‘Saya Hanya Tegur Najib, Bukan Suruh Letak Jawatan’ – Kata Dr Mahathir

16707_761827343855595_7590503565175758394_nTun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.

“Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.

“Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini hari ini.



Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya hari ini berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.

Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.

Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Sementara itu, mengenai penubuhan IEIJS, Dr Mahathir berkata, ia dapat membantu memberi kefahaman dalam bentuk fakta akademik kepada orang Islam dan juga bukan Islam mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.

“Tidak banyak kajian fakta tentang Baitulmaqdis oleh ulama-ulama Islam. Hasil penubuhan institut ini, saya berharap akan ada kefahaman yang lebih baik tentang apa jua yang berlaku di sana,” katanya.

BERNAMA

23 thoughts on “‘Saya Hanya Tegur Najib, Bukan Suruh Letak Jawatan’ – Kata Dr Mahathir

  • August 19, 2014 at 10:46 AM
    Permalink

    ….najib oh najib….harapkn ko nk bela melayu….dari dalam pulak ko bunuh melayu….

    Reply
  • August 19, 2014 at 10:56 AM
    Permalink

    Najib bukan tak boleh di tegur…tegur lah, dia tak ada masaalah mendengar….tapi lepas tu dia buat bodoh !!

    Reply
  • August 19, 2014 at 11:12 AM
    Permalink

    Najib ni byk berbelanja… 1MDB byk dapat kat cina kroni. Harga projek mahal, kroni dapat percent. PRIMA pun sama, gong je kuat, projek rumah mampu milik berape percent je dari total development, al maklum buat dgn syt private. Syt private ni nak untung, pesal kerajaan tak buat sendiri??

    Lepaih tu buat promosi GST baguih…

    alih-alih DSAI yg kena kata sokong cina. FYI kami rakyat Malaysia dan Islam kena berlaku adil. Melayu in dia Cina, kadazan, semua rakyat Malaysia. Bumi ada keistimewaan yg ada dalam perlembagaan.

    Reply
  • August 19, 2014 at 11:14 AM
    Permalink

    Najib ni..bila ada masalah, dia sembunyi..dia suruh menteri2 dia yg low IQ tu melalak… lepaih tu Ahli biasa UMNO yg nak kena jawab. Wpun aku tak sokong Tun M, tapi aku tetap kena admit/tabik kat dia, because he has done/contribute something to Malaysia (cuma org2 Tun M ni tak boleh pakai, kaki ampu dan rasuah dan sekular).

    Reply
  • August 19, 2014 at 11:18 AM
    Permalink

    Aku setuju bila Mahathir sentuh isu pasal adanya PEMBODEK2 di kalangan Najib Razak yang tidak menceritakan keluhan rakyat Malaysia!!!

    Najib Razak perlu buang kaki2 BODEK ni dan ambil org yang benar2 prihatin kepada masalah rakyat Malaysia!!!

    Dan benar kata Mahathir, pengantian ISA kepada SOSMA tidak memberi apa2 kebaiikan kepada takyat Malaysia. Akibat tindakan ini, kita lihat ramai bangsa2 lain bukan sahaja mempersoalkan status kaum Melayu/Bumiputra dan agama Islam dalam negara Malaysia, malah bangsa2 lain menghina kaum Melayu/Bumiputra dan agama Islam dan lebih parah, tiada tindakan dari pihak berkuasa!!!

    Tindakan pengantian ISA kepada SOSMA benar2 merosakkan hubungan antara kaum rakyuat Malaysia!!!

    I would like ISA to be installed back to Malaysia!!!

    Reply
  • August 19, 2014 at 12:06 PM
    Permalink

    Najib perlu sedar bahawa teguran Tun M adalah penting. Fikir-fikirkan lah dengan teliti bahawa teguran Tun adalah ikhlas.

    Sehingga kini, selain daripada “seruan-seruan”, “nasihat-nasihat”, dan “soraka’-sorakan”, yang disambut lantang oleh jemaah menteri yang kebanyakannya bodoh sombong, kerajaan sekarang dipandang oleh masyarakat pengundi sebagai lembik dan dipermain-mainkan oleh pembangkang. Nak mengimplementasikan GST pun susah, padahal kenaikan cukai di Selangor dan tarif air di Pulau Pinang dan Kelantan sehingga 4 kali ganda dapat dilaksanakan dengan senyap oleh kerajaan pembangkang ! Lihatlah bagaimana kerajaan menjadi kecut bila timbul kelam kabut kerana cadangan kenaikan cukai di KL dan kenaikan tol di Johor.

    Bodoh sangatkah kerajaan ni ?

    Reply
  • August 19, 2014 at 12:11 PM
    Permalink

    Najib lebih lemah dari PakLah.. tapi Paklah, tunM suruh turun atau dia keluar umno sedangkan Najib, tunM tegur tapi suruh teruskan. Peliknya yg. lebih baik d suruh turun sedangkan yg. kurang bagus d suruh kekal.
    Apapun… terpulang ahli UMNO lah.

    Reply
  • August 19, 2014 at 12:40 PM
    Permalink

    bujuk DAN LAIN-LAIN TUTUP MULUT KAU ORANG
    biar tinggal sorang aku tetap pertahankan najib
    kepada bujuk kau suruh Nik Aziz dan hJ Hadi dan Harun Din jangan buat BENGAP
    Majlis Syura dan tak dipandang sebelah mata oleh kepimpinan tak berserban dalam Pas
    nik aziz, hadi buat muka selamba sokong saja..jadilah pemimpin kayu
    jangan jadi kayu tahu cakap sedap mulut saja….

    Reply
  • August 19, 2014 at 12:53 PM
    Permalink

    dalam UMNO tegur menegur perkara biasa
    macam kamulah manusia jugak ada, yg tak sembahyang penuh..bila orang tegur maksudnya bukan nak kata kamu tu terkeluar dari Islam
    tapi hakikatnya amalan Islam yg kena tegu tru lemah..jadi perbaikilah…ok lah tu
    tetapi dalam Pas
    bila keputusan Majlis Syura dinoda dan campak
    sekorpun kepimpinan atau orang Pas yg berani tegur dan pertahankan Ulama
    kata Islam tulin..tapi cakap Ulama dianggap cakap orang mabuk
    apa citer bujuk
    kau jangan nak sibuk tentang UMNO
    PERTAHANKAN ulamak kamu yg dah jadi PARIA dalam parti sendiri

    Reply
  • August 19, 2014 at 1:11 PM
    Permalink

    Sejak bila pulak Najib Razak lagi lemah dari Abdullah Badawi???

    Hang MABOK KETUM ker Bujuk???

    Reply
  • August 19, 2014 at 1:17 PM
    Permalink

    Mooh,

    Hang cerita pasal 1MDB, PR1MA, GST dan sebagainya tapi takder satu BUKTI pun kata2 hang yang berbaloi untuk diulas, sebab isu2 yang hang sebut takder ISI yang dihuraikan secara terperinci untuk diulas!!!

    Cuba buat tuduhan tu base on FACTS and FIGURES, not RUBBISH TALK semata2!!!

    Reply
  • August 19, 2014 at 2:13 PM
    Permalink

    Dap kalau sokong teguran Tun maknanya mereka sokong ISA diwujudkan kembali…

    Reply
  • August 19, 2014 at 2:29 PM
    Permalink

    Hang tabik kat Tun ke moooo ?? hang pun PAS 360 jugak !! apa dah jadi dengan hangpa semua ???

    Reply
  • August 19, 2014 at 2:54 PM
    Permalink

    najib di era lain jika nak dibandingkan dgn era tun. kita hormat dan terima teguran tun, dalam masa sama kita harap tun pun hormat pd najib juga. kalau ada apa yg tak kena, jumpa tegurlah, bg lah cadangan. kita lagi suka kalau tun selalu jumpa najib dan bg nasihat. tak payahlah buat teguran di media.

    Reply
  • August 19, 2014 at 3:41 PM
    Permalink

    Tegur Menegur memang amalan kita Orang Melayu..xda salahnya…Apa yg bujuk@AHJ dan Mooo@siLembu nie buat bising2…melainkan mereka nie bertopengkan Nama Melayu dlm blog ini??????

    Reply
  • August 19, 2014 at 4:22 PM
    Permalink

    ADMIN MYKMU copy paste dari BERNAMA je, x nak ulas ke, or tangan dah kena ikat kat blkng wehhhhhhh

    Reply
  • August 19, 2014 at 8:53 PM
    Permalink

    Keadaan sekarang memerlukan DSN jangan act playsafe. Itu maksud dia.

    Reply
  • August 20, 2014 at 3:18 AM
    Permalink

    Tun M ni memang hipokrit..dia kata kritik terhadap DSN supaya dia dengaq dan pebetoi kan kesilapan nya. Tapi masa dia jadi PM pun sama gak langsung buat pekak badaq terhadap semua teguran positif dari para cendikiawan pasai PPSMI yang di laksana kan secagha tergesa tanpa sebarang kajian tang kebaikan & keburukan. Dah berbuih mulut para akademia pencinta bahasa melayu tang kegagalan matlamat PPSMI….tapi manusia ego besaq ni buat derk jerrr. Depa ni bukan sekadaq cong jerr tapi dah buat penyelidikan dan temuan menunjuk kan ramai murid gagal capai bi & sains serentak. Tapi Tun M lansung tak mau terima realiti….masih ngan fantasi pandir dia jugak…last last anak melayu yang rugi….sains pun depa tak paham ..bi pun kantoi. Dia ni keras kepala dia ingat semua idea nya betoi belaka dan idea oghang lain macam idea Pak Pandir tapi idea dia sendiri pun membuat kan anak anak melayu semakin jadi pandir.

    Ni la di kata kan program Pandir…..di buat oleh pemimpin besaq berminda pandir jugak….tu la jangan begitu obses nak kritik ogahng lain…ujung ujung semua pemuja idea dia dulu la ni dah berpaling tadah termasuk aku laaa…pasai suka hentam oghang lain last last oghang yang setia kat idea dia sendiri dah beghani menghentam balik pasai tak lagi rasional & tak relevan ngan masa & ruang la ni…..dunia berubah..pendirian manusia pun ikut berubah…dulu semua kata you OK la ni depa kata you KO plak….!!!

    Reply
  • August 20, 2014 at 9:56 AM
    Permalink

    Anggur itu baik, tapi anggur yg. d peram(arak) tak baik/haram. Jadi keputusan majlis syura sokong TSKI waktu dia masih ahli PKR/PR. Ianya betul… tapi bila TSKI dah jadi anggur yg. d peram atau d pecat dari PKR/PR maka tak boleh lagi PAS memberi sokongan pada beliau. Jadi tentulah keputusan sebelum d pecat dan selepas d pecat berbeza.
    TunM tarik sokongan pada Najib maknanya dia tak sokong Najib lagi… kita tunggu jawapan balas dari Najib… tu pun kalau Najib berani, lihat pada fikrah rasanya Najib diam je. Najib sepatutnya guna Mukhriz untuk jawab tunM. Pandangan aku… tunM marah Najib sebab Mukhriz ketinggalan d belakang KJ pada masa ni.

    Reply
  • August 20, 2014 at 3:03 PM
    Permalink

    Kenapa pulak Najib Razak kena balas pandangan Mahathir bujuk???

    Org2 UMNO khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya berharap Najib Razak menerima teguran dan nasihat Mahathir dgn hati terbuka dan memperbaiki prestasi sekiranya masih lagi ingin UMNO terus relevan untuk memperkasakan lagi agenda kaum Melayu/Bumiputra dan agama Islam di negara Malaysia!!!

    Dan la ni, Bujuk yang selama ini sokong Khalid Ibrahim dah BACKSTAB Khalid Ibrahim sampai mengatakan Khalid Ibrahim ini umpama ARAK yang perlu dibuang???

    Habis madu sepah dibuang adalah nasib yang menimpa Khalid Ibrahim sekarang!!!

    Sampai Bujuk pun la ni dah benci kat Khalid Ibrahim!!!

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!

    Reply
  • August 25, 2014 at 3:32 PM
    Permalink

    wee! Otak jaga Skit kalu nak Taip Do.Senang2 nak hentak PM! ingat Power sanget korang tuuu,kalu bOrani!!pergilah tukar tempat PM booo.TeGuRAn-peringatan lol.

    Reply
  • August 25, 2014 at 3:32 PM
    Permalink

    wee! Otak hang jaga Skit kalu nak Taip Do.Senang2 nak hentak PM! ingat Power sanget korang tuuu,kalu bOrani!!pergilah tukar tempat PM booo.TeGuRAn-peringatan lol.

    Reply
  • August 26, 2014 at 4:17 PM
    Permalink

    semuanya tak ada yang betul selagi kita dikatakan manusia. yang betul hanya allah

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.