CEC DAP Tidak Selesai Vs Perlaksanaan Pembangunan Sarawak

Share


SARAWAK

Baru-baru ini DAP Sarawak cuba mencetuskan propaganda baru dengan meminta agar kerajaan negeri Sarawak mengadaptasi 10 perkara dasar pembaharuan terhadap sistem pentadbiran negeri. Tindakan mereka ini dilihat sebagai bertujuan untuk mengalihkan perhatian umum terhadap sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Lebih-lebih lagi dengan kekalahan mereka di PRK Dun Balingian baru-baru ini yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional.

Generasi muda Sarawak lebih berkecenderungan mahukan kepimpinan yang berkualiti bukan sekadar propaganda murahan yang sering dijaja oleh DAP samada di Semenanjung Malaysia ataupun Sabah Sarawak.

Selama ini DAP dilihat seolah-olah cuba memainkan isu keagamaan untuk membentuk sokongan baru rakyat Sarawak terhadap mereka. Namun ini sebenarnya akan menjadi punca kegagalan utama DAP memandangkan rakyat Sarawak lebih mahukan penambahbaikan dalam isu demi masa depan Sarawak. Dalam hal ini rakyat Sarawak jauh lebih objektif kepada pembangunan daripada propaganda berbentuk hasutan DAP.

Desakkan yang berbentuk “mengajar” dari Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang mahukan Adenan Satim melaksanakan perubahan sebenar terhadap sistem pentadbiran negeri selepas mengambil alih tugas sebagai ketua menteri dilihat sebagai cuba menutup keburukkan dan kelemahan pakatan pembangkang di Selangor.

Namun hakikat bahawa “bangkai gajah” tidak mungkin akan dapat ditutup sepatutnya diterima oleh mereka. Sehingga ke hari ini masalah dalaman DAP dalam CEC mereka masih belum dapat diselesaikan. Dalam keadaan DAP tidak mampu menyelesaikan masalah CEC DAP seperti krisis pengiraan undi dan sebagainya, sepatutnya rakyat dapat mengukur kemampuan sebenar DAP.

Tidak mungkin sebuah parti yang gagal menyelesaikan masalah dalaman mereka yang cukup asas akan mampu menyelesaikan masalah rakyat. Itu merupakan fakta yang tidak mungkin dapat ditolak. Oleh itu rakyat Sarawak perlu fikirkan fakta ini setiap kali DAP cuba menghasut mereka dengan bermacam-macam bentuk isu.

Kerajaan Barisan telah banyak melaksanakan perancangan untuk rakyat samada di peringkat negara ataupun negeri. Malahan Kerajaan Sarawak telah mula membina Rancangan Perumahan Rakyat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang reka bentuknya sentiasa menitikberatkan keselesaan pengguna.

Selain daripada itu kerajaan Sarawak juga telah melaksanakan pelbagai program pemantapan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar antaranya Program Literasi dan Numerasi bahasa Inggeris, Program OPS-English di 143 buah sekolah seluruh negeri dan dan juga Fulbright English Teaching Assistants.



4 thoughts on “CEC DAP Tidak Selesai Vs Perlaksanaan Pembangunan Sarawak

  • July 12, 2014 at 2:16 pm
    Permalink

    Senang utk berbicara tapi bukan senang nak laksanakan. Sarawak ni saiz dia sebesar semenanjung. Tetapi disebabkan penduduknya hanya 2 juta lebih sahaja menyebabkan kebanyakan ekonomi berskala besar adalah sesuatu yg mustahil buat masa ini kerana tidak memulangkan keuntungan.
    Utk sarawak bersaing dgn semenanjung akan mengambil masa , pun begitu sudah byk kemajuan yg sudah dibawa kerajaan bn di sarawak. Kalau dap perintah lagi teruk jadinya sarawak, bukan lagi maju.

    Reply
  • July 12, 2014 at 2:20 pm
    Permalink

    DAP dan depa punya CAC…..jadi bahan jenaka demokrasi .

    Reply
  • July 12, 2014 at 2:51 pm
    Permalink

    NAFSU SERAKAH POLITIK DAP MAKIN MEMBARA DAN MENYONDOL-NYONDOL MACAM BABI SEBAB MELAYU PAS DAN MELAYU PKR YG BELA DAN SOKONG SANGAT DENGAN PARTI TAUKEY BABI..DAP!

    Reply
  • July 13, 2014 at 8:54 am
    Permalink

    Kalau DAP yang berkuasa, sudah lama kesemua pihak pembangkangnya dikuburkan dengan berbagai-bagai alasan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *