Palestin Diserang, Anwar Di Mana?

Oleh Nur Azlina Shaari

Hentaman yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan dan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak menyokong Israel perlu dikembalikan kepada pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit isu kekejaman Israel ke atas Palestin.

Ini kerana, dunia mengetahui, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh Israel yang melakukan serangan terhadap negara Islam, Palestin dan membunuh umat Islam negara itu sebagai usaha mempertahankan keselamatan negara Zionis.



Dari sehari ke sehari, angka kematian umat Islam Palestin semakin meningkat dan keadaan ini benar-benar memberikan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam kepada umat Islam di negara lain termasuk Malaysia. Ramai pemimpin negara lain meluahkan rasa kesal di atas tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan.

Malah, pemimpin-pemimpin Malaysia juga mengutuk tindakan Israel yang nyatanya memberikan sokongan supaya sifat kejam mereka dihentikan. Dalam isu ini, para pemimpin pembangkang sibuk mahukan pemimpin Islam di negara ini terutamanya dari barisan kerajaan agar lantang bersuara kepada dunia tidak memberikan sokongan kepada Israel. Persoalannya, dimanakah kedudukan pemimpin mereka, Anwar yang merupakan pemimpin Islam dalam isu Palestin ditindas oleh Israel?

Sejak berita dan laporan mengenai Palestin dibedil setiap hari, sehingga kini, Anwar masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan sokongan kepada negara Palestin. Justeru itu, mengapakah pemimpin pembangkang tidak langsung menegur dan menggesa Anwar untuk berbuat demikian?

Anwar selama ini cukup terkenal sebagai individu yang bijak berbicara mengenai Islam apatah lagi bercerita mengenai kegemilangan zaman Islam. Tetapi, apabila isu Palestin, beliau hanya mendiamkan diri dan tidak menyokong mana-mana pemimpin Islam yang sebaris mengutuk Israel. Tidakkah ia menimbulkan rasa pelik mengenai isu ini.

Kerajaan sentiasa berfikiran telus untuk membantu negara Palestin dan sentiasa positif mewujudkan tabung bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Ia termasuklah dari segi bantuan kewangan, makanan juga bantuan perubatan. Dilaporkan juga Biro Kebajikan UMNO akan bergerak ke Gaza pada esok hari dalam misi kemanusiaan membantu Palestin.

Untuk itu, dimanakah sumbangan para pemimpin pembangkang untuk membantu Palestin selain dari hanya pandai bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan? Nampaknya, Anwar perlu ‘dibasuh’ oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkan sendiri agar sedar mengenai isu Palestin.

Yang pasti, sebagai rakyat Malaysia yang masih lagi waras dan beriman kepada Tuhan yang satu, sama-samalah kita berdoa agar perjuangan umat Islam di Palestin akan terbela satu hari nanti. Sama ada ekonomi Israel tumbang ataupun tidak dengan boikot kita, itu bukanlah kayu ukurannya yang paling besar. Tetapi yakinlah bahawa usaha kita walaupun sedikit sudah pasti ada kebaikannya.

9 thoughts on “Palestin Diserang, Anwar Di Mana?

  • August 4, 2014 at 2:30 PM
    Permalink

    jangan kacau dia..dia tengah bz sbb nak siapkan bini jd MB tu…

    Reply
  • August 4, 2014 at 2:57 PM
    Permalink

    Dia komen lebih pasal yahudi nanti dana kena tahan plak.

    Reply
  • August 4, 2014 at 4:33 PM
    Permalink

    Mana lagi..tengah menyembah yahudi utk jawatan MB bini dia la…..
    Membisu tanda suka…..

    Reply
  • August 4, 2014 at 4:54 PM
    Permalink

    Tak de makne nya utk dia bercakap pasal palestin bukan dapat apa pun. Kempen utk bini dia jadi mb ok. Bila bini dia jadi mb selangor dia di kajang bolih la buat usahasama dgn jab penjara banduan bolih cuci kawasan pej mb.

    Reply
  • August 4, 2014 at 6:19 PM
    Permalink

    musibat barua zionis(anwar) itu marah sebab bendera israel dipijak

    Reply
  • August 4, 2014 at 7:55 PM
    Permalink

    Tentera yahudi pengecut hanya berani mengganas dan membunuh orang yang lemah dan tiada keupayaan untuk melawan…bangsa laknat pengecut..!!!..

    Reply
  • August 5, 2014 at 10:06 AM
    Permalink

    Aku sibuklahhhh…Bini aku nak jadi Mb …..biak piiiieee laaa Palastin dulu…

    Reply
  • August 5, 2014 at 11:04 AM
    Permalink

    Aku hairan pembangkang senyap ruyup dalam hal palastine, kat dataran hari tu masa perhimpunan menyokong palastine, aku tak nampak pun bendera PAS……sedangkan dulu bila kes gambar ” hutan “elizbeth wong goes viral….ramai sangat muslimah PAS yang berduyun-duyun pi peluk elizbeth tanda sokongan.

    Palastine depa tak sokong ke ??

    Reply
  • August 6, 2014 at 5:11 PM
    Permalink

    Depa dalam PAS mungkin dapat arahan dari Yahudi, jangan bela Palestine!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.