Anwar bersaralah, rakyat sudah letih – Lensa

Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menimbulkan gesaan agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan ‘Rakyat Hakim Negara’ yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Lensa-EkhsanJurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

“Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

“Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.

“Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

“Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?,” soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Menurutnya, Anwar perlu bersimpati dengan golongan penyokong yang sejak sekian lama menunjukkan solidariti bersama Anwar.

“Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

“Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri,” kata Ekhsan lagi.

Himpunan ‘Rakyat Hakim Negara’ anjuran sayap pemuda PKR, AMK itu diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II. – Malaysiakini.com

10 thoughts on “Anwar bersaralah, rakyat sudah letih – Lensa

  • October 17, 2014 at 4:24 PM
    Permalink

    semangat anak muda seharusnya tdk mudah luntur, spt pepatah anwar “lawan tetap lawan”.. sekurang kurgnya kena tunjukkan semangat melawan bg satu tujuan yg terbuku dihati.. “hancur melayu hancur islam”.. & ko umno, kalau berhenti skrg maka sia2lah usaha yg lalu.. kalau meniaga tak leh gitu beb.. malah bangkit tetap bangkit, ajak sekali tgna tghh.

    Reply
  • October 17, 2014 at 4:38 PM
    Permalink

    Yg letih korang..org UMNO je.., smgt meneggak keadilan di Malaysia dan syiar Islam di terukan hatta DSAI tak ada pun..

    Hancur melayu, hancur islam???? Kat Bkt Bintang penuh melayu tu…

    Reply
  • October 17, 2014 at 4:38 PM
    Permalink

    LOL, LENSA dah INSAF ka???

    Adakah ini hasil tarbiyah ahli PAS bernama Fadhil Hasanuddin kpd Safwan Anang di mana LENSA ketika itun bersungguh2 mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika TIDAK SETUJU dgn arahan Anwar Ibrahim???

    Kalau benar perkara ini, baguslah begitu!!!

    But I still doubt keikhlasan mereka and LENSA still have a long way to go!!!

    Reply
  • October 17, 2014 at 4:39 PM
    Permalink

    BERITA BURUK UNTUK MOOH!!!

    “Muslim men in Kelantan found to skip Friday prayers three weeks consecutively may find themselves imprisoned for a year.

    Those who have reached the age of maturity and have no concrete reason for skipping Friday prayers can be charged, Kelantan Islamic development, dakwah (Islamic propagation), information and regional relations committee chairperson Mohd Nassuruddin Daud said.”

    http://www.malaysiakini.com/news/277764

    Nasib baik Mooh duduk kat KL ya!!!

    Kalau Mooh duduk kat Kelantan, Mooh akan masuk PENJARA selama satu tahun sbb consistenly caught tak solat Jumaat!!!

    Boleh Mooh masuk penjara temankan Anwar Ibrahim!!!

    Hehehehehe!!!!

    Reply
  • October 17, 2014 at 5:08 PM
    Permalink

    org pro pakatan pun dah naik muak dgn nuar ni

    Reply
  • October 17, 2014 at 5:35 PM
    Permalink

    Geng sendiri pun dah bisan tengok kelaku dan drama Anwar, rakyat pun dah hidu ada bau busuk yang membusukkan dari kempen #RakyatHakimNegara adalah ekploitasi kepentingan bagi melindungi dosa pribadi

    Reply
  • October 17, 2014 at 5:37 PM
    Permalink

    70% pencacai tahu Anwar memang peliwat. 10% yang betul2 tak tahu dan percaya Anwar teraniya. 20% lagi yang tak pasti ye ke, tidak ke, tetapi lebih berat kearah mempercayai Anwar itu bersih tapi dianiaya.

    Peratus yang besar itu kerana mereka sudah ambil kira semua perkara semenjak kes Anwar ini menjadi hangat.

    Mereka tahu Anwar memang bersalah kerana orang yang benar tidak berputar alam menanggohkan kes sampai 69 kali.

    Ke2, mereka tahu Anwar meliwat kerana Anwar takut bersumpah. (Mengenali perangai Anwar, dia-lah yang akan heret orang lain untuk bersumpah kalau dia itu betul).

    Ke3, agak sukar menolak kebenaran dakwaan Saiful yang berani berisiko sumpah laknat.Malah berani sambong sumpah nya didepan kaabah.

    Atas alasan tersebut Anwar perlu disumbat semula kedalam .

    Reply
  • October 17, 2014 at 8:36 PM
    Permalink

    Dey mooo..pecacai dah mula letih kena main dengan anwar, dah mula sedar….hang bila lagi ??

    Reply
  • October 17, 2014 at 9:58 PM
    Permalink

    Mooo tngh tension giler…klau Aljubs masuk penjara, siapa yg nk layan pungkok dia lg…

    Reply
  • October 18, 2014 at 12:42 AM
    Permalink

    bukan rakyat hakim negara tapi rakyat diperbodohkan anwar.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.