Khalid Ibrahim Sindir Anwar Ibrahim – “Aku MB Selangor lahhhh.. Lu Sapa?”

Share


khalid ibrahim MBkhalid ibrahim MB1

“Aku Menteri Besar Selangor lahhh… Lu sapa?” – mungkin inilah perkataan dalam bahasa pasar yang paling hampir untuk menterjemah maksud kenyataan Khalid Ibrahim seperti di atas.

Hakikatnya, Khalid Ibrahim tidak kisah apa yang diputuskan oleh partinya sendiri, dan bersikap seperti “innocent” dalam mendepani isu ini. Penulis terpaksa untuk memuji beliau atas strateginya ini, kerana berjaya kelihatan seperti “dianianya”.

Lebih menarik, beliau tidak perlu “menyerang” seteru-seteru politik dalamannya, dan membiarkan segalanya mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, sesuatu yang belum tentu Anwar Ibrahim berjaya untuk lakukannya.

Dengan sokongan kuat dari ADUN-ADUN PAS Selangor diberitakan telah memboikot mesyuarat khas BBC yang diadakan di bangunan Annex, SUK Selangor, pada 8 Julai 2014 lalu berkenaan desakan menuntut Khalid berundur, pastinya Khalid Ibrahim mempunyai perancangan strategi untuk menghadapi situasi “harapkan pagar, pagar makan padi”.

Itu belum diambilkira pula dengan kemungkinan sokongan ADUN-ADUN dari UMNO. Mungkin gambar mesra Khalid Ibrahim bersama pemimpin BN di satu majlis Iftar, dan beberapa sesi pertemuan di majlis rasmi memberi sedikit sokongan kepada hujah ini.

Dengan pelbagai masalah dan krisis yang melanda pentadbiran kerajaan negeri, Khalid tentunya tidak mahu dikenang sebagai satu-satunya Menteri Besar Selangor paling lemah, selain Menteri Besar Selangor yang disingkirkan oleh partinya sendiri.

Apatah lagi si pengganti langsung tidak mempunyai fungsi selama berada di dalam politik, selain berstatus “bateri dan boneka politik” semata. Apakah Khalid rela melepaskan jawatan kepada pengganti selemah itu?

Azmin menjadi titik penentu, samada mahu merelakan perbuatan Anwar Ibrahim dalam isu ini. Itu pun kalau Azmin masih tidak sedar, bahawa “Langkah Anwar” ini adalah satu cara untuk menghalang Azmin dari menjawat jawatan ini sekaligus memanjang hayat politik Anwar, agar tidak “habis madu sepah dibuang”, sesuatu yang telah lama Anwar praktis ke atas kawan dan seteru politiknya. Apakah Azmin akan menyokong “Langkah Anwar” ini?

Ia sama sekali kontra dengan siri ceramah sekutu Khalid sebelum ini yang meletakkan Khalid sebagai “Menteri Besar Selangor paling hebat dalam sejarah politik tanahair”. Kalau benarlah Khalid bakal disingkirkan dengan alasan untuk pentadbiran yang lebih baik, maknanya selama sesi ceramah tanpa henti dan tanpa sempadan yang berlarutan sebelum ini tidak ubah seperti satu doktrin “kebodohan melantun-lantun” yang cuba diterapkan ke atas para pentaksub dan penyokong mereka.

Kasihan, akhirnya penyokong mereka terpaksa hidup dalam keadaan ditipu bodoh-bodoh oleh pemimpin mereka sendiri akibat kemahuan sendiri.

“Langkah Kajang” dan “Langkah 28”, sebenarnya bermaksud “Langkah Anwar” ini perlu ditangani dengan bijak politik oleh Khalid sekiranya tidak mahu menjadi seperti “sudah jatuh, dipijak-pijak pula”.

Kita nantikan “Langkah Khalid” pula.



7 thoughts on “Khalid Ibrahim Sindir Anwar Ibrahim – “Aku MB Selangor lahhhh.. Lu Sapa?”

  • July 23, 2014 at 9:02 am
    Permalink

    nak lagi meriah azmin kena buat perangai bantah/kutuk/pertikai keputusan anwar pilih isterinya untuk gantikan TSKI

    kepada TSKI…

    terus tunjukkan pendirian bahawa anda bukan seorang pemimpin yang lemah dalam menghadapi desakan dan tekanan seterusnya dari seorang diktaktor yang tamak kuasa dan begitu tegar mengamalkan nepostisme bernama anwar yang mahu menyingkirkan anda mengikut cara tidak demokratik dan mencabuli ketertiban proses undang-undang tubuh negeri

    Reply
  • July 23, 2014 at 12:02 pm
    Permalink

    dicadangkan TSKI allied pulak dgn azmin. kasi abis career politik abang non tu.

    Reply
  • July 23, 2014 at 12:05 pm
    Permalink

    Saya seperti majoriti melayu-melayu di selangor (terutama yang mahu “menegakkan Islam”) tidak kesah siapa pun jadi MB Selangor asalkan bukan dari kalangan UMNO. Wan Azizah (excellent implementor) pun bagus jugak. Nurul Izah (bebas utk murtad) pun bagus jugak, Azmin (berpolitik 24 jam) pun bagus jugak. Khalid Samad (pejuang Islam sejati) pun bagus jugak.Khalid Ibrahim (kumpul dana banyak-banyak) pun bagus jugak. Terompah kayu Anwar (Rafizi) pun bagus jugak. Maka berjuanglah korang semua sesama sendiri sehingga ketitisan waktu terakhir menjelangnya PRU14. Hura harakanlah negeri Selangor ini macam mana sekali pun, saya dan konco-konco melayu selangor akan tetap beri sokongan padu kepada PR di PRU 14 kelak. He he he. bersemangat gila

    Reply
  • July 23, 2014 at 12:26 pm
    Permalink

    Harap Sultan tak terima perlantikan jijah sbg mb

    Reply
  • July 23, 2014 at 12:27 pm
    Permalink

    IMR, bukan bersemangat gila. Bodoh gila, macam semua penyokong PR. Tambah satu lagi. Gila, macam KETUM tu. Beres.

    Reply
  • July 23, 2014 at 6:34 pm
    Permalink

    hahahaha, anwar gagal kawal org bwh dia.

    ini kah calon PM?

    gelak lagi sekali…wakakakkaka

    Reply
  • July 24, 2014 at 6:12 am
    Permalink

    bukan hanya gila..tapi bodoh dan bangang..

    Reply

Leave a Reply to Baba Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *