Anwar Ibrahim Beri Hadiah Brioni Suit Berharga RM24,000 Kepada Saiful Bukhari?

Perbicaraan rayuan terakhir kes liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadi, Saiful Bukhari yang masuk hari ke-4 hari ini agak menarik perhatian ramai apabila buat pertama kali Pendakwaraya, Tan Sri Shafee menyebut mengenai pakaian mewah Brioni Suit yang dimiliki Saiful.

Sut Brioni yang dimaksudkan oleh Shafee itu bukan calang-calang jenama kerana harganya sahaja mencecah USD7,700 atau bersamaan RM24,000.00. Dan lebih menarik lagi sut tersebut merupakan hadiah istimewa daripada Anwar khusus untuk pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.

10.10 pagi : Shafee seterusnya menjelaskan tugas Saiful sebagai Pembantu Peribadi Anwar Ibrahim.

Saiful akan pergi ke mana-mana sahja dengan Anwar, Singapura, Hong kong dan diberikan elaun yang tinggi. Semua ini diberikan walaupun pada hakikatnya, Saiful merupakan individu yang gagal menamatkan pengajian di universiti.

Anwar juga ada memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir RM 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee. (rujuk di sini).

Sekadar makluman, untuk pengetahuan pembaca sut dari jenama yang sama juga pernah dipakai oleh Pierce Brosnan dalam semua filem James Bond yang dilakonkannya serta turut diperagakan oleh Daniel Craig dalam filem James Bond bertajuk Casino Royale (rujukan sini & sini).

Carian di google mengenai harga sut Brioni membawa penulis ke laman jual beli pelbagai jenis sut berjenama itu. Terbeliak biji mata penulis melihat harga-harganya yang ada mencecah USD9,000 hingga yang paling murah pun dah berharga USD3,000. (rujuk sini)

Jadi jika betul harga sut Brioni milik Saiful itu berharga USD7,700 (RM24,000) seperti dinyatakan oleh Shafee, mungkin bagi orang berduit seperti Anwar ia masih dikira murah dan berbaloi untuk dihadiahkan kepada Saiful bila dibandingkan set sut jenama sama ada yang lebih tinggi harganya.

Bayangkan wang berjumlah RM24 ribu dilaburkan hanya untuk sepasang sut mewah dan dihadiahkan kepada seorang pembantu peribadi. Wah! memang bertuah pekerja tersebut tentunya dia seorang yang cukup disayangi pihak majikan. Payah nak jumpa majikan yang prihatin sebegini. Satu dalam sejuta barangkali.

Tak cukup dengan hadiah sut bernilai puluhan ribu, Anwar juga membawa saiful ke mana-mana sahaja termasuk ke Hongkong dan Singapura, siap mendapat elaun yang tinggi tak sesuai dengan kelayakan akademiknya yang terkandas separuh jalan. Selain itu, bilik khas untuk Saiful bekerja juga disediakan sementara staf lain tidak pula menikmati semua keistimewaan tersebut.

Dah dapat hadiah sut Brioni yang serba mewah itu satu hal yang baru, pun dah cukup mengejutkan. Dulu pula semasa perbicaraan kes liwat ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 5 Februari 2010, mahkamah telah diberitahu yang Anwar pernah menghadiahkan sehelai seluar panjang dan sehelai kemeja juga untuk Saiful.

Ada juga khabar mengatakan Anwar pernah memberikan sehelai seluar dalam kepada Saiful. Bagaimana pun carian penulis tidak menemui sumber rasmi seperti Utusan, Bernama atau seumpamanya, cuma ada beberapa blog menyebut perihal hadiah seluar dalam itu (rujuk blog CTS di sini).

Namun yang pastinya bila sampai ke peringkat pekerja bawahan mendapat layanan sedemikian rupa, mendapat hadiah sut berjenama harga berpuluh ribu dan pakaian lainnya, ini jelas membuktikan wujud satu ikatan yang cukup istimewa antara Anwar dengan Saiful.

Entah apa istimewanya sangat Saiful di mata Anwar sampaikan sanggup berbelanja lebih 20 ribu ringgit tak tahulah, kalau nak dikatakan khidmat bakti Saiful begitu cemerlang pelik juga rasanya sebab antara tugas hakikinya cuma hidang teh, karipap dan susun jadual saja.

Dengan pendedahan ini, agak-agaknya para balaci Anwar akan mula terdetik ada sesuatu yang tidak kena dengan tabii idola mereka atau masih mahu membutakan mata dan menjumudkan minda dari menerima kebenaran yang pahit untuk ditelan? Atau buat bodoh saja selagi tidak terjadi di depan mata?

17 thoughts on “Anwar Ibrahim Beri Hadiah Brioni Suit Berharga RM24,000 Kepada Saiful Bukhari?

  • October 31, 2014 at 4:52 PM
    Permalink

    Aku pun nak kerja dengan bang Non kalau setakat bancuh teh, hidang karipap dan susun jadual. Tapi lubang pungkuk jangan harap dapat usik tau bang Non.

    Reply
  • October 31, 2014 at 5:12 PM
    Permalink

    kerana sex mcm2 dapat…….

    Reply
  • October 31, 2014 at 6:12 PM
    Permalink

    Cari kat google? wkakakakakakaka..

    Reply
  • October 31, 2014 at 8:26 PM
    Permalink

    Semua perkara mengenai Anwar perlu diambil dan diberi pertimbangan secara lojik akal. Pencacai dan pemuja Anwar cuma disuruh menghafal dengan fasih bahawa “Anwar dianiaya, Anwar tidak meliwat, itu semua konspirasi untuk menamatkan kareer politik Anwar.”

    Dalam pada menghafal secara fasih ungkapan lapok itu… peguambela Anwar bertegang urat leher dalam mahkamah bahawa saiful tidak dipaksa untuk diliwat tapi saiful dengan suka rela menonggeng suruh Anwar sodok.

    Lah.. macam itu pulak bunyinya. Yang menyebut paksarela atau sukarela itu bukan Shafie Abdullah pun, tapi Sri Gopal Sri Ram Sam Dol. Justeru, mana pergi akal pemuja Anwar yang terus menolak bahawa meliwat memang tak ada dalam kamus hidup Anwar, liwat itu ciptaan BN, ciptaan Umno.

    Ya Rabbi… aku memang benci pemuja Anwar . Benci sampai ketulang. Kenapa?? Pasal itu lah, pasal enggan guna akal yang diberi Allah pada mereka tapi memilih bulat2 untuk menghafal ungkapan basi lagi lapok dan haprak.

    Reply
  • October 31, 2014 at 9:32 PM
    Permalink

    Sangat sangat setuju dengan memang terok.pemuja anwar memang terok.tidak mahu langsung membuka minda.anwar berjaya menanam doktrin semuanya konspirasi umno.tapi tak ada dalam hujah pembela bukti konspirasi ini.sungguh-sungguh saya tak faham.

    Reply
  • October 31, 2014 at 9:58 PM
    Permalink

    banyak pulak duit si bontot ni yek..nak kata dia keja macam tak keja..keja meliwat je duit leh banyak macam tu..

    Reply
  • October 31, 2014 at 10:54 PM
    Permalink

    Sorry la mek, hang tak dak peluang….anwar tak berapa nak minat kat perempuan, kecuali terdesak.

    Reply
  • October 31, 2014 at 11:08 PM
    Permalink

    Huish, sayang lagi Mek Esah kat Anwar Ibrahim!!!

    Ingat kan Mek dah tak mahu lagi kat Anwar Ibrahim!!!

    Mek ada cita2 nak rasa 4cm Anwar Ibrahim ka???

    Hehehehehe

    Reply
  • October 31, 2014 at 11:10 PM
    Permalink

    Mooh, bukti apa hang mau???

    Reply
  • November 1, 2014 at 11:35 AM
    Permalink

    Moo, Kalau siasat kes bunuh, sebagai contoh, Polis cari senjata yang digunakan ileh pembunuhm kesan luka di badan mangsa dll bukti dan keterangan.

    Dalam kes rogol dan lewat Polis cari bukti yang ada dalam rahim dan dubur mangsa. Ada air mani dalam rahim/dubur mangsa ke tidak. Polis kena sahkan samada perogol/pelawat punya “senjata” tajam ke tidak, boleh bangun ke tidak. Itu pasal mangsa dan perogol/pelewat kena di hantar ke Hospital untuk pemereksaan oleh Doktor. Apa yang diperolehi diuji, di analisis secara scientifik. Itu pasal barang bukti di hantar ke Jabatan Kemia dan Bahagian Forensic. Itu semua buktilah. Moooooooooo!

    Mari kita ikut lapuran sidang rayuan pada hari Ithnin dan bagaimana pehak Pendakwa membuat hujah dan penjelasan melalui Utusan/NST.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.