Manipulasi Harga Rumah: DAP Utamakan Pemaju Dari Rakyat?

Share


KERAJAAN, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahalan bertindak betul bila mahu mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang cuba menafikan hak pembeli bumiputera membeli rumah dengan memanipulasi harga melalui teknik-teknik tertentu.

Antara lain, walaupun diskaun bumiputera diberikan seperti mana dalam tawaran, tapi ada kos-kos tersembunyi lain yang terpaksa dibayar pembeli sehingga diskaun itu tidak memberi apa-apa makna, seterusnya menjawab persoalan kenapa bahagian yang diperuntukkan untuk kaum bumiputera membelinya tidak dapat dijual.

Tapi yang peliknya, kenapa DAP, sebuah parti yang kononnya tidak rasis dan perkauman, cuba menjejaskan usaha baik yang cuba diambil kerajaan melalui Ahmad Dahalan? DAP dalam hal ini nampaknya terlalu memihak kepada pemaju (majorti cina) sedangkan parti politik itu hari-hari dakwa mereka bukan parti perkauman.

Aneh, bila wujud 2 kepentingan seperti ini, pilihan DAP adalah yang sama bangsa dengan majoriti mereka, bukan majoriti rakyat yang terjejas ni!!

Pemaju perumahan ini pun rakyat juga, tapi diambil dari kepentingan terbanyak, maka rakyat kebanyakkan inilah yang perlu DAP utamakan berbanding segelintir kecil pemaju perumahan yang cuba menafikan hak kaum bumiputera untuk memiliki rumah.

DAP perlu ingat, tak berapa lama sahaja sebelum ini, rakyat melihat harga rumah di negara ini adalah sepadan dengan pendapatan majoriti rakyat. Senang kata, kalau gaji tak berapa tinggi, ada pilihan rumah yang tak berapa besar dan seterusnya.

Hari ini, rumah yang masuk kategori mampu milik pun sudah jadi mampu tengok saja sebab harganya tidak termampu untuk majoriti rakyat, terutama kaum bumiputera untuk memilikinya.

Sudah tentu ada punca kenapa semua ini berlaku, salah satunya tindakan pemaju yang tidak bertanggungjawab menafikan hak bummiputera untuk membeli rumah. Inilah yang kerajaan cuba mengatasinya dan kenapa DAP cuba campur tangan, seolah-olah nak menggagalkan usaha tersebut?

Ada apa-apa yang kita semua tak tahu ke?

Ini belum kita sebut hal-hal lain yang berkaitan seperti manipulasi harga, pembelian secara pukal oleh individu tertentu yang kemudian menjual kembali dengan harga lebih mahal dan sebagainya. Baru cerita pemaju nafikan hak bumiputera nak beli rumah.

Penulis lihat, tindakan DAP dalam hal ini umpama ‘samseng’ yang diperalatkan pemaju perumahan untuk melindungi kepentingan mereka dan menafikan kepentingan rakyat kebanyakkan. Dah lama penulis dengar ada parti-parti politik tertentu yang berpakat dengan pemaju perumahan untuk menafikan hak bumiputera membeli rumah kerana bimbang ia akan mengukuhkan UMNO yang memperjuangkan nasib bumiputera tapi tidak ada bukti.

Mungkinkah ini bukti yang penulis cari-cari selama ini?



6 thoughts on “Manipulasi Harga Rumah: DAP Utamakan Pemaju Dari Rakyat?

  • September 30, 2014 at 2:35 pm
    Permalink

    kalau tak mampu jgnlah beli….rumah di kpg sebesar pdg bola tak mau tinggal asyik nak bdr apa tujuan…….

    Reply
  • September 30, 2014 at 4:39 pm
    Permalink

    cina malaysia kalau itu la yang awak kata kenapa minta bantuan kerajaan bina sekolah cina kalau tak mampu jangan bina sekolah cina. Ini jawapan nya sama tak? Jangan jadi bodoh

    Reply
  • September 30, 2014 at 5:01 pm
    Permalink

    agenda dap memang nak halau semua pembeli bumiputera dari duduk di kawasan bandar

    Reply
  • September 30, 2014 at 5:20 pm
    Permalink

    haiyaaa cina Malaysia , ini bukan cerita tak mampu !!! Ini cerita pemaju menipu rakyat .. apakah orang cina Malaysia menyokong penipuan oleh pemaju oleh kerana pemaju rumah tersebut adalah bangsa cinabeng ??? bukankaahh apek-apek kat Malaysia jugak yang melalak harga rumah kat bandar mahal ???

    Reply
  • September 30, 2014 at 5:46 pm
    Permalink

    Kau ingat semua orang ada tanah besar padang bola ke cina malaysia?

    Reply
  • September 30, 2014 at 6:00 pm
    Permalink

    tugas seorangt menteri ialah mengarahkan kementerian nya untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas mengikut undang2 buatlah kerja jangan peduli dengan kapir lahanat dap

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *