Azmin digesa kaji jawatan abang kepada Raja Petra

MP Kuala Langat (PKR) Abdullah Sani menggesa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar mengkaji semula kedudukan abang kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin – Raja Idris – dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dengan prestasi yang didakwa kurang memberangsangkan.

Abdullah Sani membuat cadangan itu sewaktu menggesa Azmin menyemak semula prestasi-prestasi GLC negeri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini.

Beliau mengambil contoh penutupan Hotel Quality Shah Alam di bawah Kumpulan Darul Ehsan dan prestasi kewangan Kumpulan perangsang yang menurutnya berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Raja Idris, 60 tahun, seorang warga British adalah pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), serta perunding eksekutif merangkap penasihat Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

“Saya melihat latar belakang ini termasuklah kedudukan Yang Mulia Raja Idris jika perlu, dikaji semula kedudukan beliau untuk mengangkat martabat Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Pelantikan Raja Idris ke dalam GLC negeri pada tahun 2012 turut mencuri perhatian pemimpin-pemimpin BN Selangor yang mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik seorang warganegara asing untuk mengetuai GLC.

sumber Mkini

2 thoughts on “Azmin digesa kaji jawatan abang kepada Raja Petra

  • October 2, 2014 at 3:16 PM
    Permalink

    mcm mana warga asing dpt jawatan tertinggi dlm glc??

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.