Kontroversi Iklan Malaysiakini: Respon BSN Dan Timbalan Menteri Arah Tarik Balik Iklan

Share


Berikutan laporan Mykmu.net petang tadi berkaitan dengan iklan Bank Simpanan Nasional (BSN) di portal pro pakatan, Malaysiakini.com, pihak bank tersebut menyatakan ia merupakan tindakan pihak ejen yang menguruskan dan mereka telah mengarahkan pembetulan.

Menulis kepada Mykmu.net, Puan Puspa Marina Omar menjelaskan bahawa “BSN tidak mengiklan di dalam Malaysiakini. BSN melantik agensi pengiklanan dalam talian mengikut syarat dan dasar perhubungan awam yang ditetapkan. Jika ada berlaku kesilapan, ia berkemungkinan akibat kaedah pengindeksan automatik dalam talian dan sekiranya ia berlaku, agensi pengiklanan yang telah dilantik telah diarahkan untuk melakukan pembetulan sesegera mungkin.

Sementara itu portal www.suara.tv melaporkan bahawa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengarahkan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menarik semula iklan yang diberikan kepada portal pembangkang, Malaysiakini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu menulis dalam akaun mikro Twitternya bahawa berkata iklan tersebut diuruskan oleh syarikat pengiklanan yang dilantik oleh bank tersebut.

“BSN tidak letak iklan di Msiakini tapi dibuat oleh agent iklan BSN. CEO BSN maklumkan tadi. Saya dah minta BSN segera tarik balik iklan itu” katanya.

Portal MyKMU.net petang tadi mempertikaikan tindakan Kementerian Kewangan dan pengurusan Bank Simpanan Nasional yang mengunakan khidmat portal tersebut untuk menyiarkan iklan mereka.

“Sebagai sebuah institusi kewangan yang dijamin oleh kerajaan, apakah sebab pengurusan BSN memberi peruntukan iklan kepada Malaysiakini.com yang sering kali menyerang pentadbiran kerajaan Malaysia.

“Bolehkah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberi penerangan mengapa perkara ini boleh berlaku?” ujar penulis artikel tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyeru badan-badan kerajaaan, syarikat milik kerajaan (GLC) serta syarikat swasta khususnya dimiliki Bumiputera agar menempah lebih banyak iklan kepada media arus perdana khususnya kepada akhbar Utusan Melayu (M) Berhad.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu bagi menghargai perjuangan syarikat itu selama ini serta membantu meletakkan syarikat media berusia 75 tahun itu berada di atas landasan yang lebih kukuh.



9 thoughts on “Kontroversi Iklan Malaysiakini: Respon BSN Dan Timbalan Menteri Arah Tarik Balik Iklan

  • September 30, 2014 at 9:33 pm
    Permalink

    Mcm ni la tim menteri jawab, baru betul. Kpd macai husni tu…..sedarlah diri sikit.

    Reply
  • September 30, 2014 at 9:35 pm
    Permalink

    Inilah yang dikatakan tindakan pantas tanpa alasan utk menghentikan media pembangang terus mendapat dana utk hentam kerajaan

    Reply
  • September 30, 2014 at 10:14 pm
    Permalink

    agent terlibat perlu ditamat kontraknya.. ternyata mrk bersengkongkol, tunduk dan membantu pembangkang dlm mengunakan agensi2 kerajaan yg lemah pentadbiran serta pemantauannya spt BSN ini.

    Sikap lepas tangan dan tdk ambil berat beginilah yg membuatkan byk agenda kerajaan kpd rakyat semua tdk tercapai. Sikap malas dan malu alah untuk bersikap proaktif dikalangan penjawat awam membuatkan mrk melupakan tanggungjawab mrk yg plg utama selain dr dpt gaji dan bonus yg byk serta kerja yg mudah.

    Pegawai pemantau di BSN iti perlu dikenakan tindakan atau digantung atas kelalaian yg sgt2 “pelik” dgn membenarkan perkara aebegini terjadi. Bagaimana pelik kita pun tdk pasti ttp ianya sememangnga sgt “pelik” apabila kita sudah berikrar utk mendokong dasar2 kerajaan ttp ianya masih kerap berlaku dan berlaku, spt mana rasuah2 yg sememangnya juga diHARAMkan oleh agama kita.

    Reply
  • September 30, 2014 at 10:16 pm
    Permalink

    Bagus2 Cepat, Tepat Dan Pantas. Bukan macam si Zumba yang rela mengambil pekerja cekap walau penyokong pembangkang. Kalo dah si Dia itu penyokong pembangkang sudah semestinya beliau mempunyai akses mudah terhadap maklumat2 sensitif kabinet dan kerajaan. Bila2 masa boleh sabotaj kerajaan. Say NO!!! to Zumba. Tolak Ideologi Liberal Hipokrit. Say NO!!! to The Star. Boikot surat khabar hipokrit dan tikam belakang. Ada hati nk promote moderation tp dia sebenarnya extremist. Ucapan PM di PBB lebih sesuai dituju kepada golongan ini yang ideologinya lebih bahaya Dari Isis.

    Reply
  • October 1, 2014 at 11:58 am
    Permalink

    Yup…depa ingat rakyaat sebodoh depa…bagi alasan depa tak tau ad tu di blast kan dalam malaysiakini….hoiii tonggong !! masa buat kontrek dengan syarikat cina DAP tu hangpa tak bagi term condition and clause ke ??

    Patut la BSN takat-takat tu jer…rupanya dikendalikan oleh manusia-manusia tonggong !! pecat CEO BSN, SPRM cuba pi masuk BSN check tengok procedure menyerahan kontrek ad dengan company DAP !

    Semua kira nak lari dari tanggungjawab…kalau tengok statement CEO BSN, kira macam dia nak cuci tangan…

    Reply
  • October 1, 2014 at 3:54 pm
    Permalink

    “Sebagai sebuah institusi kewangan yang dijamin oleh kerajaan, apakah sebab pengurusan BSN memberi peruntukan iklan kepada Malaysiakini.com yang sering kali menyerang pentadbiran kerajaan Malaysia.

    sebab kerajaan/ parti memerintah allergic dengan sebarang kritikan. boleh dengar pujian saja. semua dia orang buat betul- takde yang salah, pembangkang je yang salah.

    pendek kata yang baik tu datang dari umno tuhan segala Malaysia. yang buruk datang dari semua yang lain…

    UMNO hu akbar!!!

    Reply
  • October 1, 2014 at 6:43 pm
    Permalink

    mat shooter…hang makan ubat ke belum ??

    Reply
  • October 1, 2014 at 9:00 pm
    Permalink

    shooter tepat sasaran.

    BSN, BSN, kah kah kah.
    Ini bukan kesilapan, ini memang target audience nya.
    Mungkin penduduk mykmu tidak sedar yang BSN sedang membuat promosi besar-besaran seluruh negara untuk menarik pelabur-pelabur bukan melayu untuk menyimpan wang dengan mereka.
    tempoh hari di paradigm mall pj BSN menaja pertandingan menyanyi serta tarian khas untuk orang muda cina. bestkan.
    kesian GLC tak lain tak bukan kena juga jual balik kepada ali, atan & dollah.
    mungkin juga patut mintak BSN kembalikan semua simpanan ah kau, ah chong & muthu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *