Tun Mahathir Tiada Akaun Twitter

Share


Kemunculan beberapa akaun twitter menggunakan nama Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menimbulkan pelbagai spekulasi politik dan menimbulkan tanda tanya yang mana satu akaun sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara akaun yang dikesan menggunakan menggunakan gambar dan nama Tun Mahathir ialah @TheRealDrm, @Suara_generasi dan @tun_mahathir.

Ketiga-tiga akaun twitter ini cuba menampilkan seolah-olah mereka merupakan suara Tun mahathir di alam Twitter. Malah twitter, @TheRealDrM dan @Tun_Mahathir secara jelas memberi gambaran seolah-olah ia merupakan twitter milik Tun Mahathir.

Bagaimanapun pegawai kepada Tun Mahathir, Sufi Yussuf menyatakan Tun Mahathir tiada sebarang akaun Twitter.

Sebarang kenyataan atau pandangan melalui akaun Twitter yang menggunakan nama atau gambar Tun Mahathir bukan kenyataan sebenar dari beliau.

@tun_mahathir twettDrM @suara_generasi

Satu lagi akaun menggunakan @TunDrMahathir menggunakan wajah bekas perdana menteri tersebut menjelaskan dalam keterangannya bahawa ia merupakan akaun parody (mempersenda) Tun Mahathir Mohamad. Bagaimanapun ia masih boleh mengelirukan pengguna yang tidak menyelidik dengan teliti dan boleh menganggap itu merupakan akaun sebenar Tun Mahathir Mohamad.

@tundrmahathir-parody



3 thoughts on “Tun Mahathir Tiada Akaun Twitter

  • September 22, 2014 at 2:49 pm
    Permalink

    ramai sungguh kaki kencing

    Reply
  • September 22, 2014 at 4:35 pm
    Permalink

    Ramai betul attention seeker…

    Reply
  • September 23, 2014 at 12:09 am
    Permalink

    kuncu kuncu pr pakatan setan la semua ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *