Langkah Putrajaya Akan Menggantikan Langkah Kajang

Kegagalan langkah Kajang telah menyemarakkan lagi semangat Wan Azizah untuk menguasai Putrajaya. Menurut sumber dalaman PKR, kini Wan Azizah sedang mempersiapkan diri beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sebenarnya ini merupakan antara khabar angin yang benar-benar mengejutkan kita.

Perancangan yang telah disusun rapi untuk mengangkat Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang pertama terhalang oleh protokol Istana Selangor. Bagi jawatan Perdana Menteri pula nanti pihak Istana Selangor tidak boleh campurtangan oleh itu peluang untuk Wan Azizah untuk menjadi Perdana Menteri akan lebih mudah.

Sebelum ini Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan seorang calon yang paling layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah merupakan seorang calon yang amat berkredibiliti berdasarkan pengalaman dan kepimpinan beliau dalam memimpin partinya sejak era reformasi lagi. Beliau boleh dikategorikan sebagai terlampau layak.

Wan Azizah telah melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas ‘MacNoughton-Jones Gold Medal’. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya.

Oleh itu sekiranya kita bercakap tentang kelayakkan IQ maka sebanarnya Wan Azizah sememangnya terlebih layak. Persoalannya pula, apakah motif kesungguhan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pula. Sebelum ini Wan Azizah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau Cuma mahu menjadi seorang isteri, ibu dan nenek sahaja.

Tugas seorang Perdana Menteri tidak akan mampu dipikul oleh orang yang tidak bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menggalas tugas berat ini. Oleh itu kita benar-benar mahu menasihati Wan Azizah bahawa sekiranya beliau “dipaksa” untuk “merempuh” Putrajaya maka menjadi kewajipan beliau untuk menolak.

Demi kepentingan rakyat maka Wan Azizah perlu melepaskan diri dari terus menjadi boneka pakatan rakyat. Nasib dan masa depan rakyat dan negara bukan suatu perkara yang boleh diperjudikan dan dipermainkan. Bagi pakatan rakyat pula, mereka perlu mengukur baju dibadan sendiri. Dalam keadaan negeri-negeri yang mereka perintah pun mengalami pergolakkan politik yang agak teruk maka ianya merupakan satu isyarat yang cukup jelas bahawa pakatan rakyat tidak mampu dan tidak layak untuk meneraju negara.

11 thoughts on “Langkah Putrajaya Akan Menggantikan Langkah Kajang

  • September 25, 2014 at 4:57 pm
    Permalink

    hahaha…jaga cucu dah la jijah kipas lipas..haha

    Reply
  • September 25, 2014 at 5:07 pm
    Permalink

    Langkah ini
    Terasa terhenti-henti
    Depan kelabu
    Pedih memilu
    Masa bukan lagi temanku – Istana Menanti (Rahim Maarof)

    Langkah Kajang dah kejang, Anwar sedang melangkah longlai. Istana Sungai Buluh menantimu bukannya Istana Seri Menanti.

    Reply
  • September 25, 2014 at 5:23 pm
    Permalink

    Mike Tyson…Agood Doctor does’nt mean she is a good Politician….A PUPPET Politician Yes laaaaa…….Who is she before Al’ Jub masok dalam…just a wife kan…so saya rasa , she should stay and hold that Jawatan lahhh…
    tambah sikit tugas dia..jadi Bini + Nenek + Ammah @jaga Cucu..

    Reply
  • September 25, 2014 at 6:00 pm
    Permalink

    Sesetengah manusia beranggapan mereka semakin hari semakin muda. Tahun ini umur 50 tahun, tahun depan turun 49 tahun.

    Jika impian jadi PM itu benar2 keluar dari mulut Jijah (bukan dari buntut) maka kita boleh terus letak Jijah dalam golong MTSD (manusia tak sedar diri) sama saperti suami nya yang menyimpan seribu impian tapi gagal mencapai walau satu pun.

    Jika Jijah baru masok 28 tahun, suka jugak kita nak dengar impian serupa ini. Tapi dia dengan umurnya, sepatutnyalah dia terus berKIPAS siang sampai kemalam tanpa berangan benda bukan2. Allah pun melarang manusia hidup dengan berangan kerana berangan melalaikan.

    Reply
  • September 25, 2014 at 6:17 pm
    Permalink

    LOL…ada hati nak jadi Perdana Menteri Malaysia si Wan Azizah ni rupanya!!!

    Mana TOTOK2 PAS ni!!!

    Cepat khabaq kat Wan Azizah, kalau Hadi Awang kata Wan Azizah TAK LAYAK jd MB Selangor, maka sudah PASTINYA Wan Azizah tak layak jd Perdana Menteri Malaysia!!!

    Cukuplah Wan Aziah, awak tu bukan muda lagi!!!

    Tengok cara pun macam tak sihat, otak pun SLOW dan nak masuk taraf NYANYUK!!!

    Please lah, YOU ARE NOT FIT TO BE PRIME MINISTER OF MALAYSIA!!!

    Reply
  • September 25, 2014 at 6:21 pm
    Permalink

    Berlangkah – langkah semua dia nak buat…last sekali masuk longkang

    Reply
  • September 25, 2014 at 6:55 pm
    Permalink

    Apa kebendanya … itu cuma kelayakan akademik sahaja, bukan menjurus secara langsung dalam pencapaian tahap ‘IQ’nya. Yg nyata setakat ni, kelayakan akademiknya melebihi kelayakan akademik suaminya tu. Samada IQ dia lebih dari IQ suaminya tu … that’s a different story.
    Tapi … macamana kalau IQ dia ni tinggi, dia boleh kata dia sanggup jadi ‘My Boneka’ sebelum ni. Cannot compute … maaa!

    Reply
  • September 25, 2014 at 9:22 pm
    Permalink

    Wah tingginya kelulusan dan kelayakan akademik Azizh yer?
    Kalau alasan akademik untuk layak jadi MB Selangor, dah tentu untuk jadi PM pun ada chance.
    Tapi Mat Taib lupa satu perkara iaitu bagaimana pula dgn kelayakan Anwar Ibrahim yg nak jadi PM tu?
    Kalau dibandingkan dgn DS Najib kelayakan akademik siapa yg lebih tinggi?

    Reply
  • September 26, 2014 at 8:31 am
    Permalink

    Jijah nak jadi PM Malaysia ??? Kelak dipecat daripada PKR oleh Nuar, sama macam Khalid Ibrahim, sebab Nuar yang beria-ia sangat nak jadi PM tu !!!
    Rakyat Malaysia yang waras sudah bosan dengan sandiwara Nuar ni. Biarkan PKR yang dah pokai dan biaDAP terus berlakon sandiwara seram mereka dengan ditonton oleh PAS bersuarakan latar belakang Nik Aziz !!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *