Putar Belit Anwar : Tidak Campur Pentadbiran Azmin Tapi Campur Juga Demi Rakyat?

Share


Masih kah anda ingat bagaimana hancurnya hati ibu Azmin Ali apabila Azmin tidak mengaku adik beradik beliau sendiri sebagai darah dagingnya. Bagi Menteri Besar Selangor ini, hanya Anwar Ibrahim sahaja layak bergelar darah daging sebenar Azmin Ali. Kita tertanya-tanya akan punca  sehinggakan Azmin boleh menganggap Anwar Ibrahim sebagai darah daging beliau. Walaubagaimana pun isu ini agak kontroversi untuk dibincangkan di sini. Kali ini kita fokus kepada isu pengaruh Anwar terhadap Azmin.

Kini Azmin Ali telah menjawat jawatan Menteri Besar sebuah negeri yang terkaya di negara kita. Semua pihak dapat menduga bahawa Azmin hanya lah sekadar boneka Anwar Ibrahim. Namun Anwar cuba menepis segala tanggapan ini dengan mengatakan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam pentadbiran Azmin Ali.

Kita tahu bahawa segala kata-kata Anwar sentiasa mempunyai maksud lain disebalik ucapan beliau. Walaupun beliau menegaskan tidak akan campur tangan namun ada tetapinya. Anwar menggunakan alasan mahu memastikan Menteri Besar dari PKR itu menjalankan pentadbiran mereka demi rakyat. Dengan kata lain Anwar Ibrahim menafikan memberi ‘arahan’ atau mencampuri urusan pentadbiran Menteri Besar baru Selangor Azmin Ali.

Ini merupakan antara pembohongan yang seolah-olah menghina kepintaran kita. Sebelum ini Khalid Ibrahim telah melaksanakan tugas untuk rakyat semata-mata sehingga mengundang kemarahan para pemimpin pakatan rakyat. Cetusan Langkah Kajang ini bermula dari saat mereka gagal mengeksploitasi Khalid untuk bertindak demi kepentingan pemimpin pakatan rakyat. Oleh itu kata-kata Anwar yang kononnya mahu memastikan Azmin menjaga kepentingan rakyat merupakan pembohongan yang jelas dan nyata.

Sebelum ini juga Anwar kononnya telah meminta Azmin mendedahkan pihak yang mendapat mendapat manfaat daripada perjanjian penstrukturan semula air negeri. Sebenarnya Anwar cuba menggagalkan projek Langat 2 yang bakal memberi manfaat kepada rakyat dengan menyelesaikan masalah air di Selangor. Di mana “part” Anwar menjaga kepentingan rakyat dalam isu ini. Kelebihan Anwar hanyalah dalam memutar belitkan kata-kata dan fakta sahaja. Tidak ada satu pun kebaikan untuk rakyat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Pada 26 September lalu Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan kekecewaan baginda terhadap perbuatan hasut menghasut dan tohmahan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , dalam usaha untuk menyingkirkan beliau dari jawatan Menteri Besar selangor walaupun semasa bulan Ramadan.

Titah baginda, kemelut dalaman Pakatan Rakyat bermula daripada mereka mengusahakan Langkah Kajang bagi tujuan tersebut. Namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyalahkan PKR dalam krisis Selangor. Kita tahu bahawa itulah kebenarannya maka dengan itu Anwar tidak mampu menafikan titah Sultan Selangor tersebut.

Kesimpulannya segala huru hara, kacau bilau yang berlaku dalam pentadbiran Selangor berpunca dari kerakusan politik tanpa sempadan Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikutnya. Cuba kita bayangkan apabila tiba suatu masa apabila Anwar tidak berpuashati dengan Azmin Ali maka mereka akan membuat langkah lain pula demi untuk memenuhi hasrat peribadi mereka tanpa menghiraukan kepentingan rakyat selangor. Walaupun begitu kita agak yakin Azmin akan menurut segala kemahuan Anwar Ibrahim memandangkan hanya Anwar sahaja yang diiktiraf sebagai darah daging Menteri Besar ini (menurut kata Mak Tom iaitu ibu kepada Azmin Ali)



7 thoughts on “Putar Belit Anwar : Tidak Campur Pentadbiran Azmin Tapi Campur Juga Demi Rakyat?

  • September 29, 2014 at 11:53 pm
    Permalink

    Anwar punca segalanya kekalutan politik di selangor, jgn percaya dgn cakapnya

    Reply
  • September 30, 2014 at 4:50 am
    Permalink

    anwar = azmin 🙂
    apa beza? tido sekatil…

    Reply
  • September 30, 2014 at 6:07 am
    Permalink

    Kemana perginya umi hafilda?

    Reply
  • September 30, 2014 at 10:15 am
    Permalink

    Kalau azmin ingin menjadi MB yang mengambil kira kebajikan rakyaat selangor di tempat yang tertinggi, satu masa nanti dia akan bertelingkah dengan anwar, seperti jugak khalid ibrahim..kerana anwar hanya mementingkan diri dia dalam mencipta jalan menjadi PM Malaysia, itu saja.

    Reply
  • September 30, 2014 at 10:29 am
    Permalink

    INILAH PADAHNYA
    keluarga digadai
    isteri dipertaruhkan
    demi harta
    demi kuasa dan kedudukan
    kini NEGERI mahu dimangsakan
    kalau ikut hukum keris dan tombak
    mereka hanya tinggal nama
    diatas onar dan kedurhakaan yg diujudkan…
    kita terus suluh tindak tanduk mereka
    dan kita hukum mereka seberat-beratnya
    jika kedurjanaan terhadap rakyat mereka lakukan!

    Reply
  • September 30, 2014 at 5:23 pm
    Permalink

    bila la.. nuar nak dedah kan 7 kotak maklumat sulit mengenai salah guna kuasa masa lepas kena pecat..

    “Kalau tak percaya, dia anak luar nikah”, kata nujum pak nuar
    – bila tgk balik cerita tu, nampak sangat bagaimana sultan (dalam cerita) terperangkap dengan tipu helah nujum (yang asalnya seorang yang pemalas, dan tidak tahu apa2), melayu dengan sikapnya cukup dengan apa yang ada (kopi arang) malah Nyawa dan Badan yang merelakan diri menjadi pengkhianat atas sebab kuasa dan tamakkan harta (berdendam).

    Reply

Leave a Reply to alimedanbaru Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *