Azmin tidak halang Oktoberfest.

Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

“Penganjuran itu tertakluk kepada peraturan serta garis panduan sedia ada yang antaranya menetapkan penganjur perlu mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu.

“Selepas itu penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jika semuanya telah dipatuhi, kerajaan negeri tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini.Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan acara kemuncaknya akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama.

Mohamed Azmin bagaimanapun mengesahkan buat masa ini penganjur belum mendapat kelulusan daripada beberapa agensi.

Ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat, perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti berkenaan. “Ini (keputusan tidak menghalang Oktoberfest) adalah pendirian kerajaan negeri yang juga diwakili oleh semua parti,” ujarnya.

Utusan

9 thoughts on “Azmin tidak halang Oktoberfest.

  • October 10, 2014 at 9:37 AM
    Permalink

    Pas kononnya ingat perlantikan azmin akan memberi mereka kelebihan, ha ambik . Azmin tak pandang pun pada pas ni. Setakat drama dia ambil la gambar dgn nik aziz kejap.

    Reply
  • October 10, 2014 at 10:33 AM
    Permalink

    Azmin satu-satunya MB bangsa Melayu yg beragama Islam
    yg paling BANGSAT
    tidak prihatin dan rasa bertanggongjawab
    atas kesucian agama dan negeri dibawah kuasa tadbirnya.
    jika tia tidak tahu gunakan kuasanya
    bagi mengelak bumi pentadbirannya
    disimbahi dgn pesta arak – maka dia adalah PEMIMPIN DAYUS
    PEMIMPIN DAYUS..NERAKA TEMPATNYA!

    Reply
  • October 10, 2014 at 12:06 PM
    Permalink

    Tanggung lah dosa, bagi mereka yang memudahkan kemaksiatan ini terjadi. Bagi setiap titik arak yang di jilat hingga lah berlakunya kemaksiatan yg berdosa besar. Dapat free aje.
    Semakin jauh dari Jannah, semakin dekat pada Jahanam.
    Parti di utamakan, agama di sisihkan. Inilah bala yang sedang Allah hantar…. Pemimpin yg tidak bermoral dan yang tak ingatkan MATI.

    Reply
  • October 10, 2014 at 12:12 PM
    Permalink

    Haaaaaaaaaaaaaaaaaa…abikkor PAS Selangor..apa kor bolih buat?????? Tegok ajer dan telan semua ini….

    Reply
  • October 10, 2014 at 12:43 PM
    Permalink

    PAS lain kalivkalau hantar nama calon MB selidik la latar belakabg dulu… dia kenal tak siapa AA tu…

    Reply
  • October 10, 2014 at 1:11 PM
    Permalink

    Azmin….kalau betul le hang yg mengiyakan memang malang la ….ka abang non yg bagi lampu hijau?…apa2 pun hang memang bodo dan jahil le

    Reply
  • October 14, 2014 at 12:18 AM
    Permalink

    Huhuhu….sian PAS…
    blum lg cite nk bt negare islam…cite psl pesta arak pn dh kne pundekkk…!!!!
    Yg sbnrye….korg xpndai bpolitik…org klantan pn habis btabor sluroh mlaysia cr duit…
    msok kndang rimau kne pundek….msok kndang kmbg pn kne pundekkkk….xkn nk msok kndg babi plok kn?…tp xtaulaa…nik ajis kate sngp kejesame ngan syaitan….xkn ngan babi xboleh plok kn?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.