Azmin Capai Sasaran Selesai 80% Masalah Rakyat atau Pakatan?

Oleh Riana Abd Aziz

Berbekalkan modal bahawa beliau kenal rapat dengan Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau nama popularnya di sana, Bapak Jokowi, lagi sekali Azmin Ali turun padang setelah hujung bulan yang lalu ketika beliau mula memegang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau “terjah” tempat longgokan sampah.

Kali ini beliau memilih untuk membuat terjahan ke pusat pembuangan sampah haram dan juga penempatan setinggan di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves. Seperti biasa kita akan lihat media pro pakatan adalah majoriti di dalam pasukan terjah yang mengiringi beliau. Pegawai-pegawai khasnya hanya beberapa orang sahaja.

Dalam menyanjungi Presiden Indonesia tersebut, Azmin barangkali terlupa apabila beliau dengan bangga menyebut bahawa beliau akan meniru gaya Pak Jokowi dalam urusan mendekati rakyat. Jelas Azmin, masa Pak Jokowi hanya 20 peratus sahaja di pejabat dan selebihnya bersama rakyat jelata. Gaya percakapan seperti Azmin Ali sudah melakukan apa yang Pak Jokowi lakukan, baru dua kali turun padang sepanjang sebulan menjadi Menteri Besar sudah mencapai sasaran 80 peratus masa mendengar rintihan rakyat?

Rakyat yang bagaimana maksud Azmin yang perlu didekati? Adakah urusan sampah adalah masalah rakyat atau cuba menutupi kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dalam urusan sampah yang sudah memasuki penggal kedua pakatan memerintah Selangor?

Strategi Azmin nampak begitu lemah kalau dibandingkan dengan apa yang telah dibuat oleh Tan Sri Khalid sepenggal yang terdahulu. Khalid Ibrahim dilihat tonjolkan kekuatan berkumpulan sedangkan Azmin dilihat terkial-kial tonjolkan diri sebagai “one man show”. Umpama beliau mampu lakukan perubahan seorang diri dengan pamirkan aktiviti seorang Ketua Negeri mampu turun ke bawah. Rata-rata rakyat tertawakan Azmin, berlakon di tepi kawasan pembuangan sampah bukannya boleh menyelesaikan masalah kutipan sampah yang menimbun tidak terurus oleh kontraktor yang mereka pilih sendiri.

Ujian keresahan rakyat yang pertama pun Azmin gagal untuk tonjolkan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang mewakili semua kaum dan semua agama. Isu hangat yang berlaku seminggu yang lalu, program menyentuh anjing, Azmin bukan sahaja tidak mampu menguruskan isu yang begitu sensitif kepada umat Islam yang berlaku di bawah kuasa negeri yang dipimpinnya malah gagal menjawab bila diajukan soalan.

Cukupkah Azmin hanya menepis soalan dari wartawan tentang isu tersebut apabila beliau mengatakan ianya isu yang kecil dan perlu baginya menumpukan isu yang lebih besar iaitu masalah air.

Kalaulah isu air yang dihadapi oleh penduduk negeri Selangor sebagai isu utama yang sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaiannya, kenapa Azmin Ali terjah sampah? Lupakah Azmin bahawa rakyat Selangor terpaksa hidup dengan sumber air yang dicatu dan Azmin belum lagi dilihat menerjah keperitan rakyatnya dalam mengharungi masalah ini?

Begitu juga dengan isu kebakaran yang berlaku di tapak perniagaan “up-town” Shah Alam juga telah menunjukkan Azmin Ali gagal sepenuhnya untuk berhadapan dengan mangsa yang terlibat. Adakah kerana Azmin melihat wakil UMNO dan Barisan Nasional membantu mangsa kebakaran maka Azmin ambil sikap lepas tangan dan menunggu tarikh Pilihanraya Umum yang akan datang barulah beliau sibukan diri menghampiri rakyatnya yang menghadapi kesusahan sebegini?

Rakyat Selangor boleh menilai sendiri siapa Menteri Besar Selangor yang baru ini, bercakap dan bertindak tidak nampak seiring dan tindakannya nampak jelas berpilih, masih belum mampu untuk lepaskan diri dari cengkaman Dap.

Rendahnya nilai rakyat Selangor kalau nak dibandingkan dengan tempat pembuangan sampah.

8 thoughts on “Azmin Capai Sasaran Selesai 80% Masalah Rakyat atau Pakatan?

  • October 25, 2014 at 11:49 AM
    Permalink

    hmmmmm….MB/KM Barisan Nasional pun apa kurangnya….sama jer, thats a fact ! nasib baik orang kampung masih sayangkan UMNO/BN.

    Reply
  • October 25, 2014 at 11:58 AM
    Permalink

    Apa kata Azmin tentang rancangan Kerajaan Persekutuan tentang subsidi minyak seperti yang dilapurkan ini_

    http://www.astroawani.com/news/show/kisah-minyak-bersubsidi-di-malaysia-ahmad-maslan-45211

    Bolehkah ia dilaksanakan dengan baik tanpa “confusion” di kalangan pembekal petrol, pengusaha Patrol Station dengan rakyat yang menggunakan motorsikal, kereta cc kecil yang digunakan setiap hari oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan oleh warga pesar dan warga emas – lelaki dan perempuan?

    Mari kita bincang baik/buruknya sebelum Kerajaan laksanakan pada satu tarikh yang dijangkakan June 2015.

    Reply
  • October 25, 2014 at 3:46 PM
    Permalink

    Azmin jiwaraganya ada lah UMNO dan dia akan kembali pada UMNO.

    Reply
  • October 25, 2014 at 11:15 PM
    Permalink

    azmin dah selesaikan 80% cita2 nak jadi menteri besar..sekarang dia hanya nak duduk2 je kat kerusi menteri besar..sementara menunggu madu dia si nuar memberi perintah apa yang perlu di buat …sebab azmin bukan tau apa2 pun..badut nuar je dia tu…

    Reply
  • October 26, 2014 at 8:57 PM
    Permalink

    Bila Azmin Ali hendak datang melawat kawasan dalam Majlis Bandaran Kajang seperti Bandar Kajang sendiri, Bandar Sg. Long dll.

    Orang Bandar Sg. Long selalu bersungut dan komplain yang kebersihan pasar malam, longkang dan kawasan belakang kedai penuh dengan sampah dan kotor.

    Kak Azizah tidak senang nak tengok itu semua. Azmin tolonglah datang melawat macam Azmin melawat kawasan Gombak, Pulau Ketam, Bukit Beruntung, Rawang.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.