Pecat Khalid Ibrahim Tidak Ikut Peraturan, ROS Panggil PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memberi penjelasan mengenai aduan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti itu yang dikatakan tidak mengikut prosedur dan peraturan pertubuhan.

Pengerusi lembaga disiplin PKR Datuk Tan Kee Kwong mengesahkan kepada Malaysiakini.com bahawa beliau menerima surat daripada ROS yang meminta beliau hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk memberi penjelasan.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan secara khusus mengenai pemecatan Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos lalu.

“ROS memanggil parti itu berhubung dakwaan salahlaku lembaga disiplin dan pimpinan pusat,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 10 pagi esok di Putrajaya.

Khalid dalam aduannya kepada ROS selepas pemecatan dari parti mendakwa tindakan itu melanggar perlembagaan parti.

5 thoughts on “Pecat Khalid Ibrahim Tidak Ikut Peraturan, ROS Panggil PKR

  • August 20, 2014 at 2:37 PM
    Permalink

    Depa ingat Parti Bapak2 depa punyo kor????? ikut suka depa….

    Reply
  • August 20, 2014 at 4:01 PM
    Permalink

    Sape cakap tski akan menyerah dengan mudah, lawan tetap lawan.

    Reply
  • August 20, 2014 at 4:31 PM
    Permalink

    menang jadi arang’
    kalah jadi debu
    rakyat ternganga dan melopong
    tak sedar lagi ke?
    kroni, nepotisma, tamak, gila kuasa
    dan negeri dijadikan modal untuk selamatkan jangka hayat politik nuar n famili
    hoi rakyat Selangor
    bermaruahlah kamu semua!

    Reply
  • August 21, 2014 at 9:07 AM
    Permalink

    Sebagaimana biasa, ROS tidak akan berani mengambil apa-apa tindakan terhadap PKR. Setakat ini. tiada tindakan terhadap DAP, walaupun ROS telah menerima berbagai-bagai aduan daripada ahli-ahli DAP mengenai pemilihan dalam DAP dahulu.

    Tak usahlah ROS nak tunjuk-tunjuk seperti mengambil tindakan. Akhirnya habuk pun tarak !!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.