Langkah Kajang Diaibkan Lagi Dengan Banjir Kilat Kajang

Dalam keadaan negara dan dunia berada dalam keadaan yang amat berhati-hati dalam berbelanja, Pakatan Rakyat telah membuat Langkah Kajang atas dasar mahu menukar bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Tindakan mereka langsung tidak mengambil kira faktor pembaziran duit rakyat selain daripada menjejaskan kestabilan ekonomi Selangor.

Insiden banjir kilat yang melanda Kajang semalam telah mencetuskan api kemarahan rakyat Kajang khasnya dan rakyat Selangor amnya. Mereka sedang menagih janji yang telah dibuat oleh PKR semasa Pilihanraya Kecil Kajang pada Mac yang lepas. Selain daripada itu juga Wan Azizah dianggap sebagai gagal dan tidak menjalankan tugas sebagaimana amanah yang sepatutnya dipikul oleh seorang ADUN.

Semasa PRK Kajang Wan Azizah telah melancarkan ‘manifesto’ yang kononnya menumpukan kepada empat teras utama antaranya memastikan Kajang tidak lagi berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk dan mengatasi masalah sampah yang menyebabkan saluran dan longkang tersumbat.

Namun apa yang berlaku jelas menunjukkan Wan Azizah tidak melaksanakan tanggungjawab beliau. Sebelum ini Barisan Nasional telah mengingatkan para pengundi Kajang agar mengundi dengan bijak bagi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat Kajang akan terbela. Namun sikap mereka yang terpengaruh kepada “janji manis” PKR telah menjerat mereka. Nasi telah menjadi bubur.

Walaupun begitu Rafizi Ramli dilihat cuba menyelamatkan Wan Azizah dengan memberi alasan kononnya Wan Azizah telah berusaha untuk melantik jururunding bebas untuk menyelesaikan masalah tersebut. Disamping itu juga Rafizi dilihat cuba meletakkan kesalahan banjir kilat tersebut atas bahu kontraktor dengan menggunakan alasan masalah pembinaan di kawasan itu. Kononnya spesifikasi saluran, longkang dan saliran yang dibuat lama dahulu tidak cukup untuk menampung populasi penduduk yang meningkat dalam DUN Kajang.

Dalam kemelut kerakusan Wan Azizah mengejar jawatan Menteri Besar sebelum ini telah menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail gagal melaksanakan tugas. Pencapaian beliau sepanjang enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil itu sedang dalam pengawasan semua pihak.

Rakyat sudah bosan dengan janji palsu pemimpin PKR. Mereka menggesa Wan Azizah mendedahkan rancangan masa depannya untuk pencegahan banjir, dan mendedahkan apa yang dicapainya setakat ini. Jika benar Wan Azizah telah melantik jururunding bebas untuk mencari penyelesaian banjir, tidak mungkin masa enam bulan tersebut tidak ada sebarang penyelesaian dan keputusan. Wan Azizah perlu tahu rakyat tidak lah sebodoh yang beliau sangka.

Banjir Kilat di Kajang ini bukanlah pertama kali berlaku. Sebelum ini pada tahun 2011 Kajang pernah dilanda banjir kilat juga. Namun tidak ada sebarang jalan penyelesaian yang dilakukan kerajaan pakatan rakyat Selangor. Hujan lebat semalam telah mengakibatkan air Sungai Kajang dan Sungai Jelok melimpah ke jalan sehingga menyebabkan air naik setinggi 0.2 meter.

11 thoughts on “Langkah Kajang Diaibkan Lagi Dengan Banjir Kilat Kajang

  • September 30, 2014 at 5:40 pm
    Permalink

    mana mak cik kipas? mana mb baru, tak turun tgk ke?

    Reply
  • September 30, 2014 at 5:53 pm
    Permalink

    apa punya suweyy lah hang nek jijah baik letak jawatan adun duk umah jaga cucu cam hang pernah bagitau dulutu ada juga pekdah

    Reply
  • September 30, 2014 at 6:15 pm
    Permalink

    Sepanjang 6 bulan Lepas susah asik berangan mahu jadi MB. Khabarnya zizah memang bekerja keras kearah itu. Zizah bukan kerja keras berkhidmat untuk rakyat buat menambat hati mereka tetapi zizah kerja keras buat latihan di rumah. Zizah praktis berjalan macam MB, duduk macam MB. Bersalam macam MB, berucap macam MB, jawab soalan press macam MB. Yang kita zizah macam sudah capai tahap MB untuk satu perkara Saja yeini BERKipas macam MB, ini kerana belum Ada l
    Kerana belum Ada MB berkipAs, maka sudah buat perbandingan.

    Reply
  • September 30, 2014 at 6:25 pm
    Permalink

    Kalau dulu banjir kat Johor punya lama dan serious, itu langkah UMNO kah???

    Reply
  • September 30, 2014 at 6:40 pm
    Permalink

    jijahh!!! oooo jijahh!!! mana ko..takkan kipas laki kot?? hehehehhee…

    Reply
  • September 30, 2014 at 7:02 pm
    Permalink

    Ini adalah mala petaka yang diturunkan. Satu di Kajang satu lagi di Shah Alam tak sampai seminggu Selangor mendapat MB baru. Sama-samalah kita renungkan. Mungkin satu permulaan kepada satu mala petaka yang lebih besar lagi. Wallahhua’lam.

    Reply
  • September 30, 2014 at 7:36 pm
    Permalink

    best la orang Kajang dapat main air lagi.

    Pilih la PR, anda pasti merana. Hehehehe

    Reply
  • October 1, 2014 at 12:30 am
    Permalink

    Beli bot aja kat kajang.manatahu kot kajang bole jadi bangkok..

    Reply
  • October 1, 2014 at 12:32 am
    Permalink

    Ada jijah kisah dengan banjir kajang.kalau tanya pun tentu jawab ada aku k….

    Reply
  • October 1, 2014 at 8:31 am
    Permalink

    Cina tetap undi PR walaupun tak dapat berniaga kerana banjir. Mereka dah banyak duit pun. Barisan Nasional buat pembangunan yang dimunfaat sepenuhnya oleh Cina sehingga mereka senang lenang, selepas itu mereka akan undi DAP. Sementara itu, UMNO sendiri memandang ringan kehendak penyokong-penyokongnya. Inilah realitinya yang masih belum disedari oleh UMNO.
    Ramai yang sayangkan UMNO tetapi tidak sukakan pemimpin-pemimpinnya yang tak berotak dan bersikap bodoh sombong.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *