Najib (Hero Malaysia), Hari Ini 61 Tahun!!

Share


najib_hb

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak genap usianya 61 tahun hari ini.  Berbeza dengan 60  tahun yang lepas, sambutan hari ulang tahun kali ini mungkin sedikit berbeza kerana inilah kali pertama Najib menyambut hari lahir sebagai hero negara – merujuk kepada kejayaan membawa keluar mayat mangsa MH17 dan mendapatkan semula kotak hitam pesawat.

Kejayaan itu layak menjadikan Najib sebagai seorang hero kerana ia gagal dilakukan oleh negara-negara kuasa besar yang sibuk dengan agenda politik masing-masing lanjutan dari nahas ini.  Sementara mereka bertelagah, Najib diam-diam selesai masalah.

Bagaimanapun, penulis percaya, jauh disudut hatinya, Perdana Menteri tidak mengharapkan untuk dipanggil sebagai hero atau apa, pada beliau, apa yang dilakukan sekarang ini sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan, pemimpin  Malaysia bagi pihak keluarga mangsa yang terlibat.

Dalam negara ni dah cukup banyak agenda politik yang macam itu, Najib dah masak sangat.  Jadi bila perkara sama berlaku di antara kuasa besar dalam insiden ini, Najib memilih mana yang perlu dilayan dan mana yang perlu diutamakan.  Inilah hasilnya yang kita lihat semalam – kejayaan mengeluarkan mayat dan mendapatkan kotak hitam.

Penulis berbesar hati kerana kejayaan semalam membuktikan bahawa penulis tidak menyokong orang yang salah.  Najib sememangnya bukan seperti yang cuba digambarkan oleh penyokong pembangkang – lemah dan tidak ada kekuatan.

Hakikatnya, walaupun Najib tidak petah berkata-kata seperti Anwar Ibrahim, tapi percakapan Najib ada isi sementara percakapan Anwar kosong dan penuh sampah sarap.

Sebab itulah Najib yang dilihat lemah oleh pembangkang ini. mampu tekan puak pemisah Ukraine dan dapatkan apa yang Malaysia tuntut, Anwar?  Tinggal air liur sajalah walaupun kempennya macam dia ni terkenal dan dihormati diseluruh dunia.

Dalam kes MH17 ini, mana Anwar punya hebat, mana Anwar punya pengaruh yang diwar-warkan sangat tu?  Hilang masuk sungai ke?  Jauh dari membantu, Anwar senada pulak dengan media-media barat apabila menuduh Russia terlibat – dakwaan yang hampir terbukti salah.

Selamat Hari Jadi PM, kami sentiasa menyokong mu!!



5 thoughts on “Najib (Hero Malaysia), Hari Ini 61 Tahun!!

  • July 23, 2014 at 9:38 am
    Permalink

    Selamat Hari Lahir Dato Seri… Teruskan perjuangan yang belum selesai… semuga dipanjangkan umur dimudahkan urusan..

    Reply
  • July 23, 2014 at 10:01 am
    Permalink

    brovo ds najib, apa pon semua diharap reda dgn ketentuan ilahi
    (Najib – tahniah tarik benang dari tepung – benang tak putus, tepung tak berselerak)

    Reply
  • July 23, 2014 at 2:23 pm
    Permalink

    Selamat Ulang Tahun PM…..semoga panjang umur dan disihatkan tubuh badan, nak kata hero, belum lagi kot, banyak kecacatan harus ditangani segera…sebelum di gelar hero…tak gitu adamyan ?? hang niii…..hehehe

    Reply
  • July 23, 2014 at 9:59 pm
    Permalink

    selamat menyambut ulang tahun yang ke 61 kepada PM yang nak tak nak aku tetap kena sayang(walau ada ketika terpaksa mencemuh) kerana masih menaruh banyak kepercayaan dan harapan…semoga Allah menganugerah kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan dan ketabahan yang berpanjangan kepada DS Najib demi untuk menghadapi entah apa lagi ujian dan cubaan seterusnya…sesungguhnya ada hikmah ada perkara baik untuk negara disebalik 2 tragedi malang yang menimpa MAS

    Allah maha adil, kepada pihak dalam dan luar negara yang suka dalam diam dan kepura-puraan(bersimpati) tentang 2 tragedi malang yang menimpa negara itu akan Allah uji mereka pula dengan ujian lain…berkat kesabaran dan doa orang teraniaya akan Allah balas dengan sesuatu juga kepada si penganiaya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *