Wan Azizah MB – Bukti Anwar Semakin Takut Dengan Pengaruh Azmin?

Share


anwar-ibrahim-wan-azizah

Azmin Ali adalah senior dalam barisan ADUN Selangor. Itu hakikat yang tidak mungkin dinafikan, dan selaras dengan taraf senioriti yang ada, beliau merupakan pemimpin PKR Selangor yang paling berpengaruh di kalangan ADUN dan pemimpin PKR yang sedia ada.

Jika dibandingkan dengan Wan Azizah atau Khalid Ibrahim sendiri, jauh beza sokongan dan dokongan yang diterima oleh Azmin. Malah, ramai pemerhati politik dan pengundi atas pagar merasakan bahawa Azmin adalah calon paling layak untuk memimpin Selangor. Karier politik Azmin sebagai ADUN bermula di Selangor, begitu juga atas tiket Ahli Parlimen.

Namun, mengapa Anwar Ibrahim memilih untuk meletakkan Wan Azizah berbanding Azmin?

Penulis merasakan apa yang sedang Anwar lakukan adalah berdasarkan pengalamannya sendiri dalam politik. Anwar, seperti yang kita ketahui, menggunakan segala kekuatan dan sumber yang ada, samada ketika bergelar pemimpin UMNO atau sebaliknya, “menumbangkan” lawan dan kawan yang berpotensi demi cita-citanya.

Tidak mustahil, Azmin yang sangat rapat dengannya telah belajar teknik dan taktik ini. Itu yang dikhuatiri oleh Anwar, kerana Azmin telah lama dikhabarkan “lapar & haus” untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Anwar tidak rela untuk dipinggirkan andainya Azmin berstatus Menteri Besar Selangor. Dengan hasil negeri yang begitu banyak, Anwar yakin Azmin akan mengembangkan sayap pengaruhnya semaksima mungkin.

Apa yang bakal terjadi kepada Anwar?

Lihat sahaja “musuh-musuh politik atau bukan politik” Anwar di dalam UMNO, yang “ditamatkan” karier mereka. Anwar sedar akan hal ini, dan tentunya tidak mahu dia hilang dari peta politik tanahair; satu-satunya pentas dan “industri” yang menyelamatkannya dari kesalahan yang dibukti di mahkamah. Andai “musuh-musuh politik” Anwar sebelum ini sekadar bersara, persaraan dalam kamus hidup Anwar lebih ngeri dan menakutkan, kerana penjara Sg Buloh merupakan destinasinya akibat dari perbuatannya sendiri.

Oleh itu, bagi Anwar, sedang Azmin semakin “besar kepala” dan tidak lagi memerlukan kebergantungan politik kepada Anwar, langkah terbaik untuk terus mendapat ruang politik adalah dengan menamakan Wan Azizah, ADUN Kajang sebagai Menteri Besar yang lalu. Anwar mengulangi apa yang dia sendiri ucapkan pada Februari 2014 yang lalu, sewaktu kehangatan PRK Kajang iaitu Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Kesukaran Anwar mengawal kemahuan Azmin menyebabkan Wan Azizah dipilih. Sangat sesuai mengisi satira politik “bateri politik Anwar”, pengumuman Wan Azizah sebagai Menteri Besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Permatan Pauh menjadi bukti, apabila Wan Azizah menjadi boneka dan “bateri politik”, yang akhinya mengundur diri sebagai ahli parlimen dan seterusnya memberi ruang kepada Anwar Ibrahim.

Apa yang Anwar lakukan sekarang adalah persediaan untuk masa hadapan. Waima sudah dibuktikan bersalah dan menanti hukuman dilaksanakan, Anwar sedang sedaya upaya mencari helah termasuklah patah tangan, terjatuh di bilik air, malah dimasukkan ke IJN pula.

Wan Azizah adalah harapannya. Azmin pula adalah pengalamannya.

Soal kenapa Anwar belum menjalani hukuman, anda carilah jawapan sendiri. Kiki pun sudah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Ceh!!!


4 thoughts on “Wan Azizah MB – Bukti Anwar Semakin Takut Dengan Pengaruh Azmin?

  • July 22, 2014 at 11:46 pm
    Permalink

    anak haram itu tidak boleh sesuka hati umum isterinya untuk menggantikan TSKI, satu usul undi percaya atau undi tidak percaya terhadap kepimpinan TSKI harus dibuat dalam sidang DUN Selangor…selagi majoriti ADUN(kerajaan negeri campur pembangkang) di Selangor memberi sokongan(untuk terus menjadi MB) kepada TSKI, anak haram itu tidak mempunyai locus standi apatah lagi moral untuk mendesak TSKI menyerahkan jawatannya(MB) kepada isterinya

    harus penyokong dan ahli PKR yang pro TSKI ketahui bahawa jawatan KETUM(ketua umum PKR) yang disandang anak haram itu adalah haram kerana tiada dinyatakan dan tiada mendapat perkenan mengikut konsensus dalam perlembagaan PKR…bagaimana seseorang yang menjawat jawatan haram boleh dibenarkan menjadi ketua pengerusi kepada sesuatu mensyuarat yang memihak kepada isterinya supaya dilantik menjadi MB? fikirlah wahai penyokong dan ahli PKR yang pro TSKI, anda harus membuat sesuatu untuk menunjukkan rasa tidak puas hati anda!

    Reply
  • July 23, 2014 at 12:32 am
    Permalink

    anwar dan isteri dah tiada tempat dlm dunia politik tanahair.. dia cuba mendapatkan semula sokongan rakyat agar beliau dapat mwmperoleh manfaat dr segala percaturan gila dan tak masuk akal ini. Pengundi diSgor dan Msia umumnya perlu tahu dan sedar inilah contoh pentadbiran yg ingin anwar bwk keputrajaya. teladan yg sempit ilmu dan keterbukaannya. anwar semestinya telah gagal dlm memerintah partinya sendiri dan jika begini yg pengundi mrk mahu maka ini adalah satu kesilapan yg sgt merugikan kpd org2 melayu dan agama islam sendiri. peelantikkan wan azizah yg tiada latarbelakang yg baik, bagaimana mungkin boleh memerintah sebuah negeri yg termaju diMsia!! tonggong!!

    Reply
  • July 23, 2014 at 12:49 am
    Permalink

    diva azwan ali xde ke nak menyampaikan tweet sepatah dua kata/tahniah pada w.a.w.i

    Reply
  • July 23, 2014 at 9:12 am
    Permalink

    azmin kalau tak bantah pasal anwar lantik jijah ganti lid gap maknanya awal-awal lagi jijah dan anwar dah buat deal dengan azmin…dealnya ialah nanti separuh atau suku penggal jijah jadi embee jawatan embee tu akan jijah serah pada azmin atas alasan jijah kena sakit senggugut(tak dapat kawal air yang menjejes) susah nak diobati…hehehehe

    tak pun nanti kan masa jijah jadi embee nuar berada di sungai buloh, nanti azmin tahulah nak buat satu move seperti ‘kajang move’

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *