Akhirnya Mufti Selangor Bersuara!

MAIS_I-Want-To-Touch-A-DogShah Alam – Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran “I Want To Touch A Dog” di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.

Mufti Selangor itu menegaskan pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing, itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri.”” katanya ketika dihubungi.

Tamyes berkata, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.

“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan,” katanya.

Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.

Tambah Tamyes lagi, Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.

“Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam,” katanya.

Tamyes berkata, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.

Walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis “mughallazah” bukan semata-mata melalui sentuhan.

“Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.

“Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.

Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.

“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya dipetik laporan Bernama.

Namun, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi ‘lampu hijau’ pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014 menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis “Penganjur ‘IWTTAD’ untuk makluman selamat maju jaya.”

suara.tv

16 thoughts on “Akhirnya Mufti Selangor Bersuara!

  • October 20, 2014 at 7:46 PM
    Permalink

    dah agak dah…MAIS jadi kambing hitam..
    haramjadah punya organiser anjing..dengan dia dia pun anjing..

    Reply
  • October 20, 2014 at 7:47 PM
    Permalink

    nak sangat pegang anjing..ambik anjing gile…nak tak diaorang pegang..tapi tak der lak dengan kucing gile kan?? bangang punya melayu yang peluk cium bagai..bodo..

    Reply
  • October 20, 2014 at 7:55 PM
    Permalink

    Apa tujuan acara begini diadakan? Bukankah Islam melarang sentuh benda najis tanpa sebarang sebab? Lepas ni penganjur blhlah adakan acara meramas tahi…tentu mereka ni kata tahi kotor anjing tak kotor…disini punca masaalah

    Reply
  • October 20, 2014 at 8:23 PM
    Permalink

    Rupa2nya Nurul Izzah yg dok sebarkan KONONNYA ada surat benarkan meluluskan penganjuran “I Want To Touch A Dog” dan adanya upacara tazkirah dari ustaz pada TWEETER berbunyi:

    Nurul Izzah @n_izzah Oct 19

    “For some haters out there, including @ustazfarhulbari; acara t’masuk tazkirah ringkas oleh ustaz”

    https://twitter.com/n_izzah

    Reply
  • October 20, 2014 at 8:45 PM
    Permalink

    “Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam,” katanya.

    punyalah berlapik mufti selangor cakap, kenapa tak cakap terang2 pegang anjing tanpa sebab yang munasabah hukumnya adalah haram, samalah kalau pegang tahi tanpa sebab munasabah hukumnya haram takan mufti tak sedar sudah di fatwakan

    kita taulah mais tak ada kuasa meluluskan penganjuran tak perlulah nak bagitau kuasa mbpj dalam meluluskan penggunaan padang tu semua orang pun tau yang jadi persoalan kenapa mais keluarkan surat sokongan kepada penganjur kalau tak betul atau surat palsu kenapa mufti tak mau ulas tentang surat sokongan tersebut kalau ianya palsu saman ajalah.

    Reply
  • October 20, 2014 at 10:41 PM
    Permalink

    di Malaysia dah ramai Melayu yang murtad. Tugas utama Melayu murtad di Malaysia adalah memurtadkan Melayu lain

    Reply
  • October 21, 2014 at 3:14 AM
    Permalink

    bangga pulak betina dalam gambar kat atas tu kan .. siap sengih kambing lagi sambil pegang mulut anjing tu.

    Reply
  • October 21, 2014 at 8:00 AM
    Permalink

    Ini lah bencana nya kalau Negeri Selangor nie dipimpin oleh orang yg tak kuat Agamanya… yang tak tahu akan hukum hakam Agama Islam..

    Memerintah ikut nafsu dan fikiran yang cetek…

    Reply
  • October 21, 2014 at 8:43 AM
    Permalink

    Tunggulah bila penganjuran “I want to touch a pig !” pulak. Jangan salahkan orang lain bila Melayu begini dilabelkan bodoh, mudah dikudakan. Bodoh sombong pulak tu, tak boleh ditegur.

    Reply
  • October 21, 2014 at 11:25 AM
    Permalink

    Patutlah Melayu pernah dijajah selama lebih 450 tahun sebelum ini. Benda yang straight forward macam pegang dan cium anjing pun dah dijadikan kempen besar2an untuk orang melayu / Islam. Yang pelik nya dapat sambutan hangat pulak tu. Masya’ Allah. Ada yang kata mazhab itu dan mazhab ini boleh. Kita ni mazhab apa. Boleh ke pilih-pilih mazhab mengikut apa yang kita suka.

    Reply
  • October 21, 2014 at 2:20 PM
    Permalink

    Haa pada yg pergi hari tu n if perlukan tanah untuk samak… whatsapp sy 01126253510… kesian plak sy tengok… lain kali jgn dok terpengaruh dgn program program yg x berfaedah mcm nie… ada yg sanggup bawa ank ank kecil… dok tarik tangan ank kasi belai anjing… tolong samak satu family ok… benda benda camni x boleh dipandang mudah..

    Reply
  • October 21, 2014 at 3:19 PM
    Permalink

    ugama Islam ada lah ugama suci dan melarang melibatkan diri dari menyentuh, mengusik, membela,meyimpan menggunakan dan memakan benda yang kotor. Untuk itu Islam meletak apa jua benda dan binatang dalam beberapa katagori dan anjing dan babi adalah yg paling kotor sekali.Dengan ini orang Islam mendapat panduan apa yang tak boleh dipegang atau diminum dan makan oleh ia mumudaratkan kepada insan itu kelak.Sebab najis yang kotor ini ada pada binatang dan barangan mahu pun makanan diterangkan dalam bentuk ilmiah dan saitifik agar tidak ada
    manunsia mempertikaikan kelak.Oleh orang kafir tidak diajar bab perkara halal dan haram dalam ugamanya maka mereka hairan mengapa orang Islam terlampau banyak haram dari halal dalam kehidupan mereka.Riba haram,zina haram,gaji yg tidak dari sumber kebaikan haram,arak haram, anjing dan babi haram.Ini dengan sendiri manusia Islam lah paling suci.Bila ada orang mengajar tidak perlu sangat taksuf kepada haram tadi maka dia telah melonggarkan hukum Allah dengan alasan yg berbagai.tiba tiba dia ada pengikut dan kerajaan tidak memperdulikan.Maka kesucian islam tergugat dengan cadangan si tolol ini.
    islam mula tercemarleh orang yang tolol ini.

    Reply
  • October 21, 2014 at 7:31 PM
    Permalink

    Kebanyakan nya orang perempuan, patutlah yg dikatakan perempuan lebih ramai di neraka… benda macam nie pun tak reti pikiaq.. ceteknya ilmu agama.. ada pula yg sanggup bawa anak dan bergambar. Moga2 terjauh benda2 mcm nie dari keluarga saya.

    Reply
  • October 28, 2014 at 1:21 AM
    Permalink

    Apa dah jadi ni oghang melayu tak pandai guna akal sampai isu sentuh anjing merepek repek sampai di label murtad & masuk neraka….? Ni hukum ALLAH ka sapa sapa sentuh anjing di humabn dalam neraka…setau aku cuma insan yang berzina,meminum arak,memakan harta anak yatim,pecah amanah,rasuah,menipu,melaku kan riba,membunuh manusia,melaku kan kekejaman dll jerr yang di humban ke dalam neraka.

    Tolong aku cari kan nas alQuran kata sentiuh anjing masuk neraka….!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.