Khalid Ibrahim Mahu Kekal Bebas, Lega Lepaskan Tugas

khalid ibrahim di istana

SHAH ALAM: Sultan Selangor tangguh penerimaan peletakan jawatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) sehingga pelantikan MB baharu ditentukan, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut kenyataan akhbar yang ditandatangi oleh Dato Muhammad Munir Bani, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, titah Tuanku Sultan Selangor adalah selaras dengan Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Sementera itu, Sultan Selangor juga telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dari dua (2) nama bagi memudahkan proses penentuan calon Menteri Besar yang berkelayakan sebelum diberi perkenan untuk menjawat jawatan tersebut.

Sementara itu, Khalid ketika ditanya tentang kemungkinan dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Selangor, beliau menolak dengan alasan gembira melepaskan tugas sebagai Menteri Besar. Khalid juga memaklum bahawa beliau akan kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang yang berstatus bebas.

Dengan senario terkini, apakah rakyat Selangor bakal menyaksikan Khalid Ibrahim masih lagi berstatus Menteri Besar apabila Dewan Undangan Negeri Selangor bakal bersidang dijangka pada bulan November nanti lantas mewujudkan kemungkinan undi tidak percaya di sidang tersebut?

Atau pun, rakyat Selangor akan dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang baharu merangkap anak jati Selangor setelah Tuanku Sultan Selangor memberi perkenan kepada salah seorang dari calon-calon yang dikemukakan sebelum sidang DUN bersidang kembali pada November nanti?

Daulat Tuanku!

10 thoughts on “Khalid Ibrahim Mahu Kekal Bebas, Lega Lepaskan Tugas

  • August 26, 2014 at 5:46 PM
    Permalink

    Secara logiknya, bila Tuanku minta 3 nama itu bermakna jijah kipas dah kena reject oleh istana. Dua kemungkinan saje akan berlaku iaitu semua adun pakatan terpaksa menyokong MB pilihan Sultan (mungkin dr PAS) atau bubar DUN dan hadapi pilihanraya negeri.

    Reply
  • August 26, 2014 at 6:06 PM
    Permalink

    Khalid dah letak jawatan dan Sultan tangguhkan. Jadi nak buat apa lagi undi tak caya kat dun, pr kenala bg nama2 tambahan kpd Sultan utk dipertimbangkan. Yg penting secara tak langsung nama jijah dgn azmin dah kena rejek.

    Reply
  • August 26, 2014 at 7:18 PM
    Permalink

    TSKI akan lebih menghayati erti kemerdekaan . MERDEKA!!!

    Reply
  • August 26, 2014 at 7:25 PM
    Permalink

    tunggu apa lagi pkr, pas & dap hantar lah nama calon dari parti masing2 dengan kadar seberapa segera supaya Sultan dapat membuat penilian dengan secepat mungkin Sultan sudah bagi peluang bukan calon pkr saja yang layak calon pas & dap juga layak jangan lepaskan peluang rebut lah sekarang

    Daulat Tuanku !!!!

    Reply
  • August 26, 2014 at 7:58 PM
    Permalink

    Ramai lagi yang tak tidur lena…..kopi o pekat kat markas PAS kena rolling sampai pagi ni…hehe

    Reply
  • August 26, 2014 at 11:38 PM
    Permalink

    DYMM Sultan Memang seorang yang BIJAK……..Daulat Tuanku…Daulat Tuanku…Daulat Tuanku…

    Reply
  • August 26, 2014 at 11:51 PM
    Permalink

    Kpd Nurul baby n Azmin boboy kalau nk tau macam yg istana minta tu lah demokrasi .Semua diberi peluang untuk dipilih dan rakyaat ada pilihan.Bukan madam cara kalian “its my mother or nothing.”Itu kuku setan, atas sikit dari kuku besi.Nk merapu apa pasal demokrasi,perangai masing masing jauh tersasar dari perjuangan.Salah kah mereka yg maki hamun sumpah seranah kalian. Cakap begini tapi buat begitu, siap “slandering” lagi.Dari perkembangan semasa.peluang makin cerah dan luas untuk Nona Ku Azizah tersingkir from the race.X kan x faham .INI bukan Pematang Pauh

    Reply
  • August 27, 2014 at 12:05 AM
    Permalink

    Persoalan saya mahu ke pas hantar 2 calunnya?…bukan kah pas berkali2 kata tak mahu jawatan mb tu…atas semangat tahaluf siyasinya…tidak kah nanti dikutuk buat uturn bagi kali ke empatnya…tak malu ke?.

    Nah..kata lah pas memang kita semua sedia maklum mana tahu malunya..dihantar calunnya juga dan diperkenankan oleh sultan jadi mb…apa komprominya antara pas.pkr dan dap?

    Ada kah tanah2 sgor kemungkinan akan tergadai?…atau apa?..

    Reply
  • August 27, 2014 at 12:49 PM
    Permalink

    Kalau azizah layak jadi MB Selangor….maknanya 60% rakyaat Malaysia layak jadi MB Selangor…..hehe

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.