Rakyat Dikelirukan Antara Militan, Jihad Dan Kebenaran

Islam itu mudah Cuma jangan ambil mudah. Islam itu indah namun dicemari oleh tindakan puak pelampau yang kononnya berjihad untuk agama Islam sedangkan hakikatnya Islam merupakan agama yang mementingkan kesederhanaan. Tidak ada istilah kekejaman, kezaliman, membunuh sesama Islam dan sebagainya dibenarkan dalam Islam.

Sedar atau tidak kebanyakkan mereka yang menyertai pasukan ISIL ISIS dan sebagainya dari negara kita terdiri daripada mereka yang mempunyai fahaman dan pegangan politik melampau atau dengan bahasa mudah mereka dari  pakatan rakyat. Sebelum ini mereka telah menzahirkan sikap ekstrem mereka dalam beberapa siri demonstrasi jalanan yang dipelopori oleh pakatan rakyat.

Persoalannya tindakan beberapa orang rakyat Malaysia yang menyertai tindakan ISIL, ISIS dan sebagainya konon atas nama syahid adakah merupakan tindakan yang betul atau pun salah? Di sinilah bermula berbagai-bagai fatwa dan pendapat dari pelbagai pihak yang dilihat mempunyai percanggahan pendapat yang nyata. Begitu juga dengan laporan dari beberapa portal dan media massa bercanggah dari segi boleh atau tidak, syahid atau pun sekadar dipergunakan untuk menjadi pengganas dan sebagainya.

Malahan terdapat juga bebarapa ulama di negara ini yang merestui tindakan segelintir rakyat Malaysia untuk membunuh orang Islam yang dikatakan tidak Islam. Betulkah tindakan ini? Mereka disogokkan kononnya mereka ini berjihad apabila membunuh orang yang tidak sama tafsiran dan pendapat mengenai kepercayaan Islam dengan mereka.

Dengan hanya bersandarkan kepada kepercayaan bahawa dengan pergi ke Syria untuk berjihad dan percaya yang mereka akan mati syahid telah menyebabkan rakyat Malaysia secara langsung dan tidak langsung terjerumus ke dalam aktiviti militan.

Tambahan pula tindakan mereka yang ganas seperti menembak mati askar tawanan mereka selain dari memancung leher tawanan jelas menunjukkan bahawa perjuangan mereka tidak berlandaskan kepada Islam yang benar. Ianya dengan sendirinya telah meletakkan perjuangan mereka ini sebaris dengan kumpulan pengganas dan militan yang lain.

Oleh itu segala propaganda yang kononnya mereka berjihad untuk Islam, untuk mendirikan sebuah negara Islam yang diketuai oleh Khalifah merupakan sekadar penipuan untuk mempergunakan umat Islam yang agak taksub dengan perjuangan melampau dan membabi buta mereka. Ini turut mendedahkan diri mereka kepada kuasa yang ingin melihat kehancuran Islam.

Tindakan pihak militan yang membunuh umat Islam yang dianggap tidak sehaluan dengan mereka ini sebenarnya telah memudahkan kerja musuh Islam. Atau mungkinkah agenda untuk membunuh sesama Islam ini merupakan perancangan mereka bagi menghapuskan seluruh umat Islam sebagaimana yang telah mereka ikrarkan sebelum ini.

Ingatlah bahawa Islam tidak menyokong dan menyuruh melakukan sebarang keganasan. Sebarang tindakan ganas menbunuh umat Islam yang lain jelas bukan tindakan seorang Islam. Oleh itu tidak akan syahid mereka ini melainkan mati sebagai pembunuh dan penjenayah. Jangan kita tertipu dengan agenda dan provokasi yang memesongkan kita dari akidah Islam. Berpeganglah hanya kepada Al Quran dan Hadis.

5 thoughts on “Rakyat Dikelirukan Antara Militan, Jihad Dan Kebenaran

  • September 30, 2014 at 4:45 PM
    Permalink

    Nak berjihad..dalam negara ni pun banyak leh dijihadkan..

    Reply
  • September 30, 2014 at 5:04 PM
    Permalink

    Islam apa mereka belajar tak tau la, adakah dgn membunuh org Islam lain tu jihad? pergilah lawan zionis kalau betul2 nak mati dlm jihad…..ada berani?

    Reply
  • September 30, 2014 at 5:06 PM
    Permalink

    Ini semua akibat dan kesan apa yang kita selalu panggil kebabasan, kebabasan bersuara, kebabasan berdakwah, demokrasi, kebabasan IT tanpa sempadan, Internet, Facebook, YouTube, Blog, Twitter, Watsap, dll.

    Di Malaysia kebabasan berdakwah oleh siapa sahaja dibenarkan – entah betul entah tidak yang mereka lecturekan, yang mereka terjemahkan dan yang mereka tafsirkan siapa yang memantau mereka semua – ada yang berpolitik, ada yang extreme, ada yang salah tafsir dan ramai yang terkeliru – ada yang berserban, yang berketayap, yang bersongkok, yang berjubah, yang pakai kot – mereka berlumba-lumba. Ramai sangat hinggakan tak terpantau….JAKIM, PDRM, Peguam Negara dan Fakulti Agama Islam di semua Universiti perlu mengkaji undang-undang dan peraturan yang ada untuk memantau pendakwah dan tulisan-tulisan dalam media,blog, YouTube dll..

    Aduh hai! Macam-macam pendakwah sekarang. Zaman modern – dalam masjid boleh berjenaka,boleh ketawa… Tidak macam dahulu, Pak Lebai beri penerangan dengan mudah dan straight to the points.

    Reply
  • September 30, 2014 at 6:21 PM
    Permalink

    Tak perlu terpengaruh dengan media Barat dan Yahudilah..,,.pengganas yang memancung dan membunuh tu sebenarnya perisik Yahudi dan perisik Barat untuk memburukkan pejuang sebenar yang menentang penjajahan Barat dan Zionis,,…mereka tahu dengan semangat persaudaran sesama Islam akan menarik lebih ramai pejuang menentang penjajah Barat dan Yahudi …,..propaganda pembunuhan tu didalangi penjajah negara Barat dan Yahudi untuk membuat umat Islam meluat dan membenci pejuang sebenar yang berjuang menentang Barat dan Yahudi….!!!!!.ini semua propaganda Yahudi untuk memburukkan istilah jihad dan pejuang Islam sebenarnya…!!

    Reply
  • September 30, 2014 at 7:32 PM
    Permalink

    salam,

    sebenarnya umat Islam berperang sama sendiri memang bermula seawal pemerintahan saidina Abu Bakar. Sejak itu, peperangan di antara sesama sendiri berlangsungan sehingga sekarang.

    Jika kita kata berperang di antara umat adalah bodoh, bagaimana kita hendak merumuskan perang di antara saiditina Aisyah dan saidina Ali? Mereka lebih rapat dengan Rasullullah berbanding kita.

    Persoalannya, siapa kita yang menentukan adakah mereka itu sah jihad ataupun tidak? Sedangkan jihad itu adalah hak Allah dan bukannya kita. Sama juga dengan syurga itu hak mutlak Allah dan bukannya PAS.

    Realitinya, ketika umat Islam masih mencari penyelesaian tentang jihad, komoditi dunia telahpun di kawal oleh orang Yahudi.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.