Anwar Datangkan Tareq Suwaidan Untuk Sucikan Diri Dan Cucikan Pas?

Oleh Riana Abd Aziz

Anwar nampaknya tidak berubah, boleh baca strategi yang akan beliau lakukan kiranya ada nilai kepentingan diri. Kalau tiada memberi pulangan atau impak besar kepada dirinya maka Anwar akan memencilkan diri serta membisu mengunci mulut.

Tarikh hari rayuan terakhir Anwar dalam kes beliau meliwat begitu hampir, 28 Oktober 2014. Maka rakyat boleh melihat bagaimana reaksi Anwar untuk mengajak rakyat turun lagi sekali “membela” beliau. Kali ini slogan yang digunakan adalah slogan yang amat serius. “Rakyat Hakim Negara”.

Gambaran kononnya rakyatlah yang sebenarnya perlu bangkit tentang kezaliman yang berlaku ke atas dirinya. Rakyatlah sebenarnya lebih tahu apakah keadilan sebenarnya yang perlu ditegakkan. Apakah ini bukan menghasut namanya?

Anwar berharap dengan tiupan slogan terakhir dalam perjalanan kes beliau meliwat ini mampu menarik simpati rakyat dan ramailah akan turun untuk gegarkan perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya kelak.

Di waktu yang sama, seperti sebelum ini ketika di awal perbicaraan. Siapakah yang Anwar bawa dari luar Malaysia untuk ‘mensucikan’ dirinya? Ulama yang disegani, Dr Yusuf Qaradhawi. Ulama yang tidak tahu hujung pangkal, yang telah diracun jalan ceritanya maka keluarlah kenyataan kononnya Anwar teraniaya. Namun akhirnya Ulama ini tidak menyokong Anwar lagi. Mungkin beliau sudah dapat gambaran jelas kes sebenar yang berlaku.

Anwar jenis yang cepat mengalah?

Kini Anwar guna sekali lagi strategi yang sama. Bawa personaliti yang kononnya berpengaruh di seluruh dunia. Anwar bawa masuk Pemimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan yang terkenal di negeri sebagai pakar pengurusan dan perancang strategi.

Anwar cukup bijak, beliau nampakkan bahawa beliau datangkan Tareq untuk pengikutnya menimba ilmu tetapi dalam masa yang sama, ejen anwarinas menggunakan Dr Tareq ini untuk “mengeluarkan fatwa” kononnya Pas wajib kekal di dalam Pakatan Rakyat dan yang paling penting ucapan dan syarahan Dr Tareq yang menyelitkan ayat-ayat Quran dan Hadis bertujuan membela Anwar.

Tambahan pula dalam bahasa Arab, teringat sindiran Tun Mahathir, “istilah Arab yang berbunyi seperti istilah Islam”. Masyarakat mudah keliru bila seolah-olah bahasa Arab yang kelihatan menggambarkan Islam.

Tahaluf Siyasi contohnya, itu bahasa Arab yang tiada kena mengena langsung dengan ayat Quran dan juga Hadis Nabi saw, dan ini ditegaskan oleh Tareq sendiri dalam program khasnya bersama 100 peserta yang rata-ratanya orang kuat Anwarinas di Hotel Vistana Kuala Lumpur semalam.

“Tahaluf siyasi” yang dijalinkan PAS dengan parti bukan berteraskan Islam adalah strategi politik yang mampu menjamin kejayaan parti itu untuk berjaya menjadi pemerintah di Malaysia, kata Dr Tareq Suwaidan.

Malah beliau menegaskan hanya dengan Pakatan sahaja Pas mampu menang dalam Pilihanraya dan memerintah Malaysia. Tareq cuba memandang remeh kekuatan Pas di Kelantan yang mampu bertahan selama lebih 20 tahun tanpa bantuan Dap dan Pkr.

Anwar mungkin minta Dr Tareq ‘sekolahkan’ Pas tentang peri pentingnya bersama Pkr dan Dap menawan Putrajaya bila dalam majlis yang di anjurkan oleh Lajnah Antarabangsa Pas itu Dr Tareq kerap menekankan kerjasama yang dijalinkan tidak seharusnya dianggap sebagai prinsip, sebaliknya sekadar taktik politik.

Paling sudah dijangka, kedatangan Dr Tareq atas jemputan Anwar bukan sekadar datang bertandang minum teh tarik tetapi bagi mengulangi cara lama Anwar untuk nampakkan bahawa beliau dianiaya dan beliaulah yang layak menjadi pemimpin negara ini.

Sessi pertama di rumah Anwar sendiri dan di sessi yang sama di Hotel Vistana, Dr Tareq mengeluarkan kenyataan bahawa sokongan terhadap faktor individu tidak penting, tetapi sokonglah prinsip yang dibawanya.

Dr Tareq juga melambung Anwar bagaikan manusia yang hebat bila mengupas bahawa ilmu dan tahap keimanan seseorang tidak melayakkan dirinya menjadi pemimpin yang baik tanpa keupayaan kepimpinan yang tinggi dalam dirinya.

Apakah kenyataan Tareq ini untuk memberitahu ahli Pas bahawa Hadi Awang dan Ulama Pas tidak layak menjadi pemimpin hanya bersandarkan ilmu agama sahaja? Apakah ini isyarat untuk Mat Sabu dan Anwarinas melanggar dan menyingkirkan Ulama Pas di barisan kepimpinan utama mereka?

Mungkinkah ini ‘selebriti’ terakhir yang Anwar datangkan khas untuk terus mensucikan beliau dan diwaktu yang sama untuk menguatkan lagi benih Anwarinas yang bakal ditinggalkan di dalam Pas kiranya beliau terpaksa merengkok di penjara? Lihatlah saja nanti.

9 thoughts on “Anwar Datangkan Tareq Suwaidan Untuk Sucikan Diri Dan Cucikan Pas?

  • October 20, 2014 at 9:16 AM
    Permalink

    OLD SCHOOL mcm dia bolihlah tipu OLD PENYOKONG dia yg tak akn terima pandangan selain daripada Al’ Jub ini…Celebriti Tok Arab dah memang sinonim dgn cara nak SUCI diri Al’Jub….nak TOP UP dgn Ulamak PAs DAH XBOLIH nak pakai or GULA2 kan lagi sbab nak sangat jadi MB.. PAS dah jadi MUSOH dalam selimut…Hahahahahahahahaaaa sbab kerja Pandai SetiaBerusaha utk BOss dgn Kajang Move Failure….PADAN DENGAN MUKO……

    Reply
  • October 20, 2014 at 9:16 AM
    Permalink

    Audah bayak kerosakan yg dilakukan anwar di atas muka bumi ini..Pas pun nak hanvur dikerjakannya

    Reply
  • October 20, 2014 at 9:58 AM
    Permalink

    bawalah siapa pun, kalau dah busuk tu tetap busuk la nuar oi. kau boleh kelentong org luar, org parti kau sendiri, org pakatan sendiri tau ttg kebusukkan kau tu.

    Reply
  • October 20, 2014 at 11:31 AM
    Permalink

    KEPADA PAS
    memang ditakdirkan
    kelahirannya
    untuk MENIPU
    DAN DAPAT BALASAN
    DITIPU
    DITIPU KIRI KANAN
    LIM KIT SIANG DAN ANWAR BRAHIM
    DAP DAN PKR
    lunyai Pas digodam dengan ALAM PENIPUAN

    Reply
  • October 20, 2014 at 11:38 AM
    Permalink

    Dia datangkan lah siapa pun…tak kan dapat dia basuh dosa-dosa dia, nanti bila didatangkan Mungkar dan Nangkir pada dia baru lah dia tau…

    Reply
  • October 20, 2014 at 12:08 PM
    Permalink

    Orang islam juga yang di angkut untuk membela diri sendiri. Kenapa tak di hangkut Pope kristian tu. Dalai Lama pun ada tu.
    Aritu kan bersekongkol dengan diaorang, siap masuk gereja lagi.Mana diaorang? Ada diaorang guling-guling atas jalan. Yang mampu buat macam tu, orang bulan bodoh aje.
    DAP pulak, tak kan laa selamba rock aje tak tengok2 kan si anak berahim ni?
    Akhir kalam, DAP yang untung. Orang cina dah dia punya, orang melayu di pecah belah kan, yang islam dah di hinakan. Siapa punya angkara ni? Anuwar a/l berahim. Nik Ajis pun….

    Reply
  • October 22, 2014 at 10:31 PM
    Permalink

    anuar ni kalau nak disucikan senang je..mandikan dengan sulfuric acid je..gerenti bersih..

    Reply
  • October 24, 2014 at 8:59 AM
    Permalink

    Desperate man call for desperate moves to save himself !!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.