PPS: Ambil Tindakan Kepada Semua Pertubuhan Haram

mole-Penang-Pasukan-Peronda-Sukarela

PENULIS angkat tangan, tabik kepada pihak polis di atas jaminan untuk mengambil tindakan terhadap pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) seperti yang diumumkan semalam.

Memang sudah sampai masanya, pasukan yang tidak diketahui hujung pangkal akan fungsi penubuhannya ini (tapi menggunakan dana awam untuk beroperasi) diambil tindakan dimana-mana bahagian yang perlu.

Apatah lagi bila ada beberapa kejadian dimana anggota pasukan ini bertindak kasar terhadap orang awam dan media yang membuat liputan.  Nak kata macam Rukun Tetangga, sejak bila Rukun Tetangga kibar bendera parti politik?

Kita juga bimbang bila dimaklumkan bahawa ahli pasukan ini menggunakan senjata seperti cota dan sebagainya.  Hari ini cota, esok mana tahu, bazooka pulak.  Itu yang kita tak mahu, maka eloklah sangat pasukan polis bertindak sebelum melarat.

Bagaimanapun, penulis berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sama terhadap semua pertubuhan haram di Malaysia ini.  Kalau dibenar mencadang, nombor satu yang wajib diambil tindakan ialah Pakatan Rakyat.

Ini pun pertubuhan haram, dah berapa tahun kata nak daftar tapi masih tak didaftarkan. Kalau alasannya kerajaan menghalang, kenapa tak bawa ke tengah, ke Mahkamah?

Bahaya pertubuhan haram seperti Pakatan Rakyat ialah, mereka menipu dan mengelirukan rakyat dengan janji-janji kosong pilihanraya.  Rakyat yang tertipu, tidak mampu membawa Pakatan Rakyat ke tengah bila janji tak bertunai  sebab ia tidak di daftarkan.

Demi kepentingan rakyat, ambillah tindakan kepada Pakatan Rakyat ini.  Tak boleh dibenarkan mereka terus menjual nama itu sehingga rakyat keliru kerana menyangka mereka setaraf dengan BN.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat langsung tak sama dengan BN, bertanding pun atas tiket parti masing-masing.  Bila berlaku keadaan seperti di Selangor sekarang, dah semua tak tahu nak buat apa, itulah jadinya negeri semaju Selangor tapi ditadbir Menteri Besar bebas dan dibantu 4 Exco PAS.

Haru tak haru, hasil dari berkomponen yang didaftarkan dengan air liur semata-mata.

Selepas orang yang menipu guna nama Pakatan Rakyat ini diambil tindakan, langkah seterusnya ialah menyasarkan pertubuhan-pertubuhan haram yang lain seperti Bersih, Negara-Ku, Royalti, ANAK, Suaram dan sebagainya.  Semua ini perlu dibenteras dari terus menerus menipu rakyat.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

8 thoughts on “PPS: Ambil Tindakan Kepada Semua Pertubuhan Haram

  • August 27, 2014 at 2:18 PM
    Permalink

    Mohon zahid hamidi tegas ….dan menghapuskan barua barua barat ini dari mukabumi Malaysia

    Reply
  • August 27, 2014 at 2:29 PM
    Permalink

    Gambar mereka tu tak memakai topi pun, kenapa?
    Adakah kerana mereka nak sembunyikan lambang ‘bintang lima’ yg dikembalikan semangatnya dalam usaha kaum imigran itu merampas negara ini melalui gerakan sedemikian?
    Jangan pandang ringan gerakan kaum imigran ini.
    Dari sejak sebelum Merdeka lagi mereka dah ada hasrat mahukan negara ini (ketika itu Tanah Melayu) jadi negara mereka dgn mengenepikan orang Melayu dan agama Islam.
    Ingat itu.
    Beringat sebelum kena, berdikit sebelum habis.

    Reply
  • August 27, 2014 at 4:05 PM
    Permalink

    tangkap saja siapa yg berlagak mcm polis

    Reply
  • August 27, 2014 at 5:18 PM
    Permalink

    Itu adalah gambaran negara jika pakatan haram memerintah…..semua taiko benak pakatan haram akan membentuk polis peribadi mereka sendiri….jadi macam filipina.
    DAP dengan PPS, PAS dengan unit amal, PKR dengan gangsternya…punah negara ni.

    Reply
  • August 27, 2014 at 5:55 PM
    Permalink

    bagi aku
    KERAJAAN PUSAT TETAP TERLAMBAT AMBIL TINDAKAN
    buta ke?
    tuli ke?
    selama ini kerajaan pusat tak tahu ke?
    selama ini polis rabun ke?
    Tak cukup ke RUKUN TETANGGA
    Tak cukup ke RELA
    kerajaan pusat membiarkan Guang Eng menubuhkan ‘perisai’ dan’ tentera sendiri’
    apa kah sekarang kerajaan pusat baru sedar itu adalah pertubuhan yg tidak berdaftar
    cukup-cukuplah
    Malaysia sememang dalam bahaya baik disempadan dan dalam negeri
    hasil dari kelembapan dan kura-kura pegawai yg diamanahkan
    SALAH KE CAKAP AKU?

    Reply
  • August 29, 2014 at 9:31 PM
    Permalink

    Baru tonton LGN berpidato macam negara d landa darurat. Beliau pertahankn PPS tidak haram. Sekadar tanye betol kah tuduhan KPN PPS haram? Tengok cara LGN betol2 marah. Akibat dah d katakan haram kerajaan perlu pertahan kn kalau tidak kerajaan tanggong malu. Pidato LGN ni sgt serious d ambil tindakan kalau PPS betol2 haram kerana seperti mencabar DPAgong juga.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.