Najib & Mahathir: Pakatan Ambil Kesempatan Bukan Ada Sebab Lain

najib_mahathir

PEMBANGKANG sebenarnya sedang tertekan sekarang, terutama krisis kepimpinan yang berlaku di Selangor.  Buta hati Anwar mahu bininya jadi MB sebelum dia masuk penjara telah menyebabkan kerajaan Selangor berada pada satu keadaan yang paling unik – MB bebas, ahli exconya PAS.

Tak pernah berlaku dalam sejarah macam ini, hanya semasa Selangor dibawah pembangkang.

Maka tidak hairanlah bila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad  luah rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka media Pakatan macam beruk dapat cincin dengan mengambil kesempatan di atas kenyataan tersebut untuk mencemuh kepimpinan Najib.

Dari cara ia disensasikan, terlupalah sekejap bahawa orang-orang ini dari zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, sampailah sekarang, duduk dalam parti pembangkang.

Persoalan yang perlu ditanya semula, adakah pembangkang benar-benar menyokong Mahathir dalam soal ini?  Penulis tidak rasa pembangkang menyokong Mahathir pun kerana antara isu yang Mahathir pertikaikan ialah dasar-dasar yang selama ini pembangkang juga mahu hapuskan seperti ISA, hukum buang daerah dan sebagainya.

Mahathir banyak kali cakap pasal Anwar pun, adakah pembangkang sokong beliau pada ketika itu?  Jawapannya seperti yang semua orang tahu – tidak.

Jadi, sokongan pembangkang terhadap kenyataan Mahathir kali ini, terutama oleh pemimpin-pemimpin DAP, hanyalah percubaan untuk menangguk di air yang keruh.  Tidak ada sekelumit pun rasa hormat mereka terhadap Mahathir dan niatnya hanya nak tengok UMNO berpecah belah.

Lagipun, UMNO makin kuat di bawah pentadbiran Najib.  Dari 78 kerusi pada 2008, UMNO meningkatkan jumlah kerusinya kepada 88 pada 2013.  Yang menjadikan keseluruhan prestasi BN lebih merosot dari 2008 ialah kerana prestasi merudum parti-parti komponen, terutama yang berkait rapat dengan kaum cina, bukan UMNO.

Tambahan kepada itu, BN tidak diberkati dengan menang percuma 8 kerusi parlimen seperti yang berlaku pada 2008 selain pembangkang kali ini lebih bersatu padu.  Melainkan 1 kerusi parlimen dan 5 kerusi DUN, kesemua kerusi-kerusi lain adalah perlawanan head to head pembangkang dengan BN – satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sebab itu pembangkang melihat keperluan untuk menjatuhkan Najib dan kenyataan Mahathir ini adalah peluang yang dinanti.  Apatah lagi mereka sendiri sedang berhadapan dengan masalah besar dan memerlukan divertion yang kuat untuk mengalihkan perhatian rakyat dari masalah dalaman mereka sendiri.

Justeru, penulis suka nak jelaskan disini, promosi dan sokongan yang diberikan media pro pembangkang terhadap kenyataan Mahathir tersebut bukanlah sama sekali bermaksud mereka bersetuju dengan bekas Perdana Menteri itu atau utamakan kepentingan negara, tapi sekadar nak keruhkan apa yang jernih sahaja.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

6 thoughts on “Najib & Mahathir: Pakatan Ambil Kesempatan Bukan Ada Sebab Lain

  • August 25, 2014 at 10:45 AM
    Permalink

    Sokong kenyataan Tun M olih pembangkang@DAPigs …..hahahaha..ada Udang sebalik Mee…

    Reply
  • August 25, 2014 at 10:51 AM
    Permalink

    ….musuh tun m cara sopannya adalab cinabeng tu….cuma mereka bijak memperkuda melayu2 tu jadi proxy mrk……l

    Reply
  • August 25, 2014 at 12:17 PM
    Permalink

    Biasa lah, sokong bawa rebah, macamtu juga umno sokong tski jd Mb,

    Reply
  • August 25, 2014 at 1:06 PM
    Permalink

    Syaitan itulah kerja dia, saja jadi batu api

    Reply
  • August 26, 2014 at 9:13 AM
    Permalink

    Teguran membina Dr M sesekali amat perlu. Mana kelenahan DSN perlu diperbetulkan lah. Kalau rakyat menjerit sampai PRU14 mmg dah terlambat.

    Reply
  • August 26, 2014 at 11:29 AM
    Permalink

    BODOH PUNYA PEMBANGKANG.salah sendiri tak nampak ker????daripada sebuk mencemuh pemerintahan najib lebih baik mencemuh pemerintahan KETUM (anwar )buruk,teruk dan kotor.ntah hapa hapa ntah.nuar ni sebuk nak rampas kuasa menteri besar.huru hara selangor dibuatnya.ini jer ker pemimpin yg pr ada???

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.