Aedes Berkembang Biak Di Negeri Tadbir Pakatan Rakyat!

Dihantui dengan jumlah kes yang semakin meningkat secara luar biasa, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengisytiharkan demam denggi sebagai epidemik. Sehingga 1 Oktober, jumlah kes denggi dilaporkan di seluruh negara ialah 76,079 dengan Selangor mencatat kes tertinggi 37,077 diikuti Kelantan (12,965 cases), Kuala Lumpur (5,236), Johor (4,274) dan Perak (4,086).

Seolah-olah satu petunjuk kepada seluruh rakyat, bahawa terdapat kepincangan yang serius dalam pentadbiran negeri oleh kerajaan pakatan. Apa tidaknya, tidak boleh dinafikan, kegagalan mengurustadbir sampah menjadi salah satu penyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes, apatah lagi jika sampah-sampah berkenaan terdiri dari bekas-bekas tin atau plastik yang boleh menjadi “rumah” aedes.

Bukan itu sahaja, saliran yang tersumbat akibat kegagalan PBT mengurus saliran dengan baik juga tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Sebagai bukti, kawasan bandar atau semi bandar di Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kes demam denggi.

Anehnya, epidemik ini seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan negeri, yang dilihatkan lebih suka menyalahkan kerajaan persekutuan. Dengan mengambil 2 punca terbesar berlakunya epidemik ini, iaitu pengurusan sampah dan saliran, apakah kedua-duanya di bawah bidang kuasa persekutuan?

Lebih memilukan, sebelum ini, rakyat Selangor dihidangkan dengan gambar Exco Kesihatan Selangor yang “tidur” sewaktu sidang DUN. Harapan memerangi aedes dilihat bersinar semula dengan perlantikan exco kesihatan yang baru, dengan sinar yang diharapkan, namun sirna yang berkunjung tiba. Statistik demam denggi terus meningkat dengan menggila sehingga diisytiharkan sebagai epidemik; paling teruk dalam sejarah negara.

Dengan keadaan meruncing ini, pemimpin-pemimpin politik yang telah diberi mandat rakyat di Selangor rupanya lebih berselera berpolitik, tentang siapa bakal menteri besar Selangor berbanding memastikan kesejahteraan persekitaran negeri. Ia terus menghanyutkan rakyat dengan kisah siapa sokong siapa, siapa orang siapa, sehinggalah membawa kepada perlantikan Menteri Besar yang baru.

Selesainya kemelut Menteri Besar Selangor membawa keberhasilan yang cemerlang; iaitu sebanyak 76,079 jumlah kes denggi. Penulis tidak akan berasa hairan jika selepas ini, akan keluar kenyataan dari pemimpin “kerajaan rakyat” ini bahawa rakyat Selangor perlu bertanggungjawab ke atas pembiakan nyamuk Aedes. Mudah berbicara, madah berhelah. Sedangkan usaha bersepadu dari kerajaan negeri secara besar-besaran masih belum kelihatan.

Penulis tidak menolak pentingnya kerjasama rakyat dalam membanteras aedes. Tetapi jika aspek-aspek kebersihan yang dipertanggungjawabkan ke atas PBT tidak dilaksanakan, maka boleh kita simpulkan bahawa yang bersalah ialah rakyat, dan bukannya kerajaan negeri.

Dengan epidemik Ebola yang menjadi perhatian umum dan dunia, kerajaan negeri seolah-olah sudah bersetuju untuk hidup bersama nyamuk Aedes.

Terbaru, Mat Sabu telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, dipercayai berkaitan dengan demam denggi.  Seraya itu, tergelak penulis apabila terdengar suara-suara nakal dalam politik berbunyi;

“Ada jugak nyamuk yang berani berjihad gigit Mat Sabu, berbanding ulama PAS tak berani “gigit” Abg Mat!”

Hahahahaha…

5 thoughts on “Aedes Berkembang Biak Di Negeri Tadbir Pakatan Rakyat!

  • October 3, 2014 at 5:19 PM
    Permalink

    Penyakit ini berlaku bila pihak berkuasa mengabaikan rakyat tdk bersungguh – sungguh melakukan kerja pembersihan kawasan dan longkang…

    Reply
  • October 3, 2014 at 5:26 PM
    Permalink

    Kesian dgn Mat Sabu, adakah ini kesan drp doa dari ahli PAS semasa Muktamar baru2 ini semoga Mat Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan Hadi Awang???

    Mustajab sungguh doa org PAS ni, nampak sangat Hadi Awang selama ini dianiaya oleh golongan Mat Sabu!!!

    Manakala doa pecah perut Najib, KO UMNO dan kerat lidah/buta mata nampak bulan (Pengkalan Kubor) takder pulak kesannya terhadap mana2 ahli UMNO!!!

    Satu petunjuk ni, tapi kalau mata dan hati dah dibutakan Allah SWT, dia takkan nampak benda2 ni!!!

    Semoga Mat Sabu cepat dan jangan putus asa Mat Sabu. Teruskan lagi serangan terhadap Hadi Awang sehingga berjaya menjawat jawatan Presiden PAS!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!

    Reply
  • October 3, 2014 at 8:59 PM
    Permalink

    Ini semua bala kerana mengundi pakatan haram laknatullah…

    Reply
  • October 4, 2014 at 11:01 AM
    Permalink

    Apabila rakyat kena aedes, inilah peluang Pakatan Rakyat menyalahkan BN ! Lebih ramai kena aedes, lebih hebatlah mereka menyalahkan BN.
    Cina tetap undi DAP walaupun rumah dan kedai mereka selalu dilanda banjir. Nanti BN boleh disalahkan. Bila sungai-sungai dan longkang-longkang dibersihkan, sumbatkan lagi dengan berbagai bahan buangan. Bila berlaku banjir, salahkan lagi BN. BN ini baik.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.