Siasat Pengkhianatan Astro, Data Rakyat Malaysia Milik Israel

Share


Tindakan rangkaian penyiaran Astro melantik syarikat berasal dari Israel, Amdocs, bagi menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya, merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Lebih serius ialah Astro kemungkinan besar secara tidak langsung telah membenarkan Israel mendapat akses maklumat ke atas lebih sejuta rakyat Malaysia melalui syarikat ini. Apakah jaminan data pelanggan astro terutamanya orang Islam dan pemimpin Islam di negara ini tidak sampai kepada Israel?

Sungguhpun Astro mendakwa Amdocs kini merupakan syarikat senaraian awam di New York Stock Exchange (NYSE) namun, ia tidak boleh menolak hakikat syarikat terbabit masih mempunyai unsur Israel dan Zionis yang kuat.

Eli Gelman 09Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amdocs, Eli Gelman sendiri mengakui mereka cuba bergerak secara di bawah radar (low -profile) dan menyingkirkan imej-imej Israel dalam penampilan mereka.

“We’re known for keeping quiet,” says Gelman, who has been with the company for 25 years and has served as CEO since replacing Dov Baharav in November 2010. “That’s one of our core values. We focus on our work. We are very un-Israeli in that sense.”

Namun, hakikat sebenarnya ialah nadi syarikat ini berada di Israel. Inkubator Amdocs adalah berpusat dan “milik” Israel. Sungguhpun telah berkembang di luar jangkaan dan mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat dan sebahagian besar pekerjanya bukan rakyat Israel, tetapi pusat penyelidikan dan maklumat serta pengurusan tertinggi mereka masih berpusat di Ra’anana, Israel.

Amdocs grew over the years to an unprecedented size for an Israeli company and, in the process, lost a good deal of its Israeli character. The company’s headquarters is now in St. Louis, Missouri, and while its largest research and development center is located in Israel and top management still sits in Ra’anana, most of its employees aren’t Israelis. Still, some things never seem to change.

Dengan kata lain, keseluruhan maklumat pelanggan Astro disimpan dan dikuasai oleh sebuah syarikat di negara Israel. Bagaimanakah ia boleh terjadi memandangkan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, malah mengharamkan pemegang pasportnya memasuki Israel?

Astro harus menjawab isu ini atau kerajaan harus menubuhkan dihadapkan ke Suruhanjaya khas menyiasat pengkhianatan ke atas polisi dan kepentingan Malaysia.

Kita mahu tahu bagaimana syarikat ini mendapat kontrak dari Astro. Adakah mereka memberi tawaran yang rendah? Jika demikian, mengapa mereka memberi tawaran yang rendah kepada Astro jika bukan untuk mendapat akses ke atasa data-data rakyat negara ini?

Sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilan Astro bukanlah begitu rumit dan kompleks sehingga memerlukan Astro melantik syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat dalam negara pun mempunyai kepakaran sedemikian biar pun tidak sehebat Amdocs.

Astro perlu ingat bahawa sebahagian keuntungan syarikat tersebut dikaut melalui siaran-siaran berbahasa Melayu yang majoriti pelanggannya adalah orang Melayu dan Islam.

Kita juga menunggu reaksi pemimpin-pemimpin Islam negara ini. Kita juga mahu melihat reaksi badan-badan bukan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Islam. Paling penting kita mahu melihat reaksi kerajaan terhadap isu ini.

Kerajaan harus gantung semua kontrak dengan Astro, malah jika perlu tarik balik lesen mereka.



16 thoughts on “Siasat Pengkhianatan Astro, Data Rakyat Malaysia Milik Israel

  • July 27, 2014 at 4:17 pm
    Permalink

    Israel tetap israel tiada sebarang kepercayaan boleh diberikan . Siapa pengkhianat tidak boleh dilepaskan. Rakyat Malaysia mesti teguh pendirian. Barangan astro mesti diboikot.

    Reply
  • July 27, 2014 at 4:51 pm
    Permalink

    betul cakap tapi lu sudah lupa isu APCO!

    jangan kita pula mahu lupa APCO!

    Reply
  • July 27, 2014 at 4:56 pm
    Permalink

    Astro perlu menjawab swmua peraoalan yg ditimbulkan…bkn hanya sekadar melepaskan batuk di sebelah tangga dgn mengatakan syarikat itu disenaraikan di US….spt yg dinyatakan dalam kenyataan akhbar mereka…

    Reply
  • July 27, 2014 at 7:01 pm
    Permalink

    Apa lagi kerajaan mahu? Sudah terang lagi bersuluh dimana astro berniaga secara terus (direct contact) dalam perniagaan dengan Israel.
    Kita boleh boikot , tapi adakah berkesan ? paling baik tarik balik lesen yang diberikan kepada astro jika tidak membatalkan kontrak dengna syarikat israel , soal untung rugi atas astro terpulang kdp mereka , siapa cari susah.. jadi tindakan segera perlu diambil ,

    Reply
  • July 27, 2014 at 9:44 pm
    Permalink

    Aku dash lama potong astro.dash berbelas tahun aku jadi pelagan astro.Semarang in astro serial minggu cal aku Dengan tawaran hebat. Sekarang aku dengan unified walaupun rancanganya kurang sikit taping aku puas hat I asalkan bukan astro…..ayuh potong astro Dan maxsis

    Reply
  • July 27, 2014 at 11:01 pm
    Permalink

    astro haram jadah

    Reply
  • July 27, 2014 at 11:05 pm
    Permalink

    Hangpa nak kecoh apa? No wonderlah rancangan ASTRO banyak melalaikan. Cuma cuba cover sikit dengan oasis aje..

    Reply
  • July 27, 2014 at 11:23 pm
    Permalink

    Kekadang keliru gak, sedang kita mengecam zionis, macamna kerajaan boleh lepas pandang bahawa ada pihak yang tidak menghormati inspirasi nasional. Jangan depan kata lain , belakang pula buat lain. Kerajaan Perlu ambil tindakan

    Reply
  • July 28, 2014 at 1:50 am
    Permalink

    Sorong papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    suruh langan jangan langan
    Terutama Astro ,buat buatlah tak tau

    Reply
  • July 28, 2014 at 4:00 am
    Permalink

    Potong jgn x potong

    Reply
  • July 28, 2014 at 11:14 am
    Permalink

    …..lobi jugak negara2 lain kalau nk boikot….setakat malaysia cuma satu pertujuh puluh…..

    Reply
  • July 29, 2014 at 11:03 am
    Permalink

    astro kaki belit overcharge pelanggan.

    Transaksi pun banyak didaftarkan di singapura.

    Reply
  • July 31, 2014 at 10:22 am
    Permalink

    Dah lamaaaa terminate astro. Tak sanggup jadi pengkhianat.

    Reply
  • July 31, 2014 at 10:37 am
    Permalink

    Tarik lesen penyiaran Astro dan beri kepada TM HyppTV

    Reply
  • July 31, 2014 at 11:40 pm
    Permalink

    Nak buat apa2 cerita siasat la dulu.. Takmau siasat ke digi, celcom, maxis, timedotcom pakai system ape? Semua pakai amdocs! Pi la siasat jangan la selective dalam buat story.

    Reply
  • August 6, 2014 at 5:53 pm
    Permalink

    Kalau benar kata saudara Razman, then it is YOU who shall provide such information supaya para forumer dapat membuat penilaian akan kata2 saudara Razman!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *