Derhaka Mak Ayah Pun Takde Implikasi Undang-Undang, Tapi….

20140909_131640

SENDIRI mau ingatlah kan.

Mula-mula penulis tak begitu faham kenapa pembangkang bersungguh-sungguh nak membicarakan isu Istana murka dengan tindakan parti-parti PKR dan DAP menghantar hanya satu nama untuk pertimbangan jawatan Menteri Besar Selangor, dalam konteks melanggar undang-undang atau tidak?

Apa masalahnya?

Isu penderhakaan PKR dan DAP ini lebih kepada adab dan protokol berurusan dengan Istana – minta lebih dari 2 nama, depa tunjuk keras kepala dengan serah satu nama juga, mana Istana tak murka dan gelar tindakan itu derhaka?

Langgar undang-undang apa pulak?

Kenapa murka, kenapa derhaka pun bukan isu kerana ia adalah adab dan protokol bila berurusan dengan pihak Istana.

Bukan di Malaysia saja, di mana-mana negara beraja dalam dunia pun protokol seumpama ini diguna pakai.

Susah nak faham?  Penulis bagi contoh mudah, adakah  menjadi kesalahan kalau macai PAS  tak panggil Nik Aziz tuk guru, atau tak cium tangan dan peluk bila jumpa dia?  Sudah tentu tidak.  Tapi kenapa semua macai PAS yang jumpa Nik Aziz mesti buat salah satu (kalau tak semua) dari 3 perkara tersebut?

Adakah sebab undang-undang mewajibkan begitu?

Tak pun, tapi buat juga, kenapa?  Bukan nak mengatakan Nik Aziz setaraf institusi beraja tapi moralnya lebih kurang juga dalam isu ini, apatah lagi sebab musabab kemurkaan tu lebih jelas bila kedua parti itu terang-terangan tidak patuh titah Istana yang mahu lebih 2 nama diserahkan kepada baginda untuk pertimbangan.

Hantar satu nama seolah-olah memaksa baginda memilih orang yang berkenaan.  Kita sendiri pun tak suka dipaksa, inikan pulak baginda, fikir macam itu saja sudah cukup.  Kalau tak biadap, tak tahu nak kata apa lagi?

Moralnya, dalam isu Istana murka kepada DAP dan PKR, ini bukan isu undang-undang tapi protokol Istana bila kedua parti itu engkar arahan baginda untuk serah lebih dari satu nama.

Jelas, tapi masih lagi soalannya, kenapa pembangkang heret isu ini ke situ (undang-undang)?

Penulis rasa jawapannya ialah kerana pembangkang nak tunjuk kurang ajar dengan institusi beraja tapi berlindung di sebalik perbahasan undang-undang – alasan sama untuk pembangkang pertahan seorang pensyarah Universiti Malaya yang di dakwa dibawah Akta Hasutan baru-baru ini.

Cuma dalam kes tersebut, alasannya ialah alasan akademik.  Konon orang-orang akademik patut diberi ruang untuk cakap apa saja yang dia suka berlindung di sebalik status masing-masing, mentang-mentang pro dia.  Cuba ada ahli akademik pro kita, kutuk kaum tertentu dalam perbahasan akademik?  Percayalah, tak sempat nak tunggu esok, orang itu dah diminta ditangkap.

Senang kata, cubaan mengaitkan penderhakaan PKR dan DAP dengan undang-undang adalah tindakan politik dan kebetulan ada pulak seekor dua lawyer cabuk Melayu yang boleh diperalatkan untuk tujuan tersebut.

11 thoughts on “Derhaka Mak Ayah Pun Takde Implikasi Undang-Undang, Tapi….

  • September 9, 2014 at 2:32 pm
    Permalink

    undang2 tetap undang tak boleh nak pusing ini bukan bicara dalam mahkamah kalau bicara dalam mahkamah boleh lah peguam kaki putar main pusing2 supaya boleh timbulkan kekeliruan, ini undang2 yang sudah tertulis & termaktub ada menyatakan tentang kekuasaan Raja & Sultan kena lah ikut kalau tak puashati cabar dalam dalam mahkamah sama2 kita tengok

    Reply
  • September 9, 2014 at 3:21 pm
    Permalink

    Punca segala kekalutan ini berlaku adalah satu jea….. apabila ISA di cabut.

    Sekarang ni puak-puak yang mengidamkan kekayaan Melayu dan Tanah Melayu mula mengambil kesempatan dengan kebebasan yang di berikan. Salah siapa?

    Islam dah di perbodohkan kerana kesilapan PAS dan pengkhianatan Anuwar. Kesultanan Melayu di pertikaikan dan di permainkan melalui kerjasama orang melayu sendiri.

    Atas nama kebebasan tanahair tercinta di porak perandakan, bermula dari keegoaan pemimpin (yang nak cari nama), di rosakkan oleh pemimpin yang tamakkan kuasa yang di cucuk oleh bangsa yang mahu menguasai bangsa melayu dan kekayaan Tanah Melayu dengan merosakkan Agama Islam dan menghapuskan kesultanan Melayu.

    Anwar, Najib, Nik Ajis dan Hadi Awang…..Mereka Melayu, mereka Islam…. Amanah telah di anugerahkan… apa yang telah mereka lakukan?

    Reply
  • September 9, 2014 at 3:55 pm
    Permalink

    undang2 sentiasa jd senjata ampuh PR.. biasalah kan

    Reply
  • September 9, 2014 at 4:19 pm
    Permalink

    Baru perentah 2 penggal satu negeri dah tunjuk busar kapla dan bongkak. Semua orang nak ikot cakap dia.. bebal!

    Reply
  • September 9, 2014 at 4:33 pm
    Permalink

    tuh uniknya Malaysia…. para pendidik malaysia kena masukkan syllibus nieh untuk lulus course law. para syarikat atau penguasa kena ada dlm organisasi. undang-undang bukan agama, dier unik berdasarkan geografi dan suasana sesebuah negara. bezanya kita ngan amareka, australia, UK etc ialah kita nieh Malaysia… ini pun aku yg fail darjah dua nieh nak terangkan……puiii….

    Reply
  • September 9, 2014 at 4:52 pm
    Permalink

    Inilah perangai pakatan…dah la merosakkan negeri..lagi nak tunjuk ajaran mereka kurang bersopan dalam bahasa kasarnya kurang ajar…

    seorang lagak macam ketua kongsi gelap hansap satu lagi lagak macam hitler…tak ada adab nak berurusan dengan institusi berusia beribu tahun

    Reply
  • September 9, 2014 at 4:54 pm
    Permalink

    Dap dan pkr macam pelaq….

    Reply
  • September 9, 2014 at 4:56 pm
    Permalink

    Bodoh melantun lantun lah Pas…dap pkr kurang ajaq pun buat bodoh….pi lah juang tubuhlan negara komunih di Malaysia…otak tadak akai

    Reply
  • September 9, 2014 at 6:52 pm
    Permalink

    Kelakar tengok PAS skrg. sudah diludah berkali-kali setiap hari , masih lagi suka dan gembira bersama PKR & DAP . Presiden diserang , pencacai PAS Tutup mulut , lari masuk dalam rumah . Dimanakah maruah kalian , jemaah PAS ? ??

    Reply
  • September 10, 2014 at 12:46 am
    Permalink

    Dulu di Perak la ni di Selangor pulak…..di perak Hai San dan Ghee Hin, di Selangor Yap Ah Loy….depa ni la yang dok jolok melayu PKR dan PAS untuk menderhaka.
    Akai letak dilutut….depa maki mak bapak depa pun tak dak implikasi undang-undang, tapi patut ka ??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *