Bertaubatlah Khalid Ibrahim – Teng Chang Kim

ADUN Sungai Pinang dan bekas EXCO Selangor, Teng Chang Kim, menggesa MMenteri Besar Selangor itu bertaubat.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut antara ADUN Pakatan Rakyat yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, mengakui tidak banyak perkara dapat dilakukan untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim pada masa ini.

Bagaimanapun Teng mendesak Khalid meletakkan jawatan kerana percaya ADUN Pelabuhan Klang itu masih dapat menebus dirinya di mata Pakatan Rakyat.

“Saya nak kata kepada Khalid, bertaubatlah, bertaubatlah.

“Jika beliau teruskan selepas ini, beliau sudah tidak boleh diselamatkan,” kata beliau.

Bercakap kepada portal Malaysiakini.com, Teng berkata berkata beliau dan rakan Pakatan Rakyat di Selangor mungkin mencadangkan pindaan untuk menghadkan kuasa menteri besar pada masa akan datang bagi mengelak kejadian seperti ini berulang.

“Biar kami selesaikan isu sekarang dahulu.

“Selepas itu kita patut mula memikirkan untuk membuat pindaan agar tidak tersekat dengan situasi hanya memberikan seorang individu kuasa penuh,” kata beliau dalam sidang media di lobi Bangunan SUK hari ini.

Teng yang juga pernah menjadi Speaker DUN pada penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 berkata, kuasa untuk memanggil sidang DUN tergempar hanya ada pada Khalid dan bukannya speaker.

18 thoughts on “Bertaubatlah Khalid Ibrahim – Teng Chang Kim

  • August 14, 2014 at 11:31 PM
    Permalink

    lawak betul la mereka ni, pelik dlm pakatan yg kafir suka sgt suruh yg islam bertaubat. dulu karpal suruh anwar bertaubat, skrg teng plak suruh khalid bertaubat,

    Reply
  • August 14, 2014 at 11:32 PM
    Permalink

    …yg kene bertaubat org2 PKR dan PAS..

    Reply
  • August 14, 2014 at 11:38 PM
    Permalink

    Nak mampos la tu. Dulu karpal suh nuar tobat.

    Reply
  • August 14, 2014 at 11:42 PM
    Permalink

    taubat pehal plak…..sukati dia laa nak wat apa pon….x kan nak bagi camtu jek….

    Reply
  • August 14, 2014 at 11:55 PM
    Permalink

    Kau ingat Khalid Ibrahim nak dengar cakap kau wahai Teng Chang Kim!!!

    Padan muka korang la, dulu hangpa puja Khalid Ibrahim bagai nak gila!!!

    La ni, bila parti PKR menyingkirkan Khalid Ibrahim tanpa apa2 pembelaan dari puak DAP, maka sudah pasti Khalid Ibrahim akan MENIKAM org2 yg membelot kepercayaan yg diberikan oleh Khalid Ibrahim!!!

    HAHAHAHAHA, lantak kaulah DAP!!!

    Reply
  • August 15, 2014 at 12:10 AM
    Permalink

    “Selepas itu kita patut mula memikirkan untuk membuat pindaan agar tidak tersekat dengan situasi hanya memberikan seorang individu kuasa penuh,” kata beliau . Itu sudah lebih jangan nak pertikaikan kuasa Sultan. Ini lah ajenda pakatan ultra kiusu yg dah mula nak menjajah Malaysia bersatulah wahai Melayu.Berdoa muga ALLAH selamatkan bumi Malaysia dari segala ancaman musuh Islam.Amin..

    Reply
  • August 15, 2014 at 12:37 AM
    Permalink

    patutnya yang mencetuskan huru hara itulah yang disuruh bertaubat,……..

    Reply
  • August 15, 2014 at 1:08 AM
    Permalink

    Elok juga Khalid ibrahim bertaubat. Kembali ke pangkal jalan. Jangan jadi anjing kepada Anuwar dan DAP

    Reply
  • August 15, 2014 at 1:25 AM
    Permalink

    dunia nk kiamat ler.. ni.. orng kapir suruh orng ISLAM bertaubat.. yg dia tak nk bertaubat.. kelakar ler parti pembangkang nie… PAS mcm biasa ler.. keldai kena cucuk idong.. ikut aja.. tarik kiri ke kiri ler dia.. tarik kanan ke kanan ler dia..x langsung nk perjuangkan ISLAM orng kapir lak suruh orng ISLAM bertaubat… x ke gelakk…

    Reply
  • August 15, 2014 at 2:29 AM
    Permalink

    anwar punya hal habis seluruh rakyat selangor kena tanggung akibatnya

    Reply
  • August 15, 2014 at 7:44 AM
    Permalink

    Nak taubat apanye, kalid nk bawa pr masuk kubur. Biar dikambus sama². Ha.. Ha..

    Reply
  • August 15, 2014 at 7:59 AM
    Permalink

    Ini bukan masalah Khalid dan kalau sokongan majoriti ke, undi tak percaya PR terbanyak ke, bubar Dewan dan pilihanraya PR menang lagi ke.. bukan soal nya tapi ni masalah ANWAR MAHU AZIZAH JADI MENTERI BESAR SELANGOR. Inilah perkara pokok. Ganti selain AZIZAH selesai masalah. Ni dah berbelit2 sebab punca satu tu jer..Oh Nona Mu Azizah, Oh Nona Mu Azizah..

    Reply
  • August 15, 2014 at 8:06 AM
    Permalink

    aku rasa rakyat selangor yg harus taubat..jgn pilih PR lagi….

    Reply
  • August 15, 2014 at 8:58 AM
    Permalink

    Adakah TCK dan DAP akan upah gangster untuk bunuh tki?.

    Reply
  • August 15, 2014 at 9:18 AM
    Permalink

    Karpal semasa hidupnya dah berpuluh kali suruh Anwar bertaubat tapi orang tua tu tetap macam tu sampailah ke akhir hayat Karpal. Suruhan bertaubat tu patut ditujukan kepada ketum wahai Teng Chang Kim.

    Reply
  • August 15, 2014 at 12:12 PM
    Permalink

    pelik……sesama dia mintak bertaubat….sebab kuasa tak ada…

    cuma terpikir jugak…..kalaulah anwar bakal tak ada lagi…wujudkah lagi PKR atau terus berkubur bersama2 dia….

    sebab ahli yang ada pun berpaksa nak anwar jadi PM jer…kalau dia dah tak ada……siapa jadi PM…Wan Azizah ker?….tetiba terpikir pulak…

    Reply
  • August 15, 2014 at 2:23 PM
    Permalink

    Apalah ertinya menjadi ketua jika tak ada kuasa?

    Reply
  • August 15, 2014 at 6:15 PM
    Permalink

    Dap kerja mereka mintak orang Melayu bertaubat.
    Bertaubat bagi mereka ialah – KEMBALI KENGIKUT PERANCANGAN DAP
    Melayu Pas dan PKR dari dulu bertaubat KEMBALI KEPADA DAP.
    Jadi bila MB Khalid lawan taukey, memanglah DAP mintak dia bertaubat.
    Dengan TAUBAT Khalid maka berhasillah kelak DAP mengerjakan Wan Azizah sebagai MB tolol dan robot yg boleh di tunjal kepala!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.