Badi Khalid Ibrahim, Anwar Terkangkang Dibalun Penyokong Sendiri

Rata-rata pandangan yang diberikan ialah, Anwar menyusahkan para penyokong sendiri apabila melibatkan dirinya tetapi ketika dia menzalimi orang lain, Anwar Ibrahim tidak pernah mendapatkan pandangan daripada para penyokong. Sebaliknya Anwar hanya mahu para penyokong menerima kehendaknya.

Itu yang berlaku kepada Anwar Ibrahim hari ini menrusi satu posting di laman Facebooknya sendiri apabila kebanyakan komen bagi posting yang meminta para penyokong berdemonstrasi di hadapan Istana Kehakimna pada 28 dan 29 Oktober nanti, disanggah oleh para penyokong sendiri dengan pelbagai caci keji.

Kebanyakan daripada mereka pula mengingatkan Anwar Ibrahim tentang apa yang telah dilakukannya kepada Khalid Ibrahim dan PAS. Dari Kajang Move sehinggalah perpecahan PAS dan perlecehan parti dominasi dalam Pakatan Rakyat Selangor, kesemuanya mempunyai thump-print Anwar Ibrahim berdasarkan kehendak dan perancangannya.



Perancang kali ini adalah Ketua AMK yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga ADUN Kelana Jaya. Petang semalam, satu flashmob telah diadakan di hadapan pejabat ADUN Kelana Jaya. Flashmob yang sepatutnya dihadiri lebih 100 orang, hanya dihadiri tidak sampai dua puluh orang dan kebanyakan daripada mereka pula merupakan golongan pendemonstrasi sepanjang masa atau dengan kata-kata lain, berkerjaya sebagai pendemonstrasi sepenuh masa.

Kempen untuk Anwar Ibrahim yang akan berakhir dengan demonstrasi besar-besaran dengan anggaran kehadiran adalah 10,000 orang bermula 24 jam lalu. Kempen dilakukan selain daripada secara konvensional, juga menerusi media sosial. Pada tahun 1998, kempen menerusi media sosial yang amat terhad pada waktu itu selain perkhidmatan SMS telah berjaya mengumpulkan puluh ribu orang yang keliru di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyokong Anwar Ibrahim.

anwar diseragBagaimanapun, kali ini, tanpa PAS, Anwar Ibrahim yang terdesak untuk mendapatkan sokongan, bagaikan kelam-kabut. Sekaligus membolehkan kita menyaksikan lebih banyak drama yang akan diarahkan menjelang 28 dan 29 Oktober ini. Tujuannya adalah untuk menarik sokongan dan perhatian. Pada masa yang sama, kempen sedang giat dijalankan menerusi pelbagai media sosial termasuklah WhatsApp dan Instagram.

Barangkali perlecehan yang ditunjukkan dalam posting-posting komen oleh pengguna Facebook, tidak mencerminkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ada yang berpendapat, itu adalah caranya untuk menarik lebih ramai penyokong yang bersimpati kepada Anwar Ibrahim memandangkan dalam kebanyakan posting yang dibuat oleh Admin, hampir kesemuanya menyokong Anwar kecuali posting kempen demonstrasi di hadapan Istana Kehakiman.

Sesuatu yang pasti ialah, kehangatan kepada kempen untuk ‘membebaskan Anwar’ daripada hukuman dan undang-undang negara, nampaknya tidak lagi begitu dirasai seperti tahun-tahun sebelumnya terutama sekali pada tahun 1998. Bagi mereka yang pernah melalui era reformasi, sudah pasti dapat mengingati semula tempoh tiga bulan sebelum Anwar Ibrahim dihadapkan ke penjara merupakan tempoh yang paling ‘menarik’ dengan rangkaian demonstrasi serta ceramah-ceramah kempen yang tidak berkesudahan yang kemudian diakhiri dengan demonstrasi besar-besaran di sekeliling Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Walaupun pada ketika itu, Anwar Ibrahim berlakon sakit dan cedera, ramai yang percaya dan terpedaya dengan dengan lakonannya. Dan sekalipun ramai juga yang tahu, mereka tetap juga berdemonstrasi dan berhimpun untuk memberikan tekanan kepada kerajaan agar tidak mengenakan hukuman yang berat kepada Anwar Ibrahim.

Kali ini nampaknya keadaan berbeza sama sekali. Kebelakangan ini, beberapa siri demonstrasi yang dianjurkan juga tidak memberikan hasil yang diharapkan. Kempen Anti Hasutan yang merupakan pra-demonstrasi besar-besaran juga nampaknya tidak mendapat sambutan meskipun turut dipromosikan oleh DAP.

Yang pasti, selagi Anwar Ibrahim tidak memujuk PAS, selagi itulah demonstrasi yang dianjurkan hanyalah tidak ubah seperti perhimpunan budak-budak sekolah dalam rombongan melawat Zoo Negara sahaja.

Hero Tua

Cucu Tok Wan - The Flying Kick

15 thoughts on “Badi Khalid Ibrahim, Anwar Terkangkang Dibalun Penyokong Sendiri

  • October 16, 2014 at 9:17 AM
    Permalink

    Rata-rata kata penulis???

    Kalau tanya org BN itu lah jawapannya.. bodo punya penulis!

    Reply
  • October 16, 2014 at 9:18 AM
    Permalink

    Harga Minyak dunia $80 per barrel. at 4-year low.

    so dulu kjaan naikkan harga petrol katenya sbb harga minyak dunia naik, so skg?

    Reply
  • October 16, 2014 at 9:37 AM
    Permalink

    Kena tahu beza antara harga crude oil dan refinery oil……$80 per barrel adalah harga crude oil, tapi yang disumbat dalam tank kereta atau motor kamu tu adalah refinery oil…. kalau kamu guna crude oil untuk kereta atau motor kamu itu aku tak tahu lah….kena faham!

    Reply
  • October 16, 2014 at 9:51 AM
    Permalink

    kenapa perlu untuk menyokong beliau kerana kesalahan liwat? kenapa nak berhimpun? adakah beliau terlalu mulia di sisi kita? adakah beliau memperjuangkan hak MELAYU/ISLAM? adakah kita ni terlalu bodoh dan bebal hendak berkumpul ditengah2 panas terik semata2 memberi sokongan buat peliwat negara? adakah perkara liwat ni tidak salah dalam agama islam sehingga sanggup untuk berkumpul ramai2? jadi pada mereka yang bercadang untuk ke sana fikir2kanlah adakah berbaloi? jangan jadi bodoh bahalol semata2 seorang yang telah terbukti salah meliwat!

    Reply
  • October 16, 2014 at 10:17 AM
    Permalink

    Penyokong dia dh letih kena game dr thn 1998. Orang semua ada kehidupan, sibuk bekerja, mendirikan rumah tangga, berusaha, cari rezeki, berkawan dsbg. Sendiri buat sperma, sendiri tanggung akibatnya.

    Reply
  • October 16, 2014 at 10:35 AM
    Permalink

    hehe..teknik lama hang nak divert issue tak pernah menjadi kat sini mooo….ni hang dah standby nak guling-guling depan istana kehakiman ke mooo ?? cuba hang tengok mooo…pecacai yang ada belen sikit-sikit otak, dah mula berfikir rasional…hang bila lagi ?? ke hang tak dak otak langsung ??

    Reply
  • October 16, 2014 at 11:10 AM
    Permalink

    Mooh oh Mooh, pergilah lawat facebook Anwar Ibrahim dan lihat sendiri comment2 kebangkitan rakyat yg tak mahu lagi diheret oleh Anwar Ibrahim untuk berhimpun dan berdemo demi kepentingan dan masalah peribadi Anwar Ibrahim.

    Tapi hang ni Mooh tetap setia dgn Anwar Ibrahim, tahukah Mooh bahawa BODEK sekuat mana pun, Nurul Izzah tetap akan kata NO pada Mooh sbb Nurul Izzah sudah ada pilihan hati sendiri!!!

    Kesian aku tgk kat dgn Mooh ni, asyik KECEWA memanjang selagi Anwar Ibrahim tak jadi Perdana Menteri Malaysia!!!

    Insaflah Mooh, ramai penyokong Pakatan Rakyat dah insaf dah tak mahu sokong lagi Anwar Ibrahim!!!

    Reply
  • October 16, 2014 at 11:41 AM
    Permalink

    Tak ada manusia yg mahu tertipu sepanjang masa. Tapi tak tau lah moo yang rela ditipu dan diperkudakan anwar sepanjang masa.

    Reply
  • October 16, 2014 at 11:47 AM
    Permalink

    Kalau nak harap org pkr saja memang tak ramai la, jadi anwar kena minta tolong barua dan broker2 dia dlm pas utk minta penyokong mereka turun.

    Reply
  • October 16, 2014 at 12:26 PM
    Permalink

    Akhirnya yang menang adalah DAP. MB Selangor “china doll” DAP, Mat kaki Sabun pun penjilat DAP, yang tergolek takde apa2 tapi banyak dosa adalah Anuwar dan Nik Ajis.

    Moo, aku paham perasaan ko. Tak lama lagi pakwe ko nak di lobang kunyit kan di penjara sungai buluh…sabar aje la yea, cari lah yang lain..kumbang busuk bukan seko….Rafizi ada tu…tak pun lim kit siang, takde rotan akar reput pun berguna.
    Moo, dulu pun Anuwar kata nak dirikan kerajaan, dulu pun Anuwar kata nak letak jawatan bile kalah… apa ko citer ni moo…
    Kembalilah ke pangkal jalan…dah dekat nak mati tuu…

    Yang aku tau kerajaan kurangkan subsidi minyak..

    Reply
  • October 16, 2014 at 12:45 PM
    Permalink

    sejak langkah kayang, tembelang ketum ni dah terbocor, maaf la nak sokong lagi….

    Reply
  • October 16, 2014 at 2:12 PM
    Permalink

    dah tak relevan lagi…dia nak test market je…

    Reply
  • October 16, 2014 at 11:06 PM
    Permalink

    Eloklah dia direhatkan dipenjara…mungkin penjara itu sesuai utk dia.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.