Langkah Kajang, Langkah 28, Siapa Langkah Siapa Dahulu?

Share


saba milito tski ltk jwtn

Apabila Rafizi mengumumkan rasionalisasi “Langkah Kajang” (KajangMove), jelas, nyata dan terang akan nawaitu mereka ke atas Khalid Ibrahim. Itu pun masih enggan diakui oleh kebanyakkan penyokong PKR, yang menganggap ianya hanyalah permainan UMNO semata.

Sedang enak membuai strategi, rupanya Allah maha berkuasa, dan terbantut cita-cita ke atas kuasa yang bernilai RM2.5 billion simpanan tunai Selangor dek kegemaran songsang sang “ketum” (ketua umum). Mahu tak mahu, “bateri politik” sang ketum digunapakai untuk sekian kalinya, sekaligus memecahkan keakraban Wan Azizah bersama Khalid Ibrahim.

Ianya disusuli dengan “Langkah 28”, iaitu cubaan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 28 daripada 31 ahli BBC yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP. Apa yang penting dalam merencanakan strategi ini ialah, gelombang penolakan terhadap Khalid Ibrahim telah dibuat secara terbuka samada sedar atau tidak.

Pertama, Tony Pua, pada 26 Jun yang lalu secara terbuka menyerang kepimpinan Menteri Besar apabila mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak kompeten, gara-gara isu bekalan air yang tidak kunjung reda. Waima berpaksikan satu isu, perkataan “tidak kompeten” bermakna tidak layak, atau tidak effektif yang seharusnya membawa maksud “ubah”.

Tidak cukup dengan itu, terhadap pula laporan bahawa 22 Yang Di Pertua PAS Selangor sebulat suara menolak Khalid Ibrahim. Hebat sungguh penangan Anwarinas di dalam saf kepimpinan PAS Selangor. Walau bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat yang bermesyuarat tentang kemelut ini berpendapat sebaliknya, iaitu seolah-olah tidak bersetuju dengan apa yang dimahukan oleh pihak-pihak berkepentingan di dalam PKR. Ianya dikuatkan lagi dengan foto perjumpaan Hadi Awang bersama Khalid Ibrahim. Bukankah Hadi Awang baru sahaja keluar dari IJN. Sangat penting perjumpaan itu sekiranya kondisi Hadi Awang diambil kira. Apakah yang mereka bincang dan rancang?

khalid ibrahim hadi awang

Dan pada 9 Julai yang lalu, ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mendedahkan bahawa keputusan mendesak agar Khalid Ibrahim meletak jawatan dibuat oleh mesyuarat pimpinan PKR Pusat! Nahhh… apa lagi yang perlu kita katakan lagi. Sudah terang lagi bersuluh.

Seraya dengan itu, Azmin Ali pula membuat kenyataan agar segala spekulasi dan fitnah berhubung jawatan Menteri Besar dihentikan serta merta. Penulis sekadar tersenyum, sambil menebak hati sanubari Azmin Ali. Untuk makluman semua, ini bukanlah pertama kali Azmin tampil berlagak hero dan bersikap berkecuali. Dengan strategi persis Anwar Ibrahim, kemelut ini cuba dijadikan keuntungan politik dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Kata-kata di belakang Khalid Ibrahim, itu belakang kira.

Abdullah Sani telah menceritakan segala-galanya. Dan selaku ahli pimpinan hirarki tertinggi PKR, tentunya Azmin tahu akan keputusan yang telah dibuat. Cuba bermuka-muka, ibarat “chameleon”

Dengan kredibiliti Wan Azizah yang sedang dilanda kepanasan dan berkipaskan kipas kertasnya, hampir mustahil untuk ahli-ahli dewan undangan negeri untuk menerimanya selaku Menteri Besar. Kecualilah Anwar Ibrahim gunakan kebolehan untuk memanipulasi dan membohongi ADUN-ADUN PAS, DAP dan PKR.

Hakikatnya, ADUN-ADUN PAS Selangor diberitakan telah memboikot mesyuarat khas BBC yang diadakan di bangunan Annex, SUK Selangor, pada 8 Julai 2014 lalu yang sepatutnya membincangkan mengenai undi tidak percaya terhadap TS Khalid Ibrahim. Sekiranya benar, pastinya itu ada kena mengena dengan pertemuan Hadi Awang dengan Khalid Ibrahim baru-baru ini.

