MB Selangor : Azmin Berjaya Singkirkan Khalid Dan Wan Azizah?

azmin khalid azizah1

Langkah Kajang yang sebelum ini dimulakan oleh Rafizi telah dianggap gagal apabila PRK Kajang yang telah berakhir masih gagal memecat Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Oleh itu “Langkah Kajang” telah disusuli dengan desakan dan asakan tanpa henti oleh “kem” tertentu yang kini bukan sekadar agenda peribadi lagi. Ianya telah bertukar menjadi agenda pakatan pembangkang untuk memecat Khalid Ibrahim.

Baru-baru ini berlaku pertemuan tertutup pemimpin pakatan pembangkang. Nampaknya mereka bersepakat untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Namun begitu kata putus tetap akan dilakukan oleh Penasihat PKR , Anwar Ibrahim dalam masa yang terdekat.

Kem Azmin Ali juga dilihat sebagai telah berjaya menggugurkan nama Presiden PKR dan ADUN Kajang, Wan Azizah dari senarai calon Menteri Besar. Ini berikutan dengan keputusan PAS untuk tidak memberi sokongan terhadap Menteri Besar wanita. Anwar akan memainkan peranan beliau dalam menentukan keputusan akhir berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor ini.

Senario yang cukup jelas mengatakan bahawa Menteri Besar yang baharu akan dilantik selepas hari raya. Sekutu di dalam Pakatan Pembangkang yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid Ibrahim. Ini merupakan faktor utama yang mendorong mereka untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar.

Sebelum ini Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang jujur sepanjang menerajui kerajaan negeri dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk mengumpul kekayaan diri sepanjang menjawat jawatan itu. Dan beliau turut mengesahkan bahawa pentadbiran Khalid amat cemerlang.

Namun kini dalam keterujaan mereka untuk memecat Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar maka suara-suara lantang mula kedengaran tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid Ibrahim. Rakyat telah dikelirukan dengan dua kenyataan yang cukup berbeza. Ini sudah cukup membuktikan hipokrasi dan kemunafikan pemimpin pakatan pembangkang.

Pakatan Pembangkang sedang sibuk mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk ADUN dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status Menteri Besar itu. Namun kita jadi tertanya-tanya akan polisi dan hala tuju pakatan pembangkang yang amat tidak sistematik ini.

Umum telah tahu bahawa pemilihan PKR sendiri telah berbulan-bulan berlangsung dan masih belum ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan pemilihan CEC DAP yang telah berjalan bertahun-tahun tanpa penyelesaian. Kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu kecil di peringkat parti dan negeri membuktikan ketidak layakkan pakatan pembangkang mentadbir negara. Keamanan dan kemakmuran negara bukanlah perkara remeh yang boleh dipermainkan sebagaimana budaya tidak sihat dalam pakatan pembangkang.

8 thoughts on “MB Selangor : Azmin Berjaya Singkirkan Khalid Dan Wan Azizah?

  • July 15, 2014 at 4:15 pm
    Permalink

    PKR ni memang akan hancur…dulu memuja khalid ibrahim melangit mengangkat beliau antara MB terbaik…skg apabila khalid tidak mengikut kata anwar ..semuanya bertukar jadi hodoh….dan tak kena…macam macam keburuka. Keluar..sama kes lah macam hassan ali dahulu

    Reply
  • July 15, 2014 at 5:10 pm
    Permalink

    Parti sendiri pun depa boleh main sabotaj2…. Mcm ni ka nak pimpin negara?

    Reply
  • July 15, 2014 at 6:07 pm
    Permalink

    Kalau mereka memimpin negara, negara akan hancur dan fokus hanya kepada KUASA, KUASA, KUASA yg dapat memberi keuntungan kepada politik mereka bukan yg memberi keuntungan kepada rakyat. Didepan mata rakyat mereka berbalah soal kuasa daripada bersungguh memenuhi harapan rakyat yg serba kekurangan memerlukan perhatian.
    PARTI KELENTONG RAKYAT INI HANYA DIDOKONG OLEH RAKYAT YG DUNGU DAN SAMDOL..BUTA HATI..GELAP PEMIKIRAN.
    Cukup-cukuplah Azmin… MB mestilah manusia yg berwibawa yg tidak membenarkan ‘kemaluannya’ dimalukan untuk tatapan orang lain!

    Reply
  • July 15, 2014 at 6:44 pm
    Permalink

    Kesian orang Islam di Selangor….percaturan kehidupan mereka di tentukan oleh seorang peliwat !!

    Reply
  • July 15, 2014 at 9:51 pm
    Permalink

    Trima ksih atas simpati mu Rap. Pe nk wat,sebahagian rakyat selangor tidak menganggap main bontot satu masalah moral untuk mengangkat seorang pemimpin. Pelik zaman sekarang ni, manusia berebut-rebut nk jadi pemimpin,sedangkan amanah itu bukan calang ² untuk dipikul. Apa pun kalau benar ura² Azmin ganti khalid, alamat karam lh bahtera pkr walaupun lautan tenang akibat jiwa² kacau pemimpin²nya. Tahniah buat azmin,semoga bisnis aiskrim kamu semakin maju. Buat khalid ibrahim ,tak perlu gundah gulana,lepas ni boleh buka kilang krim jerawat,buat kak wan ,nampaknya sepat kering kak wan tiada sambutan. Lebih baik goreng ,bgi bang non makan. Kalau dia lalu makan lh.

    Reply
  • July 15, 2014 at 11:28 pm
    Permalink

    Nak buat lagu mana Pak Tho, sabar je laaaa, anggap ini satu dugaan Allah swt, pencuci dosa, satu musibah pada umat Islam di negara ni, kena baca doa Qunut selalu-selalu….hehehe

    Reply
  • July 16, 2014 at 8:03 am
    Permalink

    Mat Gagap xlama lagi kene tendang…..Mat Buntut Kempunan MB……Minah Adun Kajang x diterima lak,….tut..tut ..nak jadikan Mat IceKrim MB……bagi aku semua nya sama ..xleh pakai….macam xda orang lain dah kerrrr…..

    Reply
  • July 16, 2014 at 4:06 pm
    Permalink

    apa pun khalid samad memang banggang dari semua sudut.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *