Dilema Istana Selangor: Pilihan Raya Negeri atau Tunduk Kepada Anwar Ibrahim

Editorial MYKMU.NET

azmin azizah1Krisis pelantikan Menteri Besar Selangor mungkin berlarutan beberapa minggu lagi berikutan kenyataan tegas Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang hanya akan mencalonkan satu nama sahaja iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hanya Parti Islam Se-Malaysia dikatakan akur akan menghantar dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan titah Tuanku Sultan Selangor supaya parti-parti PAS, DAP dan PKR yang membentuk ikatan longgar di bawah nama Pakatan Rakyat memberi dua nama kepada baginda.

PKR dan DAP memilih jalan untuk derhaka dengan permintaan Sultan kerana mereka berpendapat Tuanku tidak boleh masuk campur langsung dalam pemilihan Menteri Besar. Mereka juga percaya bahawa Tuanku enggan memperkenan Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebab itu baginda meminta pilihan nama lain.

PKR dan DAP juga tiada pilihan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Wan Azizah menjadi Menteri Besar. Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin Ali menjadi Menteri Besar. Anwar dan DAP tidak mahu Azmin kerana mereka sukar mengawal tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa ini sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan liwat.

Anwar dan DAP mahukan seorang calon yang setia kepada Anwar Ibrahim bagi memudahkan pergerakan Pakatan Rakyat. Azmin mungkin setia kepada Anwar, namun ia boleh berubah jika Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Jika Azmin bukan Wan Azizah

Berdasarkan kenyataan Pas semalam, sekiranya mereka tidak membuat U Turn lagi, Tuanku boleh memilih nama Azmin Ali sebagai Menteri Besar. Namun hampir pasti Azmin Ali tidak akan menerimanya. Ini akan menimbulkan satu lagi keributan dan menjejaskan imej istana Selangor.

Sekiranya Pas memberi nama lain, dan calon tersebut diperkenan Tuanku, ia masih terdedah kepada undi tidak percaya daripada PKR, DAP dan dua ADUN Pas yang belot dari parti tersebut. Malah beberapa Adun Pas yang lain seperti Dr Rani Osman juga mungkin akan menyokong usul tersebut.

Jika ini berlaku, krisis kepimpinan negeri akan berlanjutan lagi dan memberi implikasi yang tidak baik bukan sahaja kepada negeri Selangor, tetapi juga imej institusi kesultanan. Baginda akan dilihat tidak bijak dan menimbang dengan teliti sebelum melantik Menteri Besar baru.

Wan Azizah Sebagai Menteri Besar

Menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar sepatutnya bukan lagi satu pilihan kepada Tuanku Sultan. Pendedahan Pas bahawa Sultan Selangor tidak mahu Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya jalan mati untuk Presiden PKR tersebut.

Bagaimanakah Sultan mahu memperkenankan Wan Azizah setelah seluruh rakyat jelata tahu baginda tidak merestui pencalonan Wan Azizah? Jika dilantik juga, ia akan menunjukkan institusi kesultanan Selangor sudah hilang daulat dan martabat sehingga terpaksa tunduk kepada ugutan Anwar Ibrahim dan DAP.

Jika UMNO boleh menerima penolakan Sultan Terengganu ke atas Datuk Seri Idris Jusoh dan Raja Perlis ke atas Datuk Seri Shahidan Kassim, dimanakah maruah Sultan Selangor jika terpaksa tunduk kepada Anwar Ibrahim dan DAP?

Justeru Tuanku Sultan Selangor tiada pilihan kecuali memanggil satu pilihan raya negeri jika pakatan masih berdegil mahukan Wan Azizah.

Bolehkah Pilihan Raya Negeri Diadakan?

Beberapa media melaporkan tidak akan ada pilihan raya negeri Selangor memandangkan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar surat perletakan jawatan semalam. Laporan ini mungkin berdasarkan anggapan perletakan jawatan Khalid telah menyelesaikan krisis politik Selangor dan tiada keperluan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Sudah tentu andaian ini tidak tepat sama sekali memandangkan PKR dan DAP enggan tunduk kepada titah Tuanku Sultan Selangor yang mahukan lebih dari satu nama untuk calon Menteri Besar.

dewan-dun-selangorAda juga beranggapan, dengan perletakan jawatan Kahlid Ibrahim, Tuanku tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor lagi kerana Perkara LV (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959, hanya memberi kuasa budi bicara mutlak kepada Sultan untuk memberi perkenan atau tidak di dalam permintaan oleh Menteri Besar bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri, bukannya dengan sendiri membubarkan DUN tanpa permohonan Menteri Besar.

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh bertindak menurut budi bicara Baginda pada melaksanakan fungsi-fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi-fungsi yang pada melaksanakannya Baginda boleh bertindak menurut budi bicara Baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu –

a) Pelantikan Menteri Besar;

b) Keengganan untuk memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Negeri

Dengan kata lain, Tuanku tidak boleh membubarkan DUN dengan sendirinya kecuali dipohon oleh Menteri Besar. Oleh kerana Khalid telah umum meletak jawatan, maka tidak akan ada permohonan untuk membubarkan Dewan.

Namun anggapan ini salah kerana Tuanku telah memaklumkan Khalid masih Menteri Besar Selangor sehingga baginda memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru. Ini bermakna Khalid berkuasa dan berhak memohon pembubaran DUN jika isu ini tidak diselesaikan.

Malah, sekiranya Khalid enggan memohon pembubaran, bekas profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan calon PKR Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya lalu, Dr Aziz Bari berpendapat, Tuanku boleh membubarkan DUN secara sendirian berdasarkan kuasa budi bicara beliau.

Justeru pada hemat penulis, sungguhpun PRN ini tidak menguntungkan Barisan Nasional, namun ia merupakan pilihan terbaik Tuanku Sultan demi menjaga kedaulatan institusi kesultanan Selangor.

24 thoughts on “Dilema Istana Selangor: Pilihan Raya Negeri atau Tunduk Kepada Anwar Ibrahim

  • August 27, 2014 at 3:41 PM
    Permalink

    Memang celakalah PKR dan DAP sengaja nak membuat kan rakyat benci pada Sultan dan institusi kesulatanan Melayu ….inilah kerja mereka nak menghuru harakan negara..

    Reply
  • August 27, 2014 at 3:47 PM
    Permalink

    Sudahlah umno..pi sibuk dgn negeri umno cukuplah…!

    Reply
  • August 27, 2014 at 3:48 PM
    Permalink

    tuanku sultan masih terua boleh melanjutkan tempoh tski jika tiada kesepakatan dr PR terhadap titah baginda sultan dan ini menjadikan lebih serba salah bg satu jangka masa yg lebih lama.. jangka masa yg lbh lama akan membuat anwar hilang peluang utk mengautkan karung mbi krn pilihanraya pru14 juga akan semakin hampir.. jika keadaan ini berlaku ia sedikit sebyk menguntung umno krn umno masih punya waktu utk merangka strategi yg lbh baik. kunci kpd penyelesaian ada ditgn pas ketika ini dan tindak tanduk pas spt diketahui ramai akan sentiasa umpama pantai yg dilambung ombak. Jika pas akhirnya menerima lamaran anwar yg pastinya menawarkan pelbagai imbuhan, kemungkinan utk pas uturn utk kesekian kalinya pasti ada dan lebih besar lg kemungkinannya. Kebarangkalian ini mungkin terjadi krn ajk pas pusat rata2 adalah pihak yg menyokong anwar. mrk2 ini bkn tak mahu.keluar dr pas, jk mrk keluar.. mrk mungkin tiada tempat sebagaimana mrk duduk dlm pas. pas masih lagi syurga bahagia bg puak2 anwarinas krn pemimpin pas rata2 lbh mudah utk dicucuk hidung berbanding dlm pkr, dap sudah pasti tdk akan melayan mrk slps mrk keluar pas krn tiada kepentingan lagi… itu perangai biasa puak dap. so.. langkah istana yg baru bermula pasti akan mencatat sejarah yg tersendiri krn dlm hal ini sultan dilihat hanya disokong dr belakang oleh kerajaan pusat, dan pihak istana mungkin perlu bekerja lbh keras selepas ini twrmasuk membuat sidang media bg meredakan ketegangan yg pasti timbul selepas ini, dan yg pasti perompak keamanan dan keharmonian kaum ini adalah anwar ibrahim. apakah tiada cara bg menamatkan hayat politik anwar?? atau mungkinkah inilah caranya..wallahu taalaaklam

    Reply
  • August 27, 2014 at 3:48 PM
    Permalink

    Ada huru hara kah?? Siapa yg byk bagi IC kpd PATI di Sabah?????

    Reply
  • August 27, 2014 at 3:48 PM
    Permalink

    So TSKI skg jadi MB mewakili parti…errrr?? errr…???? parti apa ya???

    Reply
  • August 27, 2014 at 4:01 PM
    Permalink

    perkenaan jijah kipas jadi MB dah laaa…. abis citer tak payah prolong… dah dapat sokongan majoriti dah laa… adoiiii

    Reply
  • August 27, 2014 at 4:02 PM
    Permalink

    perletakan jawatan khalid tidak berkuatkuasa selagi Sultan tidak memperkenankan perletakan jawatan beliau dengan mata lain Khalid masih MB, samada beliau mewakili parti atau tidak itu bukan persoalan selagi ianya SAH di sisi undang2.

    Reply
  • August 27, 2014 at 4:06 PM
    Permalink

    pas pasti akan mengambil kesempatan dgn menamakan calon dr parti mereka dan sekiranya ini berlaku saya percaya Sultan akan perkenan calon ketiga tu.

    Reply
  • August 27, 2014 at 4:10 PM
    Permalink

    mooo,

    topik sekarang iyalah tentang institusi beraja di Selangor dan masalah perlantikkan menteri besar, bukan perihal sabah. lagi pun jika mahu masukan hal sabah yg konon byk pati yg dpt ic kemuka bukti dulu jgn buat tuduhan liar.
    Selangor memang masih aman belum huru hara sbb kami rakyat malaysia yg bijak berpendidikan dan sederhana. tapi rakyat selangor makin gusar dan tidak selesa dgn pertelingkahan berpanjangan ini. Selangor bukan milik PR dan kami mahu anak jati selangor yg jadi menteri besar. Faham x? Awak tu anak selangor ke? kalau tidak jgn busybody!

    Reply
  • August 27, 2014 at 4:47 PM
    Permalink

    Gantung je dun sampai ge 14.
    Tak perlu pun pru… Tski jadi caretaker….
    Dun pun dalam keadaan tergantung.

    Reply
  • August 27, 2014 at 4:56 PM
    Permalink

    sudah la mooo…jgn sibuk hal selangor…ko tu anak selangor ke????

    Reply
  • August 27, 2014 at 5:04 PM
    Permalink

    sah ke akuan sumpah tu moo???kata dlm islam xde sumpah2 nie…adui penin la..

    Reply
  • August 27, 2014 at 5:26 PM
    Permalink

    Dalam hal ni aku sokong tindakan Tuanku. Takkan kita nak lantik Penasihat yg. kita dan majoriti ahli kita tak percaya…. Rakyat s’gor tak setuju Wan Azizah jadi MB. Sultan tanggung amanah untuk lantik MB.

    Reply
  • August 27, 2014 at 6:05 PM
    Permalink

    Kenapa moo tidak sehaluan dengan bujuk

    Reply
  • August 27, 2014 at 6:36 PM
    Permalink

    moooo…..anak didik P Ramasamy, so mentality dia lain sikit….hangpa jangan hairan.

    Reply
  • August 27, 2014 at 6:50 PM
    Permalink

    hey mooo ….. lu tuduh jangan iku sedap mulut …

    Reply
  • August 27, 2014 at 7:04 PM
    Permalink

    Aku ingatlah, ANWAR ni kena simpan kat Sg Buloh dulu apa apa hal. Dialah yang sebenarnya yang biang keladi. Dah sengap dalam tu, baru kita cerita apa nak buat kat Selangor ni. Kalau tidak mcam ni lah tak habeh habeh nak ikut kepala dia, kita pon semua dari Sultan sampai ke tukang sapu
    longkang pon pening nak layan orang mabok kuasa ni..

    Reply
  • August 27, 2014 at 8:39 PM
    Permalink

    Tuanku boleh buat dek aje. Minta Khalid Ibrahim pegang jawatan ..until further notice…

    Reply
  • August 27, 2014 at 8:47 PM
    Permalink

    Mooo tu kita abaikan je la.
    Budak2 yg taksub dgn parti kelentong rakyat. Ckp apa pun dah tak leh terima.
    Info.. Tadak parti pun boleh jadi mb sebenarnya..
    Moo.. Bawak bertenang dan Mu fikir2 kan lah.. Bagaimana teruknya parti mu sokong..?
    Mcm mana nak jaga negara. Berani ke kasi org camni? Takut siot!! Hancur negara.

    Reply
  • August 27, 2014 at 10:17 PM
    Permalink

    kepada barua-barua anuar
    kau orang adalah barua YANG PATUT PUN DIPANGGIL BARUA HAPRAK
    barua tak sedar diuntung
    barua yg pada anuar adalah hamba badi yg tak bernilai 1 sen pun
    kau orang selain wan azizah adalah bodoh dan baghal
    sebab itu anwar tak yakin kauorang untuk jadi mb
    baik azmin atau rafizi dan bala-bala abdi
    semuanya bodoh bangang
    anwar tak test kau orang
    memang sah kauorang jenis burung kakak tua,
    jenis burung tiong
    tak pernah melawan
    tak pernah kata anwar salah
    sebab tu anwar yg memang pesalah..tahu tah
    bahawa korang semua abdi haprak yg tidak dapat bezakan batu dan permata
    sebab bodoh terlampau
    anwar tahu semua itu..sebab itu dari dia lantik si bodoh bangang
    lebih baik dia lantik isterinya yg kadang-kadang jeling dia buat anwar kecut juga…
    hi hi hi

    Reply
  • August 27, 2014 at 11:47 PM
    Permalink

    Daulat Tuanku…..Daulat Tuanku…..Daulat Tuanku…Daulat Tuanku…..Daulat Tuanku…..Daulat Tuanku…

    Reply
  • August 28, 2014 at 1:07 AM
    Permalink

    moo…pejuang rakyat sejati…..hahaha

    Reply
  • August 28, 2014 at 9:21 AM
    Permalink

    korang layan MOO , korang merendahkan tahap IQ korang setaraf dia . cuba fikir balik apa aku cakapkan ini .

    p/s:- bercakap dengan lembu lebih baik dari bercakap dgn moo. sekian.

    Reply
  • August 28, 2014 at 12:03 PM
    Permalink

    kami perlu kan pembangkang utk check n balance…tp kalo pembangkang mcm moo aduh sedih nye la aku…baik xpayah…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.