Bot Tempur TLDM Hilang Di Perairan Sabah?

Bot Tempur CB90 milik Tentera Laut Di Raja Malaysia bersama 7 askar dipercayai hilang di perairan Sabah sejak pagi tadi.

Sehingga malam inu pihak TLDM gagal menghubungi bot tersebut dan telah melancarkan operasi menyelamat.

Setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan kejadian ini, kawasan rondaan dan punca kehilangan ini.

Bagaimanapun kehilangan ini dipercayai akibat cuaca buruk, bukannya kegiatan pengganas.

Bot tempur CB90 mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Malah, laluan sungai sempit juga boleh dilalui oleh CB90.

Di samping itu, jika sebelum ini kita sering mendengar bot-bot menggunakan enjin berkipas, amat berbeza sekali dengan CB90.

CB90 menggunakan sistem ‘water jet’ yang mampu bergerak dengan pantas dan senyap.

Keadaan ini meletakkan CB90 antara aset terpenting TLDM terutama dalam menjalankan tugasan penyusupan dan risikan.

Untuk itu, pemilihan TLDM menggunakan CB90 dianggap tepat kerana kemampuannya membawa anggota-anggota tentera dalam menjalankan operasi di mana-mana sahaja kawasan di negara ini.

Bot tempur ini juga mempunyai keistimewaan lain seperti boleh didaratkan sebahagian badannya sehingga ke kawasan atas pantai.

Ia juga boleh dihentikan secara mengejut walaupun ketika sedang bergerak laju serta mampu membuat lencongan kira-kira 110 darjah.

Memandangkan kemampuan bot ini, ia turut diguna oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.

4 thoughts on “Bot Tempur TLDM Hilang Di Perairan Sabah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *