Giliran Khalid Ibrahim Buat Pusingan U?

Selepas Pas membantu Anwar Ibrahim mengangkat nama Azmin Ali ke hadapan Tuanku Sultan Selangor, Khalid Ibrahim dijangka menghadap dan memohon Tuanku menerima Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Khalid Ibrahim dalam kenyataan media sebentar tadi jelas menyatakan beliau akan mohon menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan kedudukan Menteri Besar Selangor yang kini jelas telah hilang sokongan majoriti.

Kenyataan Khalid bahawa beliau menerima dengan terbuka keputusan Pas nyata sekali ia sesuatu yang telah diketahui dan dirancang dari awal.

Mustahil Khalid yang kononnya sedang berantakan menentang Anwar Ibrahim boleh menerima keputusan Pas dengan hati yang terbuka kecuali ia telah dirancang oleh Khalid, Pas dan Anwar Ibrahim sendiri.

KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2014

SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

33 thoughts on “Giliran Khalid Ibrahim Buat Pusingan U?

  • August 17, 2014 at 3:13 PM
    Permalink

    dah kata kalau pakatan jgn dok caya siapa pun

    Reply
  • August 17, 2014 at 3:17 PM
    Permalink

    Khalid bodo…pas bodo giler…basah kuyup depa ni dikencing Nwar..hehe
    Mintak2 le sultan tak perkenan untuk depa ni mengadap

    Reply
  • August 17, 2014 at 3:18 PM
    Permalink

    PAS U turn, Khalid U turn……khalid u turn sebab dia tak mahu musuh dia dalam PKR assmin jadi MB, kalau 2 nama tu dibawa mengadap sultan…aku rasa nama assmin mungkin di pilih…jadi sebelum ianya berlaku terpaksa khalid endorsed kak jijah seberang perai jadi MB selangor.

    Apa pun lantak pi la kat depa……Battle of the idiots bakal berakhir tak lama lagi. Casualties nya ialah rakyaat selangor.

    Reply
  • August 17, 2014 at 3:20 PM
    Permalink

    Hush ! apa dah kena kat hang mek ??

    Reply
  • August 17, 2014 at 3:21 PM
    Permalink

    Kesian khalid, harapkan sokong, rupanya sokong bawa rebah. Harapkan kawan, kawan makan kawan. Tikam belakang dan liwat meliwati adalah amalan pr.apa pun tahniah buat khalid kerana membuka mata sebahagian rakyat selangor betapa haru birunya pentadbiran pr dan ketidakupayaan pr untuk menjunjung inspirasi rakyat dan penyokong mereka.

    Reply
  • August 17, 2014 at 3:34 PM
    Permalink

    Alhamdulillah. Mek dh dapat pencerahan. Semoga terus ber istiqomah dgn pendirian baru anda ini.

    Reply
  • August 17, 2014 at 3:46 PM
    Permalink

    TSKI bukan buat U-turn. Tajuk ni tak sesuai la bro.
    Dia cuma akur keputusan dari PAS dan undang2 tuboh Selangor je. Ikut prosedor yg betul la.Dia hilang
    support dari Dewan jadi dia undur la. Senang gitu.
    jangan le tulis hentam keromo je. Ikut la prosedur yg betul

    Reply
  • August 17, 2014 at 3:56 PM
    Permalink

    pas kluk klek bubarkan dun saja abis cerita

    Reply
  • August 17, 2014 at 4:07 PM
    Permalink

    Ikut undang-undang tubuh… bagus bubarkan DUN… RM50 juta tak banyak jika dibandingkan dengan MBInc jatuh ke tangan Anwar…

    Reply
  • August 17, 2014 at 4:19 PM
    Permalink

    Bubarlah DUN Selangor jalan yang terbaik

    Reply
  • August 17, 2014 at 4:26 PM
    Permalink

    Sekarang

    15 PAS – 2 = 13
    DAP = 15
    PKR = 13
    43 = 41

    BEBAS = 1

    UMNO = 12

    56 = 54 = BUBAR

    Itu baru betul = berita = cerita politik

    Reply
  • August 17, 2014 at 4:43 PM
    Permalink

    ha3…korang semua kena tipu dgn game depa…

    Reply
  • August 17, 2014 at 4:57 PM
    Permalink

    UMNO masuk la. Kalau Sultan Perkenankan. Tapi Selangor ni mmg masalah beso, risiko tinggi. Hati-hati lah.

    Reply
  • August 17, 2014 at 5:24 PM
    Permalink

    Khalid mesti jaga kejantanan dia. Pilihan terbaik untuk puaskan hati semua orang, yang tendang terajang, yang jilat sebelom ini, yang sokong untuk dapat habuan dan yang buat buat sokong sebab tak mau dikatakan bengong harus minta restu sultan untuk bubar DUN itu sahaja..Dia lega, ali baba pun lega rakyat selangor pun akan lega…

    Reply
  • August 17, 2014 at 5:34 PM
    Permalink

    dah lah kebanyakkan peniaga melayu meng”alibaba”kan project mrk kat china, ini jawatan mb pun dia org letak patung gak? dap bertempik suka, mlm ni pasti ada pesta mabuk2 ngan “jambu2”, dikelolakan oleh dap kpd pemimpin melayu pkr dan pas.. tak tahu ler pulak kalau 7jahanam pas tu tak join?.. hadi oh hadi.. sejak dulu smpai skrg dok sama lagu gak.. kesian tgk pengundi BN diSgor.. buat2 byk bersabar bang, sbb ds najib sedang bekerja dibwh radar, agar jejak tapaknya tak kelihatan.

    Reply
  • August 17, 2014 at 6:58 PM
    Permalink

    Nampaknya rakyat Selangor seperti tangan kena ikat
    dan pistol diacu kat dahi
    terpaksa terima apa sahaja sampah politik dari kerja Anwar
    bilalah rakyat Selangor nak BERMARUAH!
    Daulat Tuanku!

    Reply
  • August 17, 2014 at 7:13 PM
    Permalink

    Insya’Allah Khalid Ibrahim akan bubar DUN Selangor…

    Reply
  • August 17, 2014 at 9:44 PM
    Permalink

    Raplah jingga

    Awat Khalid kisah lak assmin jadi MB? Dah sah2 dia dah kena pecat Dari PKR…..

    So biaq pi lah PKR pun…. Parti haram x berdaftar nak memuaskan nafsu nuor berahi

    Reply
  • August 17, 2014 at 10:12 PM
    Permalink

    apaa lagi….kasi bubar laa dun…mintak perkenan sultan…..nama yang taruk pon lebih kurang bang non junior jek……

    Reply
  • August 17, 2014 at 11:11 PM
    Permalink

    Rakyat selangor dan macai PR sebenarnya termalu tapi takkan nak tunjuk.Nyatalah UMNO paling hebat setakat ini.

    Reply
  • August 18, 2014 at 1:04 AM
    Permalink

    Akhirnya azmin jugak yg kena main depan belakang.. padan muka kau lah labu. Kononnya setia pada bang non dan akhirnya bang non tikam belakang. Bijak politik Wan Azizah dan Khalid nie

    Reply
  • August 18, 2014 at 1:05 AM
    Permalink

    Faekah jugak yang masuk angin keluar asap. Jawatan di MB Inc pun dah letak. alamat sampai matilah bujang trang trang tang.

    Reply
  • August 18, 2014 at 9:02 AM
    Permalink

    Ada hikmatnya zizah jadi mb. nanti hari-hari kena hentam, s’gor jadi dewan undangan negeri klinik pergigian mesti ada exco sebut tiap kali bersidang (atau zizah kena jawab,itu kena tanya suami saya. saya cuma ada nama mb je tapi suami saya yg buat keputusan.) kat luar ada laki sediakan agenda,dalam dewan kena jawab sendiri lo. senang pembangkang dewan undangan negeri s’gor hentam dia sampai sakit jiwa. laki lantik bini mana poi ei reformasi, tentang croni,nepotisma blah blah blah, ni dah kena ludah air ludah sendiri….

    Reply
  • August 18, 2014 at 9:14 AM
    Permalink

    UMNO tak perlu terlibat sama dalam Filem bajet murah ini . baik umno duduk dengan rakyat , jadi penonton shj . kuasa Umno selangor bukan kukuh pun . 12 kerusi itu pun bergoyang2 dan ada yang dah mereput dimakan anai2. ini hakikat .

    Reply
  • August 18, 2014 at 9:49 AM
    Permalink

    Aku mengharapkan agar wakil PAS yg jadi MB tapi hampeh…tolak PKR tolak DAP…Anwar gila kuasa…parti yg mementingkan ahli keluarga sendiri…bodo punya Anwar…

    Reply
  • August 18, 2014 at 9:50 AM
    Permalink

    Dahlah perniagaan di ali-babakan, jawatan MB pun kena ali-baba juga. Kalau masyarakat Melayu dan Islam Selangor tidak sedar lagi, mungkin juga jawatan MB akan di “ali-babi” kan !!!

    Kita mendoakan kebijaksanaan DYMM Sultan untuk mengambil tindakan bijak demi kepentingan seluruh masyarakat Selangor. Amin !!!

    Reply
  • August 18, 2014 at 11:07 AM
    Permalink

    Bubar dun.dah tak releavant kerajaan ini.krisis macam macam kat selangor.baik bubar dun.buat apa ada kerajaan yg menyusahkan rakyat.

    Reply
  • August 18, 2014 at 6:23 PM
    Permalink

    Inilah bangsa yg merosakkan bangsa sendiri.melayu.melayu

    Reply
  • August 18, 2014 at 6:24 PM
    Permalink

    Siapa yg untung.pk pk kan lab.melayu melayu

    Reply
  • September 3, 2014 at 9:41 PM
    Permalink

    Nampak nya akan ada sebuah berhala yg diletakkan diatas singahsana mb selangor dan penganut pr akan menyembah dan mendewakan nya setiap masa.. Wan azizah telah kita sedia maklum tidak punya ketokohan sebagai pemimpin, tapi kenapa dia diangkat dan dijulang utk dijadikan pemimpin, inilah keadaan bila dah akhir zaman org bodoh dijadikan pemimpin.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.