Cermin Gelap: Hipokrasi JPJ Dan Kerajaan Dalam Menguatkuasa Undang-undang

Share


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengumumkan penguatkuasaan peraturan baru berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baru itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.

Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

“Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di Melaka hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.

Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baru itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong; Sultan; Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Ketua Menteri; Ketua Hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.

Sesuaikan Kadar Tembusan Cahaya Yang Ditetapkan?

Sungguhpun mengalu-alukan keputusan JPJ ini, pengguna jalan raya pasti tertanya-tanya apakah tindakan membenarkan cermin gelap sehingga 30% kadar tembusan cahaya bagi cermin belakang mengambil kira isu keselamatan jalan raya?

Adakah keputusan ini bagi memenuhi desakan pembeli kereta terpakai luar negara (recond) atau atas pertimbangan wajar membabitkan keselamatan jalan raya.

Kecekapan pemandu mengelak kemalangan banyak bergantung kepada kemampuan pemandu untuk mengetahui apa yang berlaku melangkaui kereta di hadapannya. Sekarang ini pemandu hanya berhadapan isu jangkaan kereta di hadapan apabila mengikut belakang van, lori dan segelintir kenderaan impot; akan datang pemandu mungkin akan hilang langsung kelebihan mengetahui kejadian melebihi kereta di hadapannya.

Masalah Kereta Terpakai Impot

Pengumuman ini sungguhpun memberi pilihan kepada pengguna yang mahu menggelapkan kereta mereka, apakah ia menyelesaikan masalah kereta impot terpakai yang dibawa masuk menggunakan cermin gelap melebihi kebenaran peraturan jalan raya Malaysia.

Persoalan yang sering diutarakan ialah jika kerajaan telah mengetahui cermin kereta ini tidak memenuhi piawaian pemasangan cermin gelap Malaysia mengapa ia masih dibenarkan masuk dan dijual kepada pengguna.

Pengguna kemudiannya perlu mendapat kelulusan JPJ akan membayar kedai aksesori kereta berhampiran JPJ Wangsa Maju bagi menukar cermin kereta yang mengikut spesifikasi yang diluluskan dengan bayaran sekitar RM 300-500.

Sebalik selesai pemeriksaan Puspakom, pembeli kereta akan kembali ke kedai aksesori tersebut bagi melakukan penukaran semula.

Apakah JPJ tidak mengetahui kegiatan ini? Kita pasti JPJ tahu tapi bukan masalah mereka atau kononnya bukan kerja mereka.

Ketika pemilik-pemilik bengkel dan penjual kereta terpakai ini menmbuat wang, pengguna menanggung beban disaman.

Mungkin JPJ suka keadaan sebegini kerana ia akan menambah kantung kerajaan melalui saman yang dikeluarkan dan meningkat Indek Pencapaian Prestasi (KPI) mereka.

Mengapa Kastam membenarkan kereta ini diimpot masuk tanpa sebarang syarat supaya kereta ini kenakan pematuhan peraturan jalan raya terlebih dahulu.

Memang bukan tanggungjawab kastam menentukan kenderaan tersebut layak atau tidak layak berada di atas jalan raya Malaysia.

Namun, sebagai agensi yang bertanggungjawab mengawal keluar masuk barangan, dan mengutip cukai dan duti, adalah tanggungjawab kastam memastikan kereta dibawa masuk mematuhi kehendak undang-undang negara.

Jika mereka tiada kepakaran, maka mereka perlu bekerjasama bukannya membenarkan pengguna ditipu oleh pengimpot sehingga terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang bagi menukar cermin kereta atau membenarkan pemilik kedai aksesori pula berkomplot menipu JPJ.

Kedai Aksesori Kereta

Kita juga tahu bahawa sekian banyak kenderaan melanggar peraturan cermin gelap bukan memasang sendiri filem penapis haba tersebut. Ia dipasang oleh kedai-kedai aksesori kereta yang secara terbuka menawarkan filem yang gelap melebihi peraturan JPJ.

Mengapa tiada saman dikenakan ke atas mereka? Mengapa penjual aksesori yang menjual barangan melanggar peraturan jalan raya tidak dikenakan tindakan undang-undang?



11 thoughts on “Cermin Gelap: Hipokrasi JPJ Dan Kerajaan Dalam Menguatkuasa Undang-undang

  • September 29, 2014 at 10:21 pm
    Permalink

    Tiada keseragaman dalam penguatkuasaan undang-undang menjadikan ianya bercelaru…

    Reply
  • September 29, 2014 at 11:02 pm
    Permalink

    SPRM ptut intai2 JPJ dan PUSPAKOM ni….

    Reply
  • September 29, 2014 at 11:50 pm
    Permalink

    Pergi saman kedai aksesori kereta tu dulu, kalau mereka tak jual, tak adalah org pasang

    Reply
  • September 30, 2014 at 6:10 am
    Permalink

    JPJ ni macam biskut pula, sekejap ada kemudian tiada. Sepatutnya mereka kenalah bertegas, law baru ini seolah olah memberi muka pada kereta recon. Sokong saranan agar SPRM siasat jabatan ini, bukan apa ianya bagi memastikan jabatan yg berkaitan saman menyaman dan penguatkuasaan yg longgar ini wajar sisiasat.

    Reply
  • September 30, 2014 at 7:30 am
    Permalink

    senang citer takyah tinted…biar kene matahari…hehe

    Reply
  • September 30, 2014 at 8:48 am
    Permalink

    Agensi kerajaan patut berkerjasama kalau benar2 mahu melaksanakannya.
    Kerajaan berhak, rakyat juga ada hak.

    Reply
  • September 30, 2014 at 10:27 am
    Permalink

    JPJ ni dari dulu suka bawa masaalah pada pengguna…benda yang patut depa bertegas, depa tak buat, benda mengarut-ngarut yang depa nak bertegas. Tu lampu LED kereta mewah yang amat menyilaukan mata pemandu lain bila memandu waktu malam…apa JPJ nak buat ???

    SPRM pun kena pantau-pantau JPJ DAN PUSPAKON, banyak cerita dah kita dengar…

    Reply
  • November 9, 2014 at 6:51 am
    Permalink

    Itulah beza undang undang di malaysia dan negara lain. Adakah kita merasakan kita bebas dari rasuah? Tanya budak budak PMR pun boleh jawab

    Reply
  • November 9, 2014 at 10:03 am
    Permalink

    Berani ka JPJ & Kastam nak saman penguasaha aksesori kenderaan sedang kan pak menteri menjaga perihalan kenderaan & cukai import dah ada kemufakatan ngan pengusaha aksesori ni….? Pegawai penguat kuasaan cuma jalan kan tugas..pak menteri plak akan sergah depa jika berani bertindak.

    Reply
  • November 9, 2014 at 10:05 am
    Permalink

    Rasuah berada di mana mana pelusuk dunia selagi wujud nya manusia tak beriman….tak kegha ka muslim ke ato bukan…semua sama jerrr…!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *