Demi Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri & Negara, Khalid Ibrahim Perlu Berundur!

Share


saba milito tski ltk jwtn

Bila “Langkah Kajang” diumumkan, ramai pemerhati dan peminat politik merasakan bahawa Anwar Ibrahim mahukan kerusi empuk yang kini dikhabarkan bernilai RM2.5 billion. Penulis tidak menafikannya, malah bersetuju atas sebab musabab yang jelas, iaitu Anwar mahukan sesuatu sebagai sandaran, demi melepaskan diri dari perbicaraan kes liwatnya.

Sudah ditakdirkan, rayuan Saiful Bukhari menang dan senyuman terukir di Sungai Buloh sambil melambai-lambai ke arah Anwar. Mengapa Wan Azizah sebagai pengganti? Mungkin, pada hemat penulis, Anwar cuba untuk menimbulkan resah ke atas hakim yang bakal menghakiminya di Mahkamah Persekutuan kelak. Maksudnya, apakah hakim bijaksana untuk tidak terpengaruh dan lantas menyabitkan beliau bersalah seperti keputusan Mahkamah Rayuan, sedangkan pada ketika itu, isterinya berstatus Menteri Besar Selangor?

Bijaknya Anwar ialah menggunakan segala peluang yang ada di sekelilingnya untuk melepaskan diri, dan prestasi Khalid mentadbir Selangor dijadikan alasan untuk itu. Sangat opportunis!

Menyentuh prestasi Khalid, apakah beliau layak untuk terus menerajui Selangor? Bayangkan kelemahan urustadbirnya, hampir di semua segi. Anak-anak syarikat kerajaan negeri, jumlah pelaburan asing, dan tentunya krisis air Selangor.

Dari Unisel, KUIS, Hotel Quality dan banyak lagi menyaksikan kelemahan pentadbirannya sehinggakan terjerumus kepada krisis kewangan yang kronik. Pada saat ini, jumlah pelaburan asing di Selangor menurun, dan di tangga kedua di belakang Johor, walhal semenjak 2000, Selangor adalah negeri teratas menerima pelaburan.

Pelaburan di Selangor sangat penting, dengan Selangor menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Pelaburan inilah yang dijangka menjana 30 ribu peluang pekerjaan setiap tahun bukan hanya untuk rakyat Selangor, malah rakyat Malaysia. Selangor adalah “truly Malaysia”, dihuni oleh mereka yang berasal dari Perlis, sehinggalah ke Sabah, selain anak jati Selangor.

Kegagalan untuk mengurus bekalan air, sungguh pun pernah dibangkitkan akan keperluan mendesaknya di dewan undangan negeri oleh mantan ketua pembangkang Selangor, sikap politik tanpa sempadan yang diamalkan oleh kerajaan negeri masakini menyaksikan rakyat Selangor terpaksa mengulangi kehidupan sekitar tahun 80-an dan 90-an, apabila bekalan air kerap terganggu.

Pentingnya bekalan air ini tentunya bukan kepada rakyat, malah industri yang menjadi punca perkembangan ekonomi juga terjejas teruk. Perlu diingatkan, kebangkitan negara-negara seperti Vietnam, Kemboja dan negara serantau dalam membekalkan prasarana yang kompetitif dan jauh lebih murah adalah ancaman kepada negara kita. Apabila kita gagal membekalkan keperluan industri, maka pastinya mereka akan memilih untuk melabur di negara lain. Dan ketika pelabur keluar dari Malaysia, apa peluang pekerjaan yang tinggal untuk rakyat Selangor dan rakyat Malaysia?

Belum pun selesai akan krisis air di Selangor, rakyat Selangor bakal disajikan pula dengan kengerian berganda, apabila kajian menunjukkan akan berlakunya krisis tenaga pula. Central Reinforcement Area (CAR) adalah projek menyalurkan bekalan elektrik dari stesen janakuasa di Perak ke kawasan tengah Semenanjung bagi mengurangkan beban bekalan di talian sedia ada. Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid mengarahkan projek ini dihentikan atas pertimbangan keselamatan penduduk.

Walhal, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menawarkan pampasan sebanyak RM 10.4 juta bagi tujuan pemindahan 39 buah keluarga yang bakal terjejas tetapi telah ditolak . Atas dakwaan dari penduduk kononnya projek berkenaan akan menjejaskan penduduk, TNB menjalankan beberapa kajian kesihatan ke atas kawasan yang terbabit dan mendapati bahawa dakwaan penduduk adalah tidak berasas sama sekali.

Sepengetahuan penulis, sehingga artikel ini ditulis, projek CAR ini masih belum menunjukkan apa-apa perkembangan yang positif. Apakah tragedi krisis air sekali lagi bakal melanda Selangor disertakan dengan krisis tenaga? Berapa pula bilangan pelabur yang sanggup melabur di Selangor jika “gabungan tragedi” ini bakal meletus kelak? Berapa pula yang bakal “angkat kaki” dari Selangor?

Ekonomi merudum, rakyat tiada pekerjaan, kadar kemiskinan meningkat dan jenayah akan berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

Dengan rekod kegagalan Khalid Ibrahim mentadbir, penulis khuatir krisis tenaga bakal berlaku, dan ianya tidak ubah seperti “mencurah garam di luka yang dalam” ke atas negeri Selangor. Khalid Ibrahim perlu berundur!

Penulis senada dengan Hadi Awang, cuma Hadi Awang mengambil jawapan selamat, iaitu “bersetuju dengan Pesuruhjaya PAS Selangor agar Khalid terus menerajui Selangor” sedangkan penulis lebih terbuka dengan apa yang tersirat, iaitu “tidak mahu Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor”. Dasar hujah penulis dan Hadi Awang sama, iaitu demi kesejahteraan rakyat. Cuma, penulis tidak mahu kedua-dua, samada Khalid atau Wan Azizah.

Soal kredibiliti Wan Azizah tidak perlu lah kita persoalkan, kerana rakyat dan pengundi di Selangor bijak menilai sejak dia menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, dan Presiden parti. Namun, sudah menjadi tradisi, amalan dan sistem berpolitik di negara kita iaitu “party comes first”. Hakikatnya, kita tiada sistem yang mana rakyat memilih siapa Menteri Besar atau siapa Perdana Menteri, sebaliknya diserahkan kepada parti yang tentukan siapa calon MB, selain dari perkenan dari Sultan. Betul?

Penulis percaya, kalaulah ada calon lain yang dikemukakan, tidak mustahil Presiden PAS akan bersetuju!

Mendahulukan kepentingan rakyat serta kemakmuran Selangor dan Malaysia, Khalid Ibrahim harus berundur! “Be a gentleman, and take responsibility on what you have done wrong”.



4 thoughts on “Demi Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri & Negara, Khalid Ibrahim Perlu Berundur!

  • July 26, 2014 at 5:15 pm
    Permalink

    Bagi Anwar, Azizahlah paling layak sebab apabila dia jadi MB dia juga akan menjadi Pengurusi Lembaga Pengampunan Negeri yang berkuasa untuk mengusulkan kpd Tuanku nama2 mereka yg disabitkan melakukan jenayah dlm negeri wilayah Tuanku utk diampunkan. Apabila diamponkan rekod resmi sabitan jenayah tersebut akan dihapuskan dan segala halangan undang2 utk Anwar jadi PM tidak wujud lagi

    Reply
  • July 26, 2014 at 7:19 pm
    Permalink

    tumbangkan kerajaan negeri selangor
    lobi istana supaya bubarkan DUN.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *