Khalid Ibrahim Tipu Tuanku Untuk Kekal MB?

Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Memteri Besar buat masa ini sehingga perkembangan terbaru dimaklumkan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Khalid menyatakan Tuanku bertanya kepada beliau sama ada masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.

Menteri Besar yang dipecat PKR sabtu lalu memaklumkan kepada baginda bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti ADUN Selangor.

Berdasarkan maklumat Khalid ini Tuanku mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar.

Namun wujud tanda tanya bagaimana Khalid boleh mendapat kesimpulan beliau masih mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN Selangor?

PKR telah memecat beliau ini bermakna beliau kehilangan sokongan daripada 13 ADUN PKR lain. DAP menetapkan 15 Adun mereka tidak lagi menyokong Khalid.

Ini bermakna 28 ADUN Selangor tidak lagi menyokong Khalid sekaligus bermakna Menteri besar tersebut kehilangan majoriti DUN sebanyak 56 kerusi itu.

Manakala ADUN-ADUN Barisan Nasional yang merangkumi 12 kerusi tidak pernah menyokong Khalid secara terbuka.

Malahan beberapa ADUN BN Selangor yang dihubungi menyatakan mereka tidak menandatangani sebarang dokumen menyokong Khalid kekal sebagai MB.

Jadi Khalid hanya mempunyai 15 kerusi Pas dan 1 kerusi beliau sendiri. Ini bermakna Khalid hanya mempunyai 16 kerusi.

Justeru, bagaimana beliau mendakwa kepada Tuanku bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti ADUN?

IMG-20140811-WA0052

10 thoughts on “Khalid Ibrahim Tipu Tuanku Untuk Kekal MB?

  • August 11, 2014 at 3:30 PM
    Permalink

    Lantak dia laa ..sape suruh undi PR jadi pemerintah sedangkan dah dibagitau daripada dahulu mainan Anuar dan DAP..so nasib laa

    Reply
  • August 11, 2014 at 3:33 PM
    Permalink

    Tuanku perlu melakukan apa yg Allahyarham Sultan Azlan lakukan panggil semua adun yang diyakini memberi sokongan majoriti dalam dewan..sultan Selangor perlu menyiasat dahulu.bukannya mempercayai bulat bulat kata pembelit khalid ibrahim….

    Reply
  • August 11, 2014 at 3:43 PM
    Permalink

    kot ada perjanjian sulit di belakang..huhuhu..

    Reply
  • August 11, 2014 at 3:46 PM
    Permalink

    Kita tunggu perkembangan seterusnya. Aksi sumbang pr belum sampai klimaks lg. Dh dekat sampaitapi tski dok control dayungan. Nampaknya anwar yg terair dulu.

    Reply
  • August 11, 2014 at 3:49 PM
    Permalink

    selangor tak sama macam perak.. sebarang keputusan sokongan majoriti diambil daripada sidang dun sahaja. Sidang dun hanya berlansung bulan september nanti.. sehingga ke tarikh itu majoriti yg dimaksudkan diambil dari sidang dun terakhir . Dan jika mahu adakan sidang DUN khas, ia perlukan MB menasihati Sultan untuk memanggil sidang khas. Ia merupakan kuasa MB bukan speaker

    Reply
  • August 11, 2014 at 4:32 PM
    Permalink

    tak percaya buatlah undu tak percaya di dewan..apa susah..

    Reply
  • August 11, 2014 at 6:22 PM
    Permalink

    Saya sokong..undang tubuh negeri perak tak sama macam selangor..
    Saya org BN..tapi saya suka jika khalid terus menjawat jawatan sebagai MB kerana beiau dengan terang lebih mengutamakan rakyat berbanding pemimpin PKR yang lain..yang terbaru adalah isu air selangor dengan bakal terbinanya Langat 2 yg dapat selesaikan msalah yg berlarutan sejak sekian lama..Khalid banyak berjasa terhadap selangor dan partinya sendiri tapi anwar melihat dari segi lain..kekayaan selangor, mungkin mudah bagi dia untuk gunakan kekayaan negeri ini untuk politiknya jika ditadbir oleh BANTAL PELUK sendiri..

    Reply
  • August 11, 2014 at 6:35 PM
    Permalink

    Belakang tabir ada 10 mata berbincang dik, dari mula krisis . Atas kemungkinan 4 scenario dan tindakan susulan sebagai pertahanan dan respon.
    8 mata ada kuasa DUN dan mewakilli 4 faksi. 10 mata ni tak termasuk DAP dan PKR yang sokong Anwar.
    Ada 4 mata dun PKR sokong Khalid. Sekarang mungkin 6.
    Yang penting MB kena tunjuk secara tanda tangan bertulis sokongan untuk dia. Ni bukan kedai kopi dik main agak agak. Sultan tak bodoh .
    Tapi apa dik cakap ada betul juga, Bulan depan semua boleh bertukar, Tuhan jer yang tau. MB Khalid sekarang ada masa atur langkah bubar DUN.

    Reply
  • August 11, 2014 at 9:37 PM
    Permalink

    sebab Khalid x sebodoh nizar pegi jumpa sultan untuk bubarkan dun, bila cakap begitu sultan telah diberikan semula kuasa untuk samada perkenan bubar dun atau lantik mb baru jika tempoh mandat masih panjang, hal ini dah biasa terjadi di Canada dan Australia yang mengamalkan sistem Komanwel

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.