PAS “U-Turn” Kali Kedua? Pening Rakyat Fahami Dirimuuuu….
Artikel penulis yang bertarikh 14 Ogos 2014 telah menyatakan keputusan yang bakal berlaku pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos 2014. Sememangnya itu telahan penulis, yang rupanya dizahirkan oleh kepimpinan PAS sendiri.
Anda boleh baca artikel berkenaan DISINI.
Dilanda dengan pelbagai kritikan termasuklah dari ahli-ahli mereka sendiri akan sifat “U-Turn” nya apabila tidak sekata dengan keputusan oleh majlis yang mereka sendiri masyhur dan agungkan, iaitu Majlis Syura Ulama PAS.
Tidak tahan dengan hujah tentang kebenaran dakwaan “U-Turn” dari segenap lapisan masyarakat, hari ini PAS, melalui Setiausaha Agung parti, Mustafa Ali membuat pusingan “U-Turn: Part 2” apabila menyatakan mesyuarat kedua Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan bahawa parti itu menyerahkan keputusan berhubung perlantikan menteri besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mengikut kefahaman penulis, ini bermaksud, segala keputusan pertama tidak lagi boleh digunapakai. Bukan kah begitu? Apakah yang sebenarnya PAS cuba corakkan ?
Apa yang penulis boleh katakan, PAS cuba bersikap “playsafe” dengan tidak mahu dilihat “tidak berpijak di bumi yang nyata” dalam menentukan perlantikan Menteri Besar berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor. Tindakan PAS ini juga diharap dapat meredakan api kemarahan di kalangan pengikut PAS yang setia kepada golongan ulama PAS hasil dari sistem pentarbiyahan yang telah bertahun-tahun lama diamalkan.
Lihat sahaja apabila 2 orang ADUN mereka yang dikhabar melalui media telah berbai’ah taat setia kepada parti menjelang PRU yang lalu, tetapi berpaling tadah dan ingkar arahan parti! PAS sedar, jika asas ini tidak dipelihara, kelak hilanglah rasa hormat ahli kepada kepimpinan parti.
Tidak mustahil juga sekiranya ada yang menganggap “U-Turn” kali kedua ini bersikap “damage control”. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh PAS kerana gagal menetapkan pendirian mengikut amalan lazim parti tersebut. Akar dan dasar perjuangannya telah diracuni oleh ejen-ejen Anwarinas, sehinggakan akar tunjang yang menjadi teras mula layu sambil menanti bungkam ke bumi. Hibanya Nik Aziz dan Hadi Awang bukan kepalang apabila kata-kata mereka tidak lagi digunapakai oleh ahli sendiri.
Namun, dengan tindakan terbaru PAS ini, apakah boleh dikategorikan sebagai penarikan diri daripada Pakatan secara halus kerana enggan menuruti kemahuan Anwar Ibrahim dan menolak Presiden PKR sebagai Menteri Besar?
Mustafa menyifatkan dua nama calon yang dikemukakan dalam mesyuarat sebelum ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ‘tidak berbangkit’. Begitu juga dengan kewujudan surat berkanun hitam putih yang ditandatangani oleh 2 ADUN PAS, juga berstatus “tidak berbangkit”.
Apa maksud “tidak berbangkit”? Tidak relevan? Tidak digunapakai lagi? Atau apa? Mustafa enggan menyatakan maksud “tidak berbangkit” secara terperinci. Apakah nasib Wan Azizah dan Azmin Ali dalam drama “U-turn” terbaru ini?
PAS juga telah mengesahkan baki 13 ADUN nya tidak akan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar. Malah, Saari Sungib pula mendakwa dirinya bersama-sama dalam sidang akhbar Wan Azizah sebelum ini hanya untuk menyatakan pendiriannya untuk tidak menyokong Khalid Ibrahim, bukannya menyokong Wan Azizah!
Wow… politik apakah yang sedang dinukilkan oleh PAS? Apakah Anwar Ibrahim bakal mengalami mimpi ngeri “Tragedi Kajang” tatkala lambaian Sungai Buloh dipatrikan pasti?
Apa pun jenis permainan politik PAS, penulis ingin ucap tahniah kerana tampil dengan resolusi kedua ini yang dilihat lebih bijak berbanding resolusi pertama 17 Ogos yang lalu, dengan syarat harus ada pimpinan PAS pusat yang berani berkata bahawa keputusan 17 Ogos 2014 adalah terbatal serta merta!
Ada berani? Atau sekadar untuk melepaskan diri?
Asyik “u-turn” manjang, tak pening ke?
Harap Pas dapat membuat pendirian tegas dalam hal ini demi menjaga maruah parti sebagai yg tidak tetap pendirian dan pengecut
Apa pun elok lah juga sesekali Pas ‘ajar’ sikit Anwar Ibrahim
anwar ingat semua kata dia adalah pemutus
semua orang kena ikut
semua kena setuju
anwar ni kalau dia jadi PM
DIA TAK PERLUKAN MENTERI KABINET
DIA BOLEH ARAH TERUS APA YG NAK DIBUAT & DILAKSANAKAN TERUS
TAK PERLU BINCANG
TAK PERLU KAJI
BUAT SAJA
elok sangatlah Pas ajar PKR
wbpun Pas masih takut-takut berani
tak yakin dengan diri sendiri
masih berlapik tal terus terang
rumah kosong elok dikunci
kena tinggal nangis tak berlagu
kalau benci katakan benci
biar anwar tak tertunggu-tunggu
hehe
Tengok Stopa…ingat spendar putih.
Kita sering cuba control diri dari mengutuk, walaupun pihak mereka tidak pernah berhenti mengutuk.
Yang jelasnya macamana kita boleh henti mengutuk pihak2 beliau ini. Tengok muka Setapa… mengingatkan kita apa? Tengok muka AnwarIbrahim, lagilah….
munafik memang macam itu lah perangai dia.
apa nak heran dengan PAS.
org UMNO jgn tertipu lagi dgn SIAL pas….depa ni takut DUN bubar tak pun pasal PRK d PK. Tak dengor ke camna timbalan mb kelantan kata apa ?! UMNO ni disamakan dgn nasib MH17……tunggu kerat kepala aje nasib UMNO ni katanya. Org UMNO ni awat yg tak sedar2 lagi ni, sudah la kena main dgn pas…..pemimpin2 UMNO cam kj zahid pun turut sama membodohkan parti sendiri !! ggrrrrrr….
Yang peningnya statement stopa, serah pada kebijaksanaan Tuanku Sultan utk memilih, yg peliknya pkr hanya calonkan jijah je. Yang lain tu mana?.
UMNO tak harapkan apa-apa. Harapkan Pemuda UMNO..? Tak ada telur langsung…Takkan nak harap Najib juga..? Fikirla..Ketuanya kata tak apa pekerjanya sokong PR,,kalau apa yang dibincangkan sulit di MT UMNO terbocor..? sapa susah..?
da mcm israel plak aku tgk.skjap gencatan senjata ,sekejap bom plak.kemudian gencatan lg.klu puak 2 ni yg memerintah negara,ada nti ,5 syawal baru kita sambut hari raya.dieorang asik berbalah je sesama sendiri.geng yg ni setuju,geng satu lg bantah pulak pasal anak bulan.dah biase sgt tgok bulan purnama jew.
tak hairan dan tak terperanjat pun seban pas dari dulu lagi memang munafik dan pembohong serta kaki fitnah.
Patut highway kat kelantan tak boleh nak buat,asyik jalan sikit saja dah u turn
pening…..kesian rakyat selangor…..
Berapa kali mau U-Turn daaaaa?
PAS la ni serba tak kena….nak tunjuk kuat, takut diluku oleh anwar….nak ikut anwar, takut pulak dituduh pengecut oleh ahli sendiri.
la ni tinggal la lebai-lebai PAS dok usung labu…tunggu air laut pasang, pakat-pakat nak terjun.
PAS sebenaq nak nak jawatan MB tu tp malu2 kedberi. sbb tu pura2 sokong wan azizah cadang plak azmin sbb tahu dah dua2 ni lahir obersea mana leh jadi MB
terang2 la skrg ni jawatan tu boleh kat PAS. tu yg u-turn balik kata serah pada kebijaksanaan tuanku. klu tuanku pilih lepa…lepa kata tuanku bijak…klu tuanku bubar dewan….ayam berak kapoq la PAS
dengan kuasa ada pada sependa putih ”anwar ketakutan cuba bayangkan anwar ini bergusti wwf dengan sependa putih lawan kerusi siapa akan menang
mtk mf ye sedara dan sedari…ok sy nk bg pndangan je…tp mf klw pndangan yg sy beri tdk mmuaskn hati sume…satu soalan yg sy nk tnjuk kpada pkomen2 bijaksana…adakah anda tahu ape yg akn tjadi pada ari esk???lusa???bulan dpan???adakah anda tahu sape yg akan mmerintah ngara suatu hri nty???adakah anda tahu bila anda akan mati???sy ney xpndai owgnya.,.bodo la jgk…sekolah pn mlz…jd sy pn xpndai dlm hal politik ney…jd sy nk ty pkomen2 yg bijaksana…apakah hukum mhina dan mcaci sesama manusia???apakah dalam Al Quran mgajar kita hdup mhina dan mcaci ssama sndri tambah pula seagama???pnah Nabi S.A.W mgajar umatnya sbegini???maafkn sy…assalamualaikum///
bujuk@AHJ & Moooo@siLembu!!!!!!!! apa komen???sonyap ajor…???
presiden tak mahu wan aziziah . alasan = agama dan kelayakan
13 adun tak mahu azmin .alasan = tidak diketahui .
So PAS , telah nyata disini , di dalam parti kamu berlaku 1 pergolakan hebat antara geng ulama & geng anwarinas . sekian lama macai , pengampu dan pejuang2 PAS menafikan , akhirnya Tuhan yang maha besar lagi maha mengetahui , telah pun membuka aib kamu. lebih lama lagi kamu bersama kafir DAP & PKR , akan banyak lagi bala bencana menimpa ke atas kamu . sedarlah org2 PAS. parti kamu makin mendapat malu saban hari. ini bukan perancangan manusia. tapi kerja sebaik2 tukang perancang .
Inilah organisasi yg xpatut anda masuk..@ ikut..sbb ktua dia dh xde kuase…dgn kate lain lemah
sub2 dlman parti xde kuase mcm yg dpruntukn…Ianye skang umpama dendangan lagu rakyat mlayu yg masyhooo ” Hadi oh Hadi…knape engkau sedih”….”mcmane aku x sedih…..”
Aik, abang stopa…janda mami kelang tu sudah break off ke ?? boleh tahan jugak hang noooo…..hehehe…..cheh ! PAS haram seduit pun tak guna.