Anwar Ibrahim Pohon Ampun Kepada Sultan Cara Biadap, Penuh Penipuan

anwar1Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor merupakan kenyataan paling kurang ajar pernah diucapkan oleh pemimpin Melayu moden.

“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (‘convention’) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,” kata Anwar.

Dengan kata lain, permintaan maaf mereka hanyalah sekadar “budi bahasa” menghormati Tuanku, bukan kerana mereka rasa bersalah ingkar titah yang meminta tiga nama calon Menteri Besar.

Tidak cukup itu, Anwar seolah-olah mengejek dan menghina Sultan Selangor apabila menyatakan kemurkaan tuanku ke atas mereka hanya kerana mereka mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UTNS).

Apakah maksud mereka DYMM Tuanku tidak mengikut undang-undang apabila meminta tiga nama? Dalam bahagian mana UTNS menyatakan parti yang menang majoriti hanya perlu menghantar satu nama sahaja? Malah UTNS langsung tidak menyatakan keperluan parti menghantar nama kepada Sultan atau keperluan Sultan meminta nama daripada mana-mana parti.

Menurut Perkara 53(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan baginda Sultan boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN, selaku menteri besar.

Tiada ada langsung sebarang kenyataan menyatakan mana-mana parti yang mendapat majoriti dikehendaki menghantar nama Menteri Besar kepada Tuanku. Dan tidak ada langsung fasal yang menyatakan Tuanku mesti menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti yang menang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Dengan kata lain, pencalonan nama oleh parti hanyalah adat dan dan budi bahasa yang diterima oleh Sultan Selangor. Justeru apabila sultan menitahkan agar dikemukakan tiga nama, ia adalah budi bicara Tuanku Sultan yang tidak sepatutnya dicabar.

Jika perlantikan Menteri Besar tidak mendapat sokongan Dewan, maka usul undi tidak percaya perlu dilakukan di dalam Dewan Negeri Selangor.

Membabitkan UMNO

Permohonan maaf Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak ikhlas malah penuh pembohongan dan sindiran apabila mendakwa sejak 1957 Barisan Nasional hanya menghantar satu nama sahaja tanpa menerangkan lebih lanjut.

“Najib also knows that in Umno’s history since 1957, when in Perikatan and now BN, had only ever names one state assemblyperson or parliamentarian for the chief minister, menteri besar or prime minister post.

“As PM, Najib should be honest about his party and BN’s own stand and not attack PKR for doing the same,”

Mungkin benar, mungkin bohong dakwaan Anwar Ibrahim ini kerana tradisi Barisan Nasional ialah kita mengemukakan nama kepada DYMM Tuanku Sultan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada umum. Ini bermakna berlaku proses perbincangan dan mendapat perkenan sebelum ia diumumkan.

Proses ini boleh jadi lancar dan hanya satu nama sahaja dikemukakan. Malah boleh jadi juga berkali-kali sehingga tuanku berpuas hati. Masalah dengan Anwar Ibrahim ialah beliau mengumumkan terlebih dahulu calon Menteri Besar sebelum mendapat perkenan Tuanku Sultan.

Kita tidak tahu berapa nama pernah dihantar kepada sultan negeri-negeri untuk pelantikan Menteri Besar. Apa yang kita tahu ialah setiap kali apabila Sultan atau Raja mahukan pertukaran Menteri Besar, BN akur dan melaksanakannya.

Ini berlaku kepada Datuk Seri Idris Jusoh pada 2008 apabila Istana Terengganu mahukan nama lain untuk calon Menteri Besar. Idris Jusoh digugurkan dari pelantikan Menteri Besar dan Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar baru atas perkenan Sultan.

Demikian juga di Perlis, apabila Raja Perlis mahukan calon Menteri Besar lain selepas 2008, maka Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dari pelantikan semula sebagai Menteri Besar Perlis.

Oleh itu dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Tuanku harus mengikut kovensyen pelantikan sedia ada adalah satu pembohongan dan penipuan yang menunjukkan sikap biadap beliau.

Perangai Anwar Ibrahim memohon ampun tetapi dalam masa yang sama menyindir dan menipu seumpama kata peribahasa Melayu, telunjuk lurus kelingking berkait.

13 thoughts on “Anwar Ibrahim Pohon Ampun Kepada Sultan Cara Biadap, Penuh Penipuan

  • September 10, 2014 at 10:33 am
    Permalink

    anwar minta maaf pun sambil perli dan bgtau sultan sepatutnya buat apa…..minta maaf apa mcm tu?

    Reply
  • September 10, 2014 at 12:45 pm
    Permalink

    Sekurangnya kita tahu TERANG TERANG Anwar nak hancur UMNO/Melayu bukan macam Ah Jib Gor dalam senyap2 dia memberi kuasa kepada pembangkang/orang Cina untuk megambil hak hak orang melayu.

    Ah Jib Gor ‘gunting dalam lipatan’ untuk orang melayu.

    Dengar cerita si Ah Jib Gor secara senyap2 minta orang cina Chow Mun Fai yang di penjara 1 tahun bawah akta Hasutan semalam di bebaskan,

    Reply
  • September 10, 2014 at 1:17 pm
    Permalink

    alfie dh cukup ke amal baik nak bayar n tanggung dosa org dengan sebar fitnah melalui (dengar cerita… sekian sekian….begian begian)

    bykkanlah istigfar

    Reply
  • September 10, 2014 at 2:45 pm
    Permalink

    What do you expect(kata-kata) yg keluar dari lubang Anus-War, si KETUM Penderhaka Kepada Raja(PKR) … ? Ni bukan tahap ridiculous lagi… mungkin dah jadi babi-culous…!

    Reply
  • September 10, 2014 at 5:36 pm
    Permalink

    Agak-agaklah kalau depan korang ada setan dan anuwar…sapa yang korang ketuk dulu?

    Reply
  • September 10, 2014 at 5:41 pm
    Permalink

    belum dapat jadi MB dah tunjuk kebiadapan dan durhaka
    kalau dah dapat
    raja tak dilihat walau sebelah mata…
    dasar berkawan dgn Yahudi

    Reply
  • September 10, 2014 at 7:10 pm
    Permalink

    hahaha…….bang non nih….dah laa bodoh…..pastu berlagak plak…..sikit ari lagi mesti makan penampar orang tua nih…..

    Reply
  • September 10, 2014 at 8:27 pm
    Permalink

    Boss 29ers… setan ngan anuwar tu satu kaum tapi species lain-lain daa…
    – ketuk setan > kena setan,pasti anuwar terasa
    – ketuk anuwar > kena anuwar, pasti setan terasa
    – ketuk setan > setan elak, pasti kena anuwar
    – ketuk anuwar > anuwar elak, pasti kena setan
    PERINGATAN: Ketuk tu agak2 nak lumat, pastu berhenti… jangan kasi mati; walaupun mahkluk2 tu cabar supaya kita terus membunuh… sebab “kalau tak kena cara nanti”, makhluk2 ni bukannya mati, malah terus membiak/duplicate dengan lebih banyak lagi.
    Pesanan orang tua2… Waullahua’lam.

    Reply
  • September 10, 2014 at 8:41 pm
    Permalink

    Kalau a simple Titah dari Istana tuu pon x faham..dan lepas itu bagi statement yg BODOH mcm org xreti bahasa apa lagi yg nak kita nak letakkan SiJunburi ini….??? aku rasa hanya 1 tempat saja yg LAYAK di huni…..tak lain tak bukan….semua org tahu…Sg.Buloh or Kajan Inn..,,supaya x lagi menyusahkan orang lagi..

    Reply
  • September 10, 2014 at 9:27 pm
    Permalink

    Kita masih lagi taksub ngan frasa … ” dengar cerita “……. apa punya bodo rakyat Malaysia berintelektual minda kelas ketiga nih. Patut la depa ni selalu di perbodo kan oleh pemimpn serba licik gila kuasa &….???

    Reply
  • September 10, 2014 at 10:30 pm
    Permalink

    bilalah musibat anak haram(anwar) ini nak kena ludah kat mukanya?

    mereka tidak takut untuk terus biaDAP kepada Raja kerana kononnya tidak akan memberi implikasi undang-undang kepada mereka, cuba tanya khalid gereja takut tak kena implikasi—>kalau mukanya kena ludah lagi?

    senarai nama orang pakatan haram terutama dari PKR dan DAP bersama kuncu-kuncu mereka yang layak kena ludah:

    1. anwar
    2. lim guan eng
    3. lim kit siang
    3. khalid gereja(sudah kena ludah bertepek)
    4. aziz bari
    5. mujahid yusuf rawa
    6. ……….
    7. ……….

    nama-nama lain kekawan boleh tolong sambung…..

    hehehehe

    Reply
  • September 11, 2014 at 11:13 am
    Permalink

    apa yang nk dihairankan bukankah aku dh kataka anwar ibrahim ini manusia hebat di abad ini weh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *