Bajet 2015: Ahli Parlimen Pakatan Perlihatkan Tahap Pendidikan Mereka

Oleh Riana Abdul Aziz

Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan Malaysia telah selesai membentangkan Bajet 2015 pada 10.10.2014 di Parlimen. Bajet yang dilihat pro-rakyat yang mengambil kira isu semasa dan apa yang rakyat bakal berdepan di masa akan datang. Bajet yang dibentangkan dilihat menjurus ke arah menangani permasalahan kos sara hidup.

Apabila selesai sahaja Datuk Seri Najib membentangkan belanjawan yang rata-ratanya melihat begitu menyeluruh iaitu menyentuh keseluruhan golongan yang ada di negara kita maka Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang seperti biasa akan mulakan pembahasan terhadap bajet 2015 tersebut.

Kali ini Anwar dilihat tersepit kerana hanya mampu menjadikan sistem cukai yang baharu dan bakal diperkenalkan pada April 2015, Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) sebagai subjek serangan utama kononnya ada lagi cukai yang lebih efisyen yang mampu memberikan atau menambah pendapatan negara, Cukai Keuntungan Modal (CGT).

Episod yang memalukan, lakonan Anwar bagaikan pakar ekonomi bermula dengan mempamirkan bukan sahaja angka pendapatan yang jauh lebih kecil dari apa yang CGT dapat malah kesilapan yang paling besar beliau berhujah adalah asas GST untuk menghapuskan sistem cukai berganda tidak mampu dibuktikan dengan cadangan CGT yang beliau cadangkan kerana masih mengheret sistem cukai sediaada, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Berapa kali hendak dicukaikan ?

Anwar juga gagal menjelaskan bagaimana kesan yang bakal dihadapi oleh pemegang saham bumiputera bila pengendali saham seperti PNB dikenakan cukai CGT? Apakah cukup dengan alasan bahawa PNB dikecualikan dengan CGT dan diimbang pula dengan Cukai Warisan. Berapa jenis cukai pula yang bakal diperkenalkan di negara ini?

Anwar cuba mengalihkan pandangan rakyat bahawa GST telah diamalkan dilebih 150 negara malah Anwar tidak berani menceritakan kenapa Singapura dan Hong Kong tidak amalkan cukai CGT? Apakah alasan kedua-dua negara kerana takut pelabur lari tidak cukup untuk Anwar sedar betapa bahayanya ekonomi kita bila pelabur luar hilang kepercayaan?

Tidak cukup dengan kedunguan pegangan Anwar, “apa sahaja kerajaan BN buat adalah salah”, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar cuba berlagak bagaikan Ahli Matematik bila menempelak kononnya kiraan Datuk Seri Najib salah dalam “formula pendapatan GST” dan tiba-tiba sahaja menyelar dengan lantang di Dewan Parlimen tentang individu yang mencapai angka RM10 Ribu ke bawah tidak layak mendapat kemudahan dari Skim Perumahan Belia.

Apakah Mahfuz yang khabarnya hanya berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran membaca teks Bajet 2015? atau beliau juga tidur seperti Anwar Ibrahim yang dilihat tidur ketika Menteri Kewangan membentang bajet 2015 pada Jumaat yang lepas?

Begitu juga Rafizi, Ahli Parlimen Pandan bila menyelar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam isu inflasi. Rafizi cuba sampaikan fakta salah kononnya dengan GST negara bakal terbeban dengan kadar inflasi yang semakin tinggi setiap tahun walhal faktanya pada kadar GST 6%, impak kepada Indeks Harga Pengguna adalah pada sekitar 1.8 %.

Lihat sahaja dari pengalaman negara-negara yang telah melaksanakan GST, ianya menunjukkan ada kenaikan kadar inflasi untuk tempoh 2 tahun pertama dan selepas tempoh peralihan tersebut maka kadar inflasi akan kembali normal.

Apakah susah untuk berterus terang hal sebenar? Adakah sebegitu bodoh rakyat negara ini pada pandangan Pakatan Pembangkang?

Bila kita tidak arif tentang sesuatu perkara, makin kita bersuara, makin bodoh nampaknya kita. Ini baru permulaan, kita tunggu lagi apakah kebodohan mereka seterusnya dan apakah lakonan mereka sebagai Pakar Ekonomi bakal memalukan diri mereka sendiri. Semua dah tahu Anwar hanya lulusan Sastera Melayu.

6 thoughts on “Bajet 2015: Ahli Parlimen Pakatan Perlihatkan Tahap Pendidikan Mereka

  • October 16, 2014 at 3:14 PM
    Permalink

    Ketua cai ni semua bukan tak faham depa faham sangat-sangat kecuali mahfuz…minta maaf saja laaa, mahfuz boleh dikatakan seorang ahli parlimen yang paling benak pernah di lantik rakyaat malaysia.

    Depa tau…dan pada masa yang sama depa jugak tau, pecacai-pecacai semua akan mempercayai apa yang depa kata, walaupun depa sendiri tau ianya hanya penipuan dan fitnah. Cakap bagi complicated sikit…guna bahasa bombastic sikit, ternga-nga semua macai tepuk tangan !

    Tambah – tambah pecacai PAS….hehehe

    Reply
  • October 16, 2014 at 3:21 PM
    Permalink

    memang susah nak berbahas dgn manusia yg jahil.. ssalah satu perkara baik ttg org2 UMNO ialah, bila bercakap perihal agama mrk selalu berwaspada krn mrk sedar ilmu perkara tahap mn dlm agama ttp bg yg sebelah sana, dahlah bongok tp sentiasa berlagak pandai perihal pembangunan dsbgnya. Namun bab yg plg sedih ialah bila masyarakat yg kurg celik cepat sgt terikut2. Hasutan2 melampau sebegini sepatutnya diperhalusi bg tindakan undang2 oleh AG/PDRM. Melayu kena lupakan budaya “tak kisah” & “tak mengapa” dlm memastikan kelangsungan agenda kerajaan kpd rakyat.

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:42 PM
    Permalink

    Padanlah pembangunan negeri Selangor sekarang sedang merundum, Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi RM1 negeri Selangor cakap merapu nak perkenalkan CGT sbg alternatif kpd GST dalam Parlimen!!!

    Hehehehehe!!!!

    Reply
  • October 16, 2014 at 6:11 PM
    Permalink

    Sistem apa pun dalam dunia ni memang tidak sempurna. Mesti ada kelamahan sana sini. Adakah kerana terdapat sedikit kecacatan berbanding kebaikan maka kita perlu abaikan. Kalau macam tu apa pun kita tidak boleh buat. Tak kan tak tahu semua benda yang baik ada kelemahannya. Pisau yang sangat berguna dalam kehidupan harian kita boleh membunuh. Jadi adakah kita nak tukar dengan batu.
    Timbanglah mana yang banyak baiknya kita pilih yang itu. Tentang keburukkannya kita uuruskan lah perlahan2. baru lah boleh maju.
    Bak kata Tompel – Kalau asyik bangkang aje bila nak habis (bila nak maju)

    Reply
  • October 16, 2014 at 11:02 PM
    Permalink

    bajet 2015 sebenarbya kalau di jowokan maksudnya BEJAT 2015..org kaya yang dapat untung..yang miskin tambah miskin..org miskin mana paham hal cukai pendapatan..nak naik ke turun tak de kene mengena ngan diorg..tapi diorg cuma faham tiap tahun perbelanjaan semua naik…sebab rege barang semua naik..mana tak semua naik angin…

    Reply
  • October 16, 2014 at 11:06 PM
    Permalink

    yang parti pembangkang samalh sengalnya..kalau pemimpin tak pandai bagilah tunjuk ajar..bi tidak..di kutuk je..dahlah diorg tu bodo..ko kutuk makinlah jadi bodo..yang susah rakyat biasa je ..nengok je org2 sengal berkelahi..cukup tahun barang naik…cukup masa ngundi..penat mengundi yang dah menang syok sendiri sibuk ngumpul harta..bukan nak pikir camana nak majukan rakyat..tak abis2 gaduh2..ngabiskan duit..letak jawatan..buat pilihanraya lagi..abis duit bagi kurang subsidi..u jelah org2 politik mat malaysia kejanya..bukan tau buat keja pun..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.