Azmin Ali dikhabarkan calon “favorite” untuk jawatan Menteri Besar. Wan Azizah pula menunggu arahan seterusnya, persis boneka. Khalid Ibrahim pula dikhabarkan bersedia untuk “perang”.

Apakah ADUN-ADUN PAS benar-benar berdiri dan menyokong Khalid Ibrahim sambil melaungkan “samikna wa atokna”?

Telahan penulis, samada Khalid Ibrahim berundur dengan baculnya, atau tampil berani bersama pendukung-pendukungnya dari PAS dan PKR untuk sama-sama bersepakat membawa usul membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor bagi mendapatkan perkenan Tuanku Sultan Selangor.

Kita tunggu langkah seterusnya.



8 thoughts on “Langkah Kajang, Langkah 28, Siapa Langkah Siapa Dahulu?

  • July 16, 2014 at 8:51 am
    Permalink

    Semasa menjadi setpol di Kementerian Kewangan jual bini. Jadi MB apa yang nak jual pulak

    Reply
  • July 16, 2014 at 9:14 am
    Permalink

    Tak kira lah langkah kajang ke, langkah 28 ke, yang nyata semua tu adalah langkah SUMBANG . Penyokong khalid tidak akan .beediam diri. Yang nyata drama sumbang PKR ini akan berterusan. Sama² lh kita menontonnya walaupun agak memualkan.

    Reply
  • July 16, 2014 at 10:45 am
    Permalink

    umno masih terawang2, tidak tahu mengambil peluang dan kesempatan kemelut yang berlaku. patutnya seluruh jentera umno selangor dipersiapsediakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. noh omar terus lena dengan mimpinya. najib yang dikatakan mahu merombak umno selangor pun terus diam selepas menambah saiz kabinetnya. jelas umno terus terpinga2

    Reply
  • July 16, 2014 at 11:27 am
    Permalink

    Setuju dengan pandangan “berasiam”. UMNO tidak tahu membuat strategi dan perancangan yang berkesan, bukan saja di Selangor, tetapi di seluruh negara. Ini disebabkan kualiti pemimpin-pemimpin, terutamanya barisan menteri-menterinya, yang telah mendapat simptom penyakit “keris yang telah disimpan di celah kelengkang”. Nampaknya, pemimpin “keris di celah kelengkang” ini sedang dicanang-canangkan sebagai “the next TPM”, nak ganti TS Muhyiddin konon !!!

    Reply
  • July 16, 2014 at 1:44 pm
    Permalink

    kalau lah pergolakan politik sebegini terjadi dalam parti kerajaan kelantan nescaya akan lingkup kerajaan kelantan namun hal yang sebenar ianya terjadi di selangor dengan keadaan UMNO selangor pada hari ini yang tidak banyak membantu, sudah kedengaran cakap cakap bahawa adanya pemimpin UMNO bahagian lebih suka kalah pada pru akan datang kerana jumlah dana yang di salurkan kepada mereka di bahagian jumlahnya adalah jauh lebih besar berbanding sewaktu menjadi kerajaan, kalau dana masuk lagi besar buat apa nak menang

    Reply
  • July 16, 2014 at 4:09 pm
    Permalink

    umno selangor dah lama tido…….rakyat selangor masih sayang pr huhuhuhu….

    Reply
  • July 16, 2014 at 5:04 pm
    Permalink

    UMNO Selangor masih TIDOQ lagi, kesempatan yang ada dgn kemelut yang berlaku di kerajaan negeri Selangor perlu dugunakan SEMAKSIMA MUNGKIN untuk memenangi hati dan undi rakyat Selangor pada PRU 14 akan datang!!!

    Reply
  • July 16, 2014 at 10:30 pm
    Permalink

    UMNO terutama di Selangor ahli ahli nya dok sakan gentel teloq yang dah melayut sebelah……kunun nak perkasa kan lagi perjuangan melayu tapi setiap visi & misi tak dak langsung tindakan proaktif apa lagi pre-emptif.

    Hampeh punya pemimpin UMNO cuma baik sikit dari paria paria hamPAS tuuuuu tapi tak la seteruk macam Paria Kelentong Rakyat PKR tuuu….!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *