PKR dan DAP Ingkar Titah, Sultan Mungkin Pilih Nama Di Luar Senarai Dihantar

Kemurkaan Tuanku Sultan Selangor kepada PKR dan DAP nyata sekali dalam kenyataan media yang ditandatangan oleh Setiausaha Sulit baginda pagi tadi. Antara lain, Tuanku Sultan Selangor mengeaskan akan mengambil kira pelbagai aspek dalam menilai setiap calon-calon yang dipersembahkan untuk dipilih sebagai menteri besar baru negeri itu.

Dalam kenyataan tersebut Tuanku merakamkan rasa dukacita baginda terhadap keengganan PKR dan DAP menghantar tiga nama seperti yang dititahkan. Tindakan tersebut menunjukkan kedua-dua parti tidak menghormati institusi beraja Selangor.

Justeru kerana “penderhakaan” ini, baginda juga akan meneliti nama-nama lain anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara DYMM Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari parti Pakatan yang berkelayakan dan pada fikiran DYMM sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan negeri.”

Ingatan Tuanku ini menunjukkan Istana bersedia menunjukkan siapa lebih berkuasa dalam pelantikan Menteri Besar – Sultan atau Anwar Ibrahim!

8 thoughts on “PKR dan DAP Ingkar Titah, Sultan Mungkin Pilih Nama Di Luar Senarai Dihantar

  • September 8, 2014 at 1:43 pm
    Permalink

    ukan hari ni
    malah sejak dahulu lagi mereka kurang ajar dengan Raja Melayu
    mereka nak ‘test market’ sejauh mana Sultan boleh beri tindakbalas
    kalau berjaya kekurang ajaran seterusnya akan ditunjukkan
    hakikatnya mereka kena diajar
    kalau zaman keris dan tombakmereka yg durhaka dan kurang ajar pada Raja..buruk padahnya..hukuman bukan calang-calang
    mereka macam kaduk naik junjung
    mengadakan pilihanraya semula di Kajang adalah mencabar kedaulatan Negeri Selangor
    mencalonkan Wan Azizah sebagai MB suatu yg langsong tidak menghormati Sultan yg mengharapkan MB yg berwibawa sebagai penasihat Baginda
    berdegil enggan menamakan calon tambahan bbagi MB seolah-olah memaksa aginda tanpa pilihan bahawa Raja kena ikut telunjuk mereka
    cukuplah
    kalau INI zaman keris dan tombak
    kalau Tuanku perintahkan patik usir mereka
    pejam celik patik bangun uruskan..
    malam gelab, patek harungi untuk laksanakan perintah..
    DAULAT TUANKU!

    Reply
  • September 8, 2014 at 2:24 pm
    Permalink

    Jangan ingat Sultan boleh dipermainkan. Tindakan Sultan ini adalah manifestasi daripada penderhakaan oleh PKR, yang mereka sangkakan Sultan akan mengikut kehendak dan telunjuk mereka. Jika mereka fikir mereka bijak, perancangan Allah lebih bijak melalui Sultan Selangor.

    Reply
  • September 8, 2014 at 3:01 pm
    Permalink

    lantik saja khalid jadi mb sementara tunggu pru 14

    Reply
  • September 8, 2014 at 4:04 pm
    Permalink

    hahahaha… aku cakap lama dah perkara ni . dalam hal MB , 9 negeri melayu memang sepakat , KUASA VETO MUTLAK melantik itu hak eksklusif Duli-duli Tuanku shj . parti politik hanya baruah a.k.a org yang harus mengikut perintah .Syabas dan menjunjung kasih Tuanku sultan selangor . patik sanjung tinggi pendirian Tuanku . Daulat Tuanku !

    Reply
  • September 8, 2014 at 5:25 pm
    Permalink

    haha.. nuar tgh fikir lagu mana nak belit lg, lge lks pulak tgh fikir cam mana nak wat rampasan kuasa, ambiga tgh susun nak mogok @ demo, mat sabu tgh kumpul org nak demo… baginda sultan sedang canai sape boleh duduk kerusi MB, tghh pulak sdg duduk seblh baginda tuanku… apa ko rasa nuar?? cadbury??

    Reply
  • September 8, 2014 at 7:08 pm
    Permalink

    Daulat Tuanku … kami hamba rakyat amat menghargai ketegasan tuanku sebagai benteng ketuanan melayu….

    Reply
  • September 8, 2014 at 7:47 pm
    Permalink

    Dulu Kerajaan Melayu Melaka tumbang sebab pengkhianatan dari puak yang sama hari ini. Sejarah dah membuktikan.

    Masalahnya… yang bukak pintu si Najib…..

    tak nak hapus…nak tukar aje…..kepala hotak dia.

    Reply
  • September 8, 2014 at 10:02 pm
    Permalink

    Ahli politik datang dan pergi.Raja, sultan tetap disitu. mereka tidak dipilih rakyat dan tidak akan terhapus. Mereka mungkin terhapus dengan kuasa rakyat bukan kuasa politik. Tetapi rakyat mana yang akan berdemo untuk membuang sultan sendiri ? Tak ada. DAP dan PKR melagukan impian sendiri yang kabur dan tidak bermatlamat.

    Gara2 gila kuasa manusia jadi bengap, bodoh dan biol.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *