Menantikan Tindakan Lebih Tegas Dari PDRM dan Peguam Negara

Belum pun lama lagi sewaktu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ‘dibelasah’ secara terbuka kerana kegagalan mengambil tindakan ke atas pelbagai kelompok yang melakukan penghinaan dan bersifat kurang ajar ke atas 5 prinsip asas Perlembagaan Persekutuan. Perasaan tidak puas hati dan kemarahan yang ditunjukkan itu terutama sekali apabila penghinaan yang bersifat subversif dan anarki gagal diambil tindakan sewajarya. Bahkan lebih ramai yang lepas dan dibebaskan seolah-olah golongan tersebut kebal dan pihak berkuasa, terutama sekali SKMM tidak mampu mengesan tempat persembunyian mereka, walaupun yang digunakan adalah talian Internet Malaysia.

Semalam, PDRM mulai bertindak setelah sebelum itu, Lim Guan Eng membuat cabaran secara terbuka dan mengancam untuk menggunakan semua kekuatan guaman yang dimiliki oleh DAP selain kekuatan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyerang dan memerangi PDRM habis-habisan.

Walaupun amaran telah diberikan, namun tidak diendahkan oleh DAP dan Lim Guan Eng kerana Setiausaha Agung DAP itu mempunyai perancangan yang lebih besar. Selain simpati yang ingin diraih, Lim Guan Eng jelas ingin mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu yang mahukan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera diserahkan kepada masyarakat bukan Melayu-Bumiputera.

Dengan kata lain, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 152 itu dimansuhkan dan semua orang di Malaysia ini, dilayan secara meritokrasi kononnya.

Namun persoalan yang lebih besar timbul. Mampukah pihak berkuasa dan pihak pelaksana undang-undang akan keluar daripada kepompong kekalahan mereka sebelum ini atau sekali lagi mereka akan kalah dan menghancurkan harapan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan keamanan?

Bermula dengan perjuangan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan menggunakan peguam yang dikombinasikan dengan elemen politik, DAP bersama-sama PKR merangka kerja seterusnya iaitu mewujudkan gangguan emosi dan syak wasangka di kalangan rakyat Malaysia.

Ketiadaan ISA jelas merencatkan usaha kerajaan untuk mengamankan negara ini. Walau apa pun hujah yang dberikan oleh Paktan Rakyat, secara dasarnya, kebanyakan negara di dunia ini terutama sekali Amerika Syarikat mahupun Great Britain mempunyai undang-undang pencegahan mereka sendiri.

Ancaman secara konvensional mungkin boleh ditangani namun ancaman secara digital atau lebih tepat lagi mengunakan Internet, jauh lebih melebar dan meluas kesannya berbanding serangan konvensional. Ancaman digital itulah yang menyebarkan lebih banyak pembohongan, pendustaan mahupun penghinaan yang apabila dikombinasikan, menjadi racun yang sangat berbisa dan mengancam keselamatan negara ini.

Mangsa terbaru adalah Ketua Polis Negara sendiri apabila arahan agar menahan anggota-anggota PPS telah menyebabkan Lim Guan Eng dan DAP berasakan inilah saat terbaik mereka untuk menunjuk taring dan tembelang sebenar. Marah DAP mungkin ada asas kerana penahanan anggota-anggota PPS akan membuatkan motif sebenar penubuhannya tidak dapat lagi diselindungi.

Kebiadapan penyokong DAP terserlah. Angkuh kerana berjaya menghapuskan ISA dan bongkak kerana seringkali dapat memperdayakan pihak polis serta megah kerana kebanyakan kes melibatkan Pakatn Rakyat dimenangi di mahkamah, menjadikan mereka tidak mempunyai sebarang halangan untuk mengulangi serangan-serangan biadap sebegitu rupa.

Barangkali Ketua Polis Negara sedar, SKMM tidak akan banyak membantu atau mungkin juga langsung tidak membantu memandangkan selama ini pun, SKMM dilihat bersikap lepas tangan, Ketua Polis Negara telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menjalankan siasatan untuk mengesan dua orang subversif siber yang telah menghina PDRM.

Semenjak ditubuhkan, PCIRC sebenarnya telah menangani beberapa isu, termasuklah membuat laporan polis ke atas bloggger, Facebooker mahupun Twitter. Malangnya juga, kebanyakan laporan polis yang dibuat lebih banyak melibatkan masyarakat India, sama ada pendedahan berhubung orang India yang didedahkan melakukan hasutan subversif, mahupun penghinaan ke atas orang India dan Hindu. Si penghina Islam, Melayu dan Bumiputera kekal bebas serta tidak dikenakan sebarang tindakan.

Apakah perkembangan terbaru melibatkan PPS akan mampu menggembelengkan undang-undang dan penguatkuasanya serta pelaksana undang-undang yang sebelum ini dilihat gagal menjalankan tanggungjawab mereka?

Lebih penting lagi, apakah sekali lagi undang-undang dan penguatkuasa undang-undang akan kalah lagi di tangan peguam-peguam yang didanakan dengan wang yang jumlahnya mencecah infiniti bagi mengabsahkan tentang THIRD FORCE yang mula-mula disebut pada tahun 2008 dahulu?

Setakat ini, memang THIRD FORCE (PEGUAM) telah berjaya menguasai politik dan perundangan. Tiada sesiapa pun di Malaysia yang tidak tunduk kepada mereka. Dan berdasarkan kepada rekod-rekod sedia ada, besar kemungkinan isu PPS juga akan menjadi satu lagi mercu kejayaan THIRD FORCE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *