MB Selangor : Tamparan Hebat Bila Senator DAP Bantah Wan Azizah Jadi MB

Share


Ariffin Omar

Langkah Kajang yang digerakkan oleh Rafizi Ramli sehingga menyebabkan kerajaan Selangor terpaksa membazirkan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil Kajang pada Februari yang lepas mendapat tamparan yang cukup hebat apabila naib pengerusi DAP, Senator Ariffin Omar yang menyifatkan rancangan tersebut sebagai usaha yang tidak masuk akal.

Rakyat perlu ingat bahawa pendirian parti DAP yang mahukan Khalid Ibrahim digantikan dengan sesiapa sahaja asalkan Khalid bukan lagi Menteri Besar Selangor bukanlah suara keseluruhan pemimpin parti tersebut. Penukaran Menteri Besar ini dikatakan berkait rapat dengan kegagalan Khalid mendapatkan semula naskah Bible dalam bahasa Melayu yang telah dirampas oleh pihak JAIS.

Sekiranya “gosip” ini benar maka ianya merupakan tindakan yang cukup kurang ajar dari pihak DAP dalam cubaan mereka “mencabar” kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di Selangor. Negara dan negeri-negeri dalam Malaysia berfungsi atas landasan Raja Berpelembagaan. Perkara ini seolah-olah sedang cuba “dilenyapkan” dan “dicabar”.

Isu ini juga berkemungkinan antara penyebab mengapa timbul fitnah yang berleluasa di media sosial bahawa Raja Muda Selangor murtad. Pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dengan teliti dan pastikan pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak sesekali terlepas dari hukuman akibat cubaan mencabar sistem negara Raja Berpelembagaan.

Berbalik kepada isu Menteri Besar Selangor, Naib pengerusi DAP, Senator Ariffin Omar sebenarnya tidak bersetuju langsung dengan perancangan Langkah Kajang. Ini memandangkan kepentingan rakyat telah diperjudikan dalam penukaran dan pelantikan individu bagi mengisi jawatan Meneteri Besar itu.

Sesungguhnya tindakan PKR dan Pakatan Pembangkang dalam membuat penukaran Menteri Besar merupakan satu tindakan yang amat tidak waras. Projek Langkah Kajang itu pada awalnya diusahakan bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di Selangor dan seterusnya menjadi Menteri Besar. Dengan kata lain ianya bagi memuaskan “nafsu politik” Anwar Ibrahim.

Dan isu terbesar bagi Pakatan Pembangkang terkini, apabila pihak PAS terutamanya Haji Hadi Awang dan Nik Aziz tidak bersetuju Presiden PKR, Wan Azizah yang menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Mereka amat takut sekiranya sokongan PAS terhadap Khalid akan menyebabkan Selangor terpaksa menghadapi Pilihanraya Mengejut yang bakal mengakibatkan Pakatan Pembangkang kehilangan Selangor ditangan UMNO.

Walaubagaimanapun rakyat sebenarnya sedar bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional akan mengutamakan rakyat dalam sebarang tindak tanduk mereka. BN tidak akan sesekali bertindak atas kapasiti “nafsu politik” individu sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan pembangkang. Oleh itu, sekiranya berlaku Pilihanraya Mengejut di Selangor, maka ini merupakan peluang kepada rakyat Selangor untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan dalam PRU13 yang lepas. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan hanya ada dalam Barisan Nasional.



5 thoughts on “MB Selangor : Tamparan Hebat Bila Senator DAP Bantah Wan Azizah Jadi MB

  • July 31, 2014 at 5:13 pm
    Permalink

    Inilah ciri ciri tektik kotor yg dimainkan oleh pemimpin bertaraf dunia

    Reply
  • July 31, 2014 at 6:31 pm
    Permalink

    Makin kelaut dah Pakatan ini….

    Reply
  • July 31, 2014 at 8:51 pm
    Permalink

    Dap pun tak konfiden jijah jadi mb

    Reply
  • July 31, 2014 at 9:11 pm
    Permalink

    Jijah hanya pandai mengipas dan buat chease cake je. Nak jaga laki sorang pun fail, ada hati nak jaga rakyat selangor. Piiiirah.

    Reply
  • July 31, 2014 at 10:27 pm
    Permalink

    Ada ajenda tersembunyi disebalik lakunan kajang move ini. Hampir seluruh rakyat hanya tahu menyebut Kajang Move tetapi tidak tahu apa maksud dan tujuannya . Dan teka teki ini betambah sulit lagi dengan ura ura menukar MB Selangor yang menjadi sandaran rakyat yang terbaik dimasa ini. Sudah tentu rakyat Selangor akan berfikir sendiri dimasa hadapan tampa memperdulikan janji2 songsang pemimpin tertentu yang penuh kegilaan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *