Tanda Pembelotan Pas Dari Khalid Ibrahim Kian Jelas (III): Giliran Khalid Samad “gantung” Khalid Ibrahim

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyatakan tindakan Pas memanjangkan tempoh membuat keputusan merupakan satu langkah taktikal mendedahkan siapa sebenarnya Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid, dengan mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan, Pas memberi peluang kepada Tan Sri Khalid Ibrahim memusnahkan dirinya sendiri – “hang himself”.

“Jika sebelum ini terdapat persoalan mengapa Khalid Ibrahim perlu diberhentikan. Namun tindakan-tindakan beliau beberapa hari ini telah meyakinkan mereka yang ragu-ragu mengenai keperluan mengenepikan beliau sebelum ini. Ini termasuk mereka yang mengundi beliau dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR sebelum ini.”

Khalid Samad turut menyindir Khalid Ibrahim sebagai tidak setia kepada Pakatan Rakyat dan mungkin ada sesuatu yang tidak kena kerana Timbalan Perdana Menteri memberi sokongan tanpa syarat kepada beliau.

Khalid Samad turut memohon maaf dengan kelewatan Pas mengadakan mesyuarat membuat keputusan, namun percaya kelewatan tersebut mempunyai hikmah.

Bercakap kepada Malaysiakini.com. Khalid juga menegaskan apabila Pas mencapai kosensus untuk mengenepikan Khalid pada 17 Ogos ini, mereka juga bukan sahaja akan menunjukkan Khalid tidak lagi mempunyai majoriti, tetapi juga akan memastikan ada nama yang dipersetujui mendapat sokongan majoriti untuk jawatan Menteri Besar.

19 thoughts on “Tanda Pembelotan Pas Dari Khalid Ibrahim Kian Jelas (III): Giliran Khalid Samad “gantung” Khalid Ibrahim

  • August 13, 2014 at 9:48 PM
    Permalink

    Macam la… dia Presiden Parti….

    Reply
  • August 13, 2014 at 9:52 PM
    Permalink

    Apapun jua selepas 17 hb nanti,jelas Khalid Ibrahim dah menang. Kenyataan beliau, beliau adalah masih MB hingga perkembangan terbaru dengan perkenan Sultan. Namun ianya juga mempunyai hikmah mendedahkan bahawa PAS juga telah terpesong. Kata-kata ulama mereka sendiri sudah tak diendahkan lagi.

    Dulu bukan main hentam UMNO menentang ulama, sekarang, depa lagi teruk…

    Reply
  • August 13, 2014 at 9:55 PM
    Permalink

    inilah tanda tanda orang orang pas munafik kerana pemimpinya munafik. eloklah orang dah dapat apa yang merika mahu iaitu perubahan..minumlah air lombong

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:04 PM
    Permalink

    sekali lg si khalid samad nie mengingkari titah sultan.patut la berani derhaka titah sultan selangor..rupenye die bkn anak jati selangor.

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:05 PM
    Permalink

    x kan umno nak sokong kak jijah……gaduh sama sendiri….pastu buat paranoid bukan2 kat umno….betul2 gilaa laa diorang nih….

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:06 PM
    Permalink

    MP shah alam ni aqidah die patut diragui.

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:09 PM
    Permalink

    masyukkk lah tu hahahaha

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:09 PM
    Permalink

    Biarkan mereka londeh sesama sendiri. UMNO secara konsisten telah jelaskan akan menyokong Khalid Ibrahim jika ada undi tak percaya tanpa ada syarat untuk elakkan Pilihanraya Negeri yang bakal membazirkan masa…

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:26 PM
    Permalink

    Kenapa khalid samad anti khalid Ibrahim?

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:48 PM
    Permalink

    Contoh terbaik munafik: khalid samad

    Reply
  • August 13, 2014 at 10:53 PM
    Permalink

    Aku dah agak dah….taktikal konon, dia ingat orang benak macam dia, Khalid samad ni orang panggil jendalu, parasite anwar yang hidup dalam PAS…dia, mat sabu, mahpus semua satu kapal.

    Battle of the idiots di Selangor…..kita saksikan lah bersama-sama pengakhirannya, coming soon.

    Reply
  • August 13, 2014 at 11:31 PM
    Permalink

    Apalagi… PAS mesti pecat Khalid Samad ni… dah jelas parasit PAS… Dato’ Hassan Ali dan Ustaz Nasha yang lebih berkaliber telah dipecat oleh AJK Parasit PAS pusat

    Reply
  • August 14, 2014 at 12:03 AM
    Permalink

    Khalid ni mmg otok kuning…aku pning mcmane org shah alam boleh pilih dia….cubelaa umno letak calon bkaliber skit lwn ngan stiausha sulit anwaq ni….klau bodoh baik ddk diam…aku malu klau dia bckp…xtaula mgkn PAS bangge dgor dia ni brucap….mgkin dia biase dok ngampu bos mase keje2 dulu kot…

    Reply
  • August 14, 2014 at 8:03 AM
    Permalink

    PAS lupa sebagaimana Anwar Ibrahim lupa bahawa prerogative bagi perlantikan MB letak ditangan DYMM Sultan Selangor. Baginda tidak akan sesekali memihak tetapi baginda bijak melihat orang dengan apa yang terbukti dari penolakan baginda untuk bertemu Zizah.

    Zizah adalah sebiji boneka yang tak ada nilai komersial, maka baginda tak akan membuang masa baginda untuk bertemi boneka hanya untuk mendengar kata2 dari teks yang dibaca. TEks lapok yang tesedia dikarang , ini semua membosankan.

    Reply
  • August 14, 2014 at 8:18 AM
    Permalink

    Sejarah PAS memang tak pernah tetap dengan pendirian mereka. PAS berkata satu hari ini, kemudian tukar keesokan nya.

    Ini semua kerana PAS sendiri tak kenal siapa mereka. Mereka konfius sejak bertahun samada mereka sebuah parti politik atau sebuah badan memperjuang agama. Yang nyata kedua2 nya tidak kerana PAS badan konfius penuh hipokrasi. They are jack of all trades, master of none.

    Reply
  • August 14, 2014 at 10:19 AM
    Permalink

    Tak payah banyak soal..nama siapa pun yang nak di syorkan kalau Sultan tak berkenan takde gunanya…bilalah mereka ni nak berhenti dari kontroversi…sebenarnya mereka lupa PERANAN mereka yang telah diberi mandat oleh rakyat..itu ternyata gagal..ada lagi sesiapa yang sudi mengundi mereka dan parti mereka pada PRU akan datang??jagn gadaikan apa yang kita sudah miliki…

    Reply
  • August 14, 2014 at 11:05 AM
    Permalink

    Asyok itu yang penting. Orang munafik

    Reply
  • August 14, 2014 at 11:51 AM
    Permalink

    Kalau sultan tak perkenankan lg mrk suka. Kan matlamat mrk nak jadikan malaysia negara republik. Lps ni bolehlah mrk hasut rakyat utk benci raja2 melayu plak.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.