Jaga, Like Page Boleh Sebabkan Anda Didakwa!

NIBONG TEBAL – Kertas siasatan kes seorang pelajar tingkatan lima menekan butang ‘Like’ I Love Israel laman sosial Facebook telah dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu mengikut Akta Hasutan dan menyerahkan kepada KUP untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

“Kami telah rekodkan lima keterangan iaitu dua daripada guru sekolah berkenaan dan tiga daripada rakan pelajar itu…sama ada pelajar itu akan didakwa atau tidak bergantung kepada keputusan KUP,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Asisten Komisioner Shafien Mamat di sini hari ini.

Rabu lepas, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang ‘Like’ I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan warga sekolah itu.

Media juga melaporkan bahawa seorang guru dari sekolah sama turut mengkritik tindakan pelajar itu di akaun Facebook miliknya sehingga mengundang komen daripada pengguna lain yang mengecam termasuk mencadangkan pelajar itu dibakar.

Abdul Rahim berkata polis turut menyiasat berhubung ancaman yang didakwa diterima pelajar berkenaan. – Bernama

4 thoughts on “Jaga, Like Page Boleh Sebabkan Anda Didakwa!

  • August 15, 2014 at 11:04 PM
    Permalink

    hmmmm……aku rasa budak tu tak tau implicationnya, bebudak zaman sekarang nak memberontak, nak jadi rabel….kononnya cool kononya ada pendirian…..tapi study asyik tercorot.

    Lagi malang….budak melayu cepat je kena tindakan. Bukan melayu hina lah Islam, Sultan, Melayu….bagi je alasan facebook kena hack…semua selamat.

    Reply
  • August 16, 2014 at 11:45 AM
    Permalink

    Budak India rupanya……..suhakam pulak hari ni mempertahankan budak tu.

    Reply
  • August 16, 2014 at 2:54 PM
    Permalink

    Aku tngok ramai je yg like setan…
    letihlaaa gitu..nk kne selidik sorg2…

    Reply
  • August 17, 2014 at 7:57 AM
    Permalink

    RAP , bukan rabel , REBEL. rabel tu spesis RIBENA . lain maksud dah jadinya. hahaha….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.