PRK Pengkalan Kubor : Anwar Dan Lim Kit Siang Boikot Calon PAS?

Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor menyaksikan “belang” sebenar pemimpin tertinggi PKR dan DAP. Kemelut yang berlaku semasa krisis Menteri Besar Selangor menjadi medan ujian kesetiakawanan mereka. Sehingga malam ini tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi PKR yang turun untuk membantu calon PAS di PRK Pengkalan Kubor.

Krisis Menteri Besar Selangor telah menyaksikan buat pertama kalinya PAS tidak akur 100% terhadap arahan PKR dan DAP. Kita dapat lihat percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS berkenaan isu Menteri Besar Selangor. Banyak bilangan “U-turn” yang telah dibuat oleh PAS sehingga mereka dilihat sebagai terlalu “bodoh” ,”lemah” , “pengecut” dan tidak berpendirian.

Ekoran dari tindakan PAS membelakangkan keputusan PKR dan DAP dalam krisis Menteri Besar Selangor inilah yang telah membuatkan pemimpin tertinggi DAP dan PKR telah bertindak seolah-olah memboikot PRK Pengkalan Kubor. Kelibat mereka masih lagi gagal dilihat di sekitar Pengkalan Kubor.

Sebelum ini rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PAS sekadar dijadikan sebagai “toilet” oleh DAP dan PKR. Dengan kata lain sesungguhnya PAS hanya dipergunakan dan diperkudakan demi kepentingan DAP dan PKR. Segala kerja “kotor” yang tidak ingin dan tidak mampu dilakukan oleh PKR dan DAP akan digalas oleh PAS.

Dalam sebarang demonstrasi jalanan yang dibuat oleh pakatan rakyat sebelum ini PAS lah yang dikerahkan bagi menyediakan jentera untuk merempuh pasukan polis, baring tengah jalan, melaung-laung dan memekik-mekik walaupun demo itu bermotifkan kebebasan lesbian, biseksual, gay dan transgendar (LGBT) yang jelas bertentangan dengan prinsip PAS.

Begitu juga dalam isu Kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi Melayu. Walaupun dikalangan ahli PAS sendiri menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible namun pemimpin tertinggi PAS “terpaksa” mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan oleh Kristian dengan “berlapikkan” ayat selagi tidak disalahgunakan.

Semasa arak dirampas oleh Hassan Ali daripada dijual di kawasan Melayu yang majoritinya merupakan pelajar-pelajar Melayu UiTM, PAS telah tunduk kepada tekanan dari DAP dan PKR untuk memecat Hassan Ali disamping “mengarahkan” agar arak tersebut dipulangkan.

Kita Cuma berharap agar PAS tidak terus membiarkan maruah dan kehormatan mereka “dipijak” sewenang-wenangnya demi kerakusan sebuah kuasa untuk menakluk negara. Mereka perlu fikirkan kepentingan agama, bangsa dan negara. PAS perlu mencari kekuatan untuk memulihkan semula maruah diri mereka.

7 thoughts on “PRK Pengkalan Kubor : Anwar Dan Lim Kit Siang Boikot Calon PAS?

  • September 24, 2014 at 12:57 am
    Permalink

    pas penakut untuk menjadi ketua di negeri yang berbilang bangsa. jenis bangsa melayu yang hanya berani memecah belahkan bangsa melayu sendiri. penakut dengan kafir tetepi berani mengkafirkan bangsa sendiri. satu kepelikkan politik penakut.

    Reply
  • September 24, 2014 at 7:56 am
    Permalink

    Biasa la pas kan kaldai, mana dap dgn pkr nak pergi

    Reply
  • September 24, 2014 at 3:48 pm
    Permalink

    Sebenarnya Ahli PAS boikot pemimpin DAP/PKR. Mereka tidak dialu-alukan d P.Kubur. Pastinya mereka akan ditolak jika datang ke P.Kubur. Malah pemimpin Pasma pun tak datang..
    PAS lebih kuat tampa mereka… In sha Allah PAS akan menang d P.Kubur.

    Reply
  • September 25, 2014 at 3:16 am
    Permalink

    PAS yang akan menang atau PASMA yang akan menang bujuk ??

    Reply
  • September 27, 2014 at 2:31 am
    Permalink

    Bujuk,

    Yang bertanding di Pengkalan Kubor ialah PAS, jadi macam mana PAS yg BOIKOT DAP dan PKR???

    Tulah Bujuk, hang ni banyak sangat TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEER with HOLY WATER!!!

    Siapa boikot siapa pun hang tak tahu!!!

    KEBODOHAN TIDAK TERBATAS DUNIA AKHIRAT ADALAH MILIK KEKAL ABADI AHLI2 PAS!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *