalo bg brim tiap2 bulan rakyat pun tak bising kalo barang naik.ni minyak naik.smua naik.gaji 3000 pun tak cukup.ptt bajet atau gst ni.patut di kenakan pada owg yg berpendapatan tinggi je la.bukan owg yg berpendapatan rendah.mgkin ia lg sesuai.rakyat pun tak bising.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